Wednesday, 10 October 2012

SYIAH: Menyingkap Pemesongan Fahaman ISLAM


Tajuk: Syiah: Menyingkap Pemesongan Fahaman Islam
Penulis: Dr. Muhammad Thalib
Penerbit: Kharisma Network Sdn. Bhd.
Harga: RM20
Muka surat: 248

Pernah dengar mengenai fahaman SYIAH? Saya pernah dengar tapi tak ambil tahu. Sehinggalah suatu malam saya menonton rancangan ISU AKIDAH di TVHijrah yang memperkatakan mengenai betapa bahayanya fahaman ini yang kian diterima pakai oleh orang-orang Islam di negara kita. Tambahan pula ada tokoh terkenal yang menjadi pengikut Syiah, maka lebih mudahlah Syiah meluaskan pengaruhnya di sini. Selepas dari itulah saya tergerak hati nak mengetahui lebih lanjut apa itu fahaman Syiah dan membeli buku di atas. Agak berat untuk dihadam oleh saya, lepas lebih sebulan baca barulah tamat! 

Sinopsis
Jika Iran memegang sepanduk mengisytiharkan yang mereka adalah anti Zionis kepada masyarakat dunia dan menyokong persatuan Syiah-Sunni, namun mengapa pula ada kenyataan dari kalangan mereka yang menghina Rasulullah s.a.w. dan para sahabat? Mungkinkah sesebuah negara yang memperjuangkan kepentingan dan kejayaan Islam namun disebaliknya tersembunyi sikap amarah, benci dan dendam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.?

Buku ini menyingkap berkenaan kepincangan sesebuah fahaman yang diletakkan atas nama ISLAM. Ia berusaha membuka minda masyarakat Islam hari ini agar tidak terlalu tergesa-gesa untuk menerima mentah-mentah segala FAHAMAN YANG MUDAH, untuk dijadikan sebagai panduan hidup. Telitilah setiap realiti dan cubalah berfikiran jauh, apakah yang sebenarnya dipraktikkan oleh penganut Syiah.

----------------------------------------------------------------------------------------

Info ringkas:
Syiah adalah golongan yang mendakwa Saidina Ali LEBIH UTAMA daripada sahabat-sahabat lain. Mereka juga mengkafirkan semua sahabat kecuali beberapa orang. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah dengan golongan lain. Terdapat beberapa aliran dalam Syiah itu sendiri, tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep mengkafirkan sahabat. Syiah menjadi popular selepas tercetusnya Revolusi Iran.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 5 Mei 1996 juga telah mewartakan kesesatan Syiah dan DIHARAMKAN untuk diamalkan di Malaysia. Klik DI SINI untuk keseluruhan fatwa.

PENTING: Saya amat menggalakkan korang membaca risalah INI untuk penerangan lanjut dan ringkas mengenai Syiah. Kita perlu tahu untuk mengelakkan diri dan keluarga dari terpedaya dengan fahaman ini. Andai Kristian itu sudah jelas bukan Islam, tetapi Syiah jauh lebih berbahaya kerana ia sebenarnya bukan Islam yang berdiri atas nama Islam!

19 comments:

  1. Sebenarnya kalau kita mengikuti/membaca perkembangan sejarah bagaimana dulu daripada zaman muawiyah bermulanya Islam membina puak-puak dan dari sinilah ujud sehingga merebak keseluruh pelusuk benua. Sewaktu Khalifah Ar-rasyidin memerintah segalanya masih terkawal...

    Itu pentingnya kita kena tekankan didikan yg betul pada anak-anak. Kakak paling takut Ujie..

    ReplyDelete
  2. KAKZAKIE:
    betul, asal usulnya mmg dah ada seawal wafatnya Rasulullah. nak jd nabi palsu, dan terus berkembang ke tahap skrg.

    ReplyDelete
  3. zaman saya dh kne blaja pasal ajaran2 sesat dan syiah dlm mata pelajaran pendidikan islam tuk spm..supaya tahu bezakan yg mna betul, yg mna salah..

    ReplyDelete
  4. CK:
    oho..camtu eh. bagus sgt! alhamdulillah.

    takut bila dgr ramai bdk U yg terjebak sama..terpedaya dgn semangat nak perjuangkan Islam.

    ReplyDelete
  5. dulu ustaz kat sekolah pernah bercerita pasal syiah walaupun xde dalam sukatan pljrn...sedikit sebanyak dapat pendedahan awal walaupun tak secara keseluruhan..

    ReplyDelete
  6. dulu kita dengar jer..bila wawa tgk kat youtube, barulah wawa tahu SYIAH. mmg bahaya sangat. dan terus tertanya, kenapa ada pengikutnya di Malaysia...amat membimbangkan Ujie bila SYIAH makin berleluasa. takut rasanya...

    ReplyDelete
  7. assalam ujie..terima kasih..risaukan anak2 la ujie..semoga semua anak2 dilindungi allah S.W.T

    ReplyDelete
  8. Bahye betul fahaman ni. Kalo yg kristian tu mungkin ramai lagi org Islam boleh berhati-hati. Tapi kalo dakwah syiah yg muncul, pulak tu kepada org Islam yg kurang faham tentang agama Islam, agak bahaya. Mesti mereka lagi suka sbb rasanya kalo masuk syiah ni tak perlu solat 5 waktu. Hanya solat siang dan malam je 2 kali. Pastu dia tak kiam masa solat, tangan diluruskan.

    ReplyDelete
  9. Bahayakan fahaman syiah nie,mintalah dijauhi dr kita dan keluarga.

    ReplyDelete
  10. tq share, ramai yg masih x tau sebenarnyer !

    ReplyDelete
  11. Sy teringat penulis Faisal Tehrani. Kalau baca karya dia, mmg leka. Tapi tuhlah.....ada cerita di sebalik cerita.

    ReplyDelete
  12. terima kasih ujie selalu kongsikan info² yg berguna buat saya membacanya... tq sangat...

    ReplyDelete
  13. SURAYA:
    hanya yg terjerumus je boleh jwb.

    LYD:
    solat jumaat pun tak payah pegi..sng le.

    FARA:
    saya pun hampir jd peminat dia. nasib baru beli satu novel-Bedar Sukma Bisu. Lps tau dia Syiah, terus stop.

    ReplyDelete
  14. bagus la buku ni ..thanks for sharing ujie :)

    ReplyDelete
  15. Setahu saya Syiah sendiri ada banyak mazhab di dalamnya. Ada yg memang berbeza sangat dgn mazhab Sunni kita, tapi ada juga yg hampir sama dgn Sunni. Wallahualam...

    ReplyDelete
  16. hairan kan..hairan dengan ajaran sesat ni..sedangkan alquran dan hadis dah ada sebagai panduan..

    syaitan takkan berenti menyesatkan manusia kan..

    ReplyDelete
  17. JR:
    sbb tu sblm ni kat Malaysia ada dua aliran Syiah yg dibenarkan utk diamalkan. tapi lps tu dimansuhkan.

    apa yg saya fahamlah, walau aliran mereka berbeza tapi asas akidah mereka sama. tu yg jadi tetap salah.

    RAI:
    masalahnya, mereka pulak dakwa kita ni sesat. mereka pun ada quran & hadis sendiri, yg didakwa benar.

    ReplyDelete
  18. nampaknya izan pun kena dalami juga buku ni kak.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****