Sejak tinggal di Selangor beberapa tahun lalu, saya dah mula kena bayar YURAN KESELAMATAN. Mula-mula masa tinggal di Klang, yuran dikenakan RM30 sebulan. AJK taman perumahan ambil syarikat swasta untuk tujuan keselamatan taman. Tugas biasa mereka, buat rondaan sekeliling taman dan jaga kat pintu masuk taman. Tapi saya kurang puas hati, pengawal keselamatan yang diupah tu bukan jaga sangat. Setakat duduk kat pondok pengawal dan angkat tangan bila ada kenderaan keluar/masuk taman. Lepas tu bila ada penduduk yang lambat bayar sebab terlupa mugkin, wakil dia datang rumah sambil terjerit-jerit 'hello..hello..'. Tuan rumah belum keluar, jiran-jiran pulak yang menjenguk sebab bising.
Sekarang saya tinggal di Bangi, yuran masih RM30 sebulan. Tapi saya senang hati nak bayar sebab pengurusan sangat baik. AJK taman tak gunakan khidmat pengawal swasta, sebaliknya cari sendiri orang yang nak bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kalau mutu kerja tak elok, akan diberhentikan. Untuk penduduk pulak, wajib beli stiker RM2 untuk setiap kenderaan yang dimiliki. Mudah pengawal nak check bila ada kenderaan masuk kawasan taman waktu lewat malam. Beberapa bulan sekali AJK akan hantar penyata bayaran pada kita, sekaligus jadi peringatan bagi yang masih ada tunggakan. Bila tiba Hari Raya, jumlah pengawal akan ditingkatkan sebab taman ni dihuni sepenuhnya oleh Melayu Muslim. Pendek kata, saya nak puji AJK taman ni yang proaktif!
Bila dikenang...sayang sekali saya cuma menyewa kat sini. Suatu masa nanti saya akan berpindah ke rumah sendiri yang belum pasti suasananya. Hmmm... :(
p/s: Saya pun tolong berkawal gak siang-siang ni. Sebab saya je yang ada kat rumah, rumah lain semua sunyi suami/isteri keluar bekerja dan anak-anak kat nursery/sekolah.
hati senang nk bayar kalau kerja memuaskan hati kan..sy kat cni kena bayar 70 sebulan.dulu masa mula2 pindah mmg x puas hati dengan management.tp skang alhamdulillah.mungkin ramai yg komplen.
ReplyDeletekalau kerja memuaskan hati..nak kuar belanja lebih pun takla rasa berkira sangat kan
ReplyDeleteyuran keselamtan ni pun ada yg xamek pun.tumpang rumah kiri kanan yang bayar yuran je....maklmlah xwajib dan xkan nak paksa...tp jiran2 mengatalah,tu yg xbest.
ReplyDeleteBaguslah Ujie... tempat kakak tak ada itu semua. Sebab itu biasa teman kakak kena curi bukan masa malam tapi siang sebab rumah kosong...
ReplyDeleteSHAHZEE:
ReplyDeletetinggi gak tu..security ketat pastinya.
CHEQNA:
rela dan ringan tgn nak byr..:)
AISHAH:
mmg tak boleh wajibkan..salah disisi law. Tapi kalau kat taman saya ni, rasa bersalah pulak kalo tak amik..sbb servis bagus. lagi pulak siang2 ni mmg sunyi sume kerja. elok ada yg jaga.
KAKZAKIE:
ReplyDeletekena ada yg rajin nk buat persatuan penduduk, bentuk AJK. kalau tak mmg takleh buat benda ni.
bagusnyer kawasan kejiranan ujie ni ye
ReplyDeleteyelah kak... seronok duduk di kawasan kejiranan yg jaga penghuninya dgn baik. mudah2an lepas ni duduk rumah sendiri pun macam tu jugalah ye~
ReplyDeleteKalau puas hati kira okay la. Jangan cas macam2 tapi service tak bagus. Banyak saya tgk kawalan keselamatan taman perumahan, kalo nak masuk macam yg ujie kata tu. Main angkat tangan je.
ReplyDeleteTahniah buat AJK perumahan tersebut, nak bayar pun tak rasa ralat sebab yg penting keselamatan terjamin
ReplyDeleteooo..full time housewife jugak ke?..full time blogger jugak lah... :)
ReplyDeleteSamalah tempat ktorg dulu..guard sekadar duduk & angkat tangan bila kereta keluar masuk..kadang2 tu diorg tido..boleh plak macam tu..
ReplyDeletebgsnya ade pengawal gitu, sejak akhir² kawasan rumah kami x aman.. ade jer kes kecurian tau... kalau buat mcm ni kan bgs ermmmm
ReplyDeleteLYD:
ReplyDeletebiasa sgt yg mcm tu kan. Yg ni kalo siang dia lepaskan je. tapi menjelang mlm mmg ada letak kon..takleh kenderaan lalu gitu je.
TIHARA:
baru tau aaa..kerja part time kat blogshop tu je lah.
LILY:
tido tu yg bikin marah..
MASYA:
boleh mulakan sendiri. buat meeting penduduk..utk permulaan mybe boleh bentuk group kawalan ujung minggu.
risau jugak kan sekarang ni macam2 kes berlaku. tak pelah, kita berikhtiar sikit untuk kesejahteraan kita jugak.
ReplyDeleteterima kasih sudi melawat blog saya.
Wah, terbaik punya security...tak apa membayar sebab keselamatan terjamin..safety first :)
ReplyDelete