1) Bolehkah ibadah korban dilakukan untuk orang yang telah meninggal (si mati)?
Asasnya, kita boleh melakukan korban untuk sesiapa pun tetapi PERLU MINTA IZIN tuan punya diri. Disebabkan kita tak mampu nak minta izin dengan orang yang sudah meninggal, maka kita tak boleh melakukan korban untuknya. Tetapi kita MASIH BOLEH melakukannya dalam dua situasi berikut:
- Jika si mati ada meninggalkan PESANAN/WASIAT supaya melakukan korban untuknya, maka bolehlah waris melakukannya.
- Jika tiada pesanan/wasiat, tapi waris nak melakukan secara sukarela: boleh dengan cara melakukan korban atas nama waris (dengan syarat waris dah pernah buat ibadah korban sebelum ini) dan kemudian daging korban tersebut NIAT DISEDEKAHKAN atas nama si mati.
2) Benarkah orang yang mahu melakukan korban diharamkan memotong kuku dan rambut pada 10hari pertama Zulhijjah?
Ada percanggahan pendapat ulamak mengenainya. Bagaimanapun menurut Ustaz Abu Hasan Din; TIADA DALIL yang mengharamkannya. Maka boleh je potong kuku dan rambut seperti biasa.
3) Bolehkah melakukan ibadah korban atas nama syarikat/organisasi?
TIDAK BOLEH, kerana korban mesti dilakukan atas nama individu. Jika dilakukan juga ia bukanlah dikira korban tapi sekadar hadiah atau sedekah.
(sumber: al-Kuliyyah TV3 bersama Ustaz Abu Hasan Din, zaharuddin.net & iluvislam.com)
p/s: Alhamdulillah..harini dah sihat berbanding semalam, bolehlah merayau ke blog korang. ^_^
wahh . bertambah ilmu eyda . tens kak ujie ! :)
ReplyDeleteBetul... kena faham dalam melakukan sesuatu ibadah, itulah pentingnya menghadiri majlis ilmu...
ReplyDeleteinfo yang baik :)
ReplyDeletesalam aidiladha akak Ujie jugakk... ehhhEe
ReplyDeleteThanx for the info kak..^^
ReplyDeleteTerima kasih Ujie atas perkongsian. lihat juga klip kuliah dari Dr Abdul basit Abd Rahman ttg ibadat korban kt sini
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=H7JtAbBvlbA
wann nice sharing!!! bertambah pengetahuan na ;) TQSM for this sharing.
ReplyDeleteyang no 1 tu point pertama sy penah dengar somewhere..tapi yg no 2 tu baru sy tau..thanks for sharing kak.. :D
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
tq berkongsi...:)
ReplyDeleteAZLAN:
ReplyDeleteyg no. 2 akak pun baru tau. sbb byk kat Fb. sblm ni tak pernah dgr pun.
perkongsian ilmu yg bagus utk manfaat bersama...
ReplyDeletebertambah lagi ilmu pengetahuan...
ReplyDelete