Monday 15 October 2012

Pilih Bakal Menantu

Memilih bakal menantu itu perlu.
Jangan sampai anak berkahwin dengan menantu 'hantu'.

Tapi jika KEKAYAAN semata jadi ukuran,
Berpangkat tinggi bergaji besar yang diidamkan,
Konon status keluarga harus diutamakan!

Akhirnya...
Anak-anak membujang ke akhir hayat,
Bila pilihan yang ada tak menepati syarat.
Akur si anak demi sebuah taat,
Biarpun jiwa derita nan sarat.

---------------------------------------------------------------------------------------
Secebis kisah benar buat teladan kita bersama. 
Kasihan...mereka (si anak) akhirnya terpaksa melalui hari-hari tua bersendirian, kesan singkatnya pemikiran ibubapa. Ketahuilah...bahagia bukan pada status pangkat dan harta, tapi bahagia letaknya dalam hati yang merasa. 

17 comments:

  1. assalam ujie..kisah benar ke ni..kesian kan..ada juga yang lebih penting kan darjat dari kebahagian anak2..ingatkan cuma drama ditv je

    ReplyDelete
  2. Ada jugak kawan2 yang kes begini. Sbb ibu bapa ego, mereka lagi rela tgk anak2 sendirian sampai tua. Semata-mata sebab nafsu mereka.

    ReplyDelete
  3. itu lah dugaan hidup ni..biasa orang nampak zahir di dunia je kan..padehal dunia ibarat bangkai..wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Aduhai...malang buat ibubapa yang berfikiran sebegini. Cetek sekali!

    ReplyDelete
  5. Kesian yg jadi mangsa
    moga dia tabah atas segalanya
    ibu-bapa kurang celik agama
    anak yg sengsara
    bila tua tiada siapa bersama
    biarlah miskin harta
    kalau ada pegangan agama
    pasti tanggugjawab tahu dilaksana..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...
    rupa bukan ukuran keikhlasan hati jadi rebutan..
    bahagia bukan melalui duit berjuta...harta menimbun...yang penting hati...

    ReplyDelete
  7. Kesian si anak..sesungguhnye kekayaan tidak dapat membeli kebahagaiaan..

    ReplyDelete
  8. terlalu mencari kesempurnaan....padahal manusia xsemprna dan blh berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  9. hehe..agreed kak..jangan jadikan pangkat/harta menjadi ukuran untuk terima menantu..hehehe :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. terima lah dgn hati terbuka :)

    ReplyDelete
  11. pilihlah yang menjaga solat...

    ...................
    Jemput Sokong Blog AURAT Ini:
    Jangan Bertudung Tetapi Seksi.

    http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Masih ada ke ibu bapa yg berfikiran begitu di zaman ini?? Ingat cerita sebegini ada dlm drama Melayu aje...

    ReplyDelete
  13. ni lah masalahnye kak...

    sekitar kat umah ita pun belnja kawen sorang 10 ribu ke atas....
    jenuh yg laki tu nak mengumpul...bila lambat sikit mak bapak bising bile anak asik kuar je tapi tak kawen..
    tak faham betol lah

    ReplyDelete
  14. kesiannya...
    tp takpelah ... diakhirat insyaallah bidadari / bidadara menunggu...

    tp percayalah kuasa allah tiada siapa yg blh menghalang krn jodoh telah ditentukan seawal kandungan 4 bulan

    ReplyDelete
  15. bru saje dpat ceramah pasal ni dr ayah saye..tp xde kne mengena dgn saye la..sekadar peringatan..hehe

    ReplyDelete
  16. byk kisah benar camni. akhirnya sampai kesudah anak2 membujang...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****