Tuesday, 23 July 2019

Restoran Kemangi (cawangan Teluk Kerang)

Hujung minggu lepas balik kampung saya di Pontian, Johor.
Untuk makan malam, saya dan suami mengajak Mak makan malam di luar.
Kali ni kami nak cuba makan di Restoran Kemangi (cawangan Teluk Kerang).

Restoran Kemangi Pontian ada dua cawangan lain - iaitu di kawasan bandar Pontian dan satu lagi berhampiran Econsave Pontian (jalan menghala JB). Kedua-dua cawangan ni memang agak biasa kami kunjungi bila balik kampung saya.

Manakala restoran Kemangi cawangan ketiga ni, agak baru saya sedar kewujudannya. Mungkin sebab lokasinya bukan di laluan menuju ke rumah Mak saya (kena ke depan lagi), jadinya tak perasanlah. Padahal yang ni paling hampir dengan rumah Mak...hahaa

Jika dari bandar Pontian menghala ke Kukup, restoran ini terletak di sebelah kiri jalan. Ada papan tanda tertera nama restoran - 'Restoran Kemangi'. Boleh parking di bahu jalan begini.

Atau masuk ke dalam sedikit untuk parking di bahagian dalam. Boleh pilih nak duduk makan di bahagian luar kedai (berpayung) atau di dalam kedai.

Kami pilih makan di bahagian dalam kedai. Beginilah rupa dekorasi restoran, gaya tradisional ala kampung. Sedap mata memandang.

Juga boleh pilih jika nak makan bersila di bahagian atas tu. Cantik dekorasinya, tak sangka ada kedai makan menarik kat kawasan kampung begini.

Makanan dah sampai...Mee Bandung (mee hoon) untuk suami. Suami makan habis, sedap la tu kan! Lupa saya nak merasa, dek sibuk layan berborak dengan Mak yang menunggu makanannya tak kunjung tiba.

Saya punya...Mee Goreng dan air Teh Tiga Layer. Alhamdulillah..dua-dua menepati citarasa saya. Tapi tetap juga tak boleh nak habis mee goreng tu sebab banyak sangat dan jadi muak bila dah banyak makan.

Fish n Chips untuk Mak. Paling akhir sampai, rupanya jadi lambat sebab pelayan kedai tertukar bagi kat pelanggan lain. Maka kenalah tunggu lagi untuk dia buat yang lain. Apapun Alhamdulillah...menu ni pun lulus di tekak Mak dan saya (join sekali makan, Mak ajak...hahaa).

------------------------------------------------------------

Ok, secara keseluruhannya memuaskan. Insya Allah lepas ni boleh datang makan di sini lagi sebab lebih hampir dengan rumah Mak saya berbanding dua lagi cawangan restoran Kemangi. Dan rasa lebih santai makan di kawasan kampung, nak parking pun mudah.


CARA KE SINI :
Dari bandar Pontian, ambil jalan menghala ke Kukup (Jalan Pontian - Kukup). Selepas melalui jambatan Sungai Rambah, boleh mula perhati Restoran Kemangi di sebelah kiri jalan.
<<< Klik Google Maps DI SINI >>>

WAKTU OPERASI :
7 pagi - 2 pagi (Selasa - Ahad)
Isnin (Tutup)


***update Ogos 2020 : Restoran Kemangi (cawangan Teluk Kerang) tidak lagi beroperasi.***

12 comments:

  1. Nampak sedap...for sure SA x pernah sampai sini lagi la..hehehe...tapi selalu pi site office kat sana..Tanjung Bin...

    ReplyDelete
  2. Mak ujie sama la ngan acik suka order fish n chip

    ReplyDelete
  3. pernah juga makan sekali kat sini...Masa tu tengah buat projek Masjid kat kampung Tenggayun... lajak la sikit ke Teluk Kerang. Kalau tak silap masa tu makan lauk ayam yang digulung dalam daun pandan...sedap... Tapi suami lagi suka ngeteh kat kedai soto sri bunian tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sedap kedai soto tu kan..nantilah kalau ada masa boleh cari jugak.

      Delete
  4. Mee bandung tu... Sedapnya..
    Cantik la restorannya, nmpk bersih dan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan pun rasa seronok je bila tempat cantik camni :)

      Delete
  5. cantik nama restoran.'kemangi' tu nama sejenis tumbuhan buat ulam. biasanya org sebelah pantai timur banyak guna daun ni buat nasi dagang nasi ulam dll.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****