Friday, 19 October 2012

Apa Itu Tegur Cara Hikmah?

Selalu kita dengar, 'tegurlah dia dengan cara berhikmah..'. Bila kita lihat ada saudara seagama kita buat perkara yang salah, memang jadi tanggungjawab sesama muslim untuk menegur (juga disebut sebagai berdakwah). Tapi, macamana nak tegur dengan cara hikmah tu?

Cara HIKMAH adalah dengan KELEMBUTAN dan KESABARAN. Semua orang suka dengar kata-kata yang lembut bukan? Contohnya; kalau kita nak tegur kawan yang tak menutup aurat, kenalah beritahu dia dengan nada LEMBUT yang menutup aurat tu wajib bagi wanita Islam. Mungkin dia tak tahu (jahil) atau terlalai. Tak payahlah kita perli dia, 'Nak masuk neraka ke? Tak reti pakai tudung!'. Ayat kasar gini lagi buat kawan kita benci dan terus tak mau terima teguran kita.

Lepas cakap lembut-lembut tu kalau kawan masih tak terima teguran, maka BERSABARLAH. Teruskan berbuat baik dengan dia, sambil tu kita kenalah konsisten menutup aurat (contoh teladan pun dakwah jugak, walau mungkin lambat kesannya). Kalau ada rezeki selalulah beri sesuatu padanya (belanja makan atau barangan). Semua orang gembira bila dapat pemberian dan ini mengeratkan hubungan serta menundukkan hati seseorang. Tapi awas! Untuk permulaan JANGAN beri/hadiahkan tudung (lepas-lepas tu takpe). Sambil tu sesekali kena ingatkan dia untuk menutup aurat. Dan jangan lupa DOAKAN dia! 

(rujukan: Hikmah Asas Dakwah)

*Jangan menjauhi atau benci bila orang tak terima teguran kita. Tugas kita cuma menyampaikan kebenaran, tapi hatinya milik Allah.*


----------------------------------------------------------
Teringat cerita seorang selebriti, mulanya cuma temankan kawan beli tudung di sebuah butik. Sambil si kawan memilih, dia pun cuba ambil dan sarung ke kepalanya. Tiba-tiba hatinya rasa semacam, dan sejak tu terus memilih untuk memakai tudung. Beruntunglah kawan tadi dah jadi penyebab selebriti ni berubah ke arah kebaikan.

23 comments:

  1. as salam,

    alhamdulillah, kawan2 saya masa kat upm dulu, mana yg tak bertudung semuanya dah bertudung termasuk kawan masa kat mardi..tak sia-sia kita bg semangat kat diorang..kalau kawan2 rapat senang sikit..kalau orang luar susah sikit..namun mmg betul hati itu milik Allah..doa jadi senjata

    ReplyDelete
  2. Klu dipaksa, takkan jalan. Klu disindir, lagi tak jalan...

    Psikologi berhemah mcm yg disaran awak...betul. Sy sendiri pnh free hair. Pengalaman sy, sukar utk membuka hati sendiri. Namun syukur sgt. Sy mampu utk terus bertudung walau hanya keluar ke depan rumah.

    =D

    ReplyDelete
  3. masih ramai yang berpendapat..ada golongan yang bagi nasihat secara lembut diorang takkan faham..entah la.. saya masih lagi rasa..dgn cara berhikmah lebih baik..

    pada saya kalau kita tak suka ditegur dgn cara kasar..orang lain pun sama..so kalau taknak orang tegur kita dengan cara kasar..jgn buat kat org camtu..

    ReplyDelete
  4. Memang ada caranya klu nak menegurkan,bukan main redah je....

    ReplyDelete
  5. :) . Teguran yang berhikmah juga tidak akan merosakkan silaturrahim. Kalo main tegur je dgn kasar, dgn 'sound direct', nanti boleh bergaduh jgk.

    ReplyDelete
  6. nak tegur tapi tak pandai cara nak mulakan..takut si kawan ni salah faham..sy kena belajar menegur dengan cara berhikmah ni

    ReplyDelete
  7. betul tu kak..sy sendiri secara jujurnya akan lebih malu dan amik berat tentang apa diperkatakan jika orang tu menegur sy dengan lemah lembut..hehe.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Islam sendiri adalah ad-din yg menggambarkan sesuatu yg suci/indah SO memang kenalah berhemah dalam apa juga tindakan tak kira masa berdakwah atau melakukan kebaikan. Sedangkan jika marah pada anak yg tidak solat pun sekadar memukul yg diibaratkan seperti melibas hujung sapu tangan saja... bayangkan betapa lembutnya.

    ReplyDelete
  9. yep.. kalau orang tak dapat tertarik dengan dakwah kata kata kita..mungkin tertarik dengan perbuatan kita.. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum....saya singgah cni..salam kenal...

    ReplyDelete
  11. kalau perli2...org pun makin sakit ati.ckp baik2 ni sejuk ati dengar...

    ReplyDelete
  12. Susah juga orang nak applied benda ni.. Tengking maki sudah tentu..

    ReplyDelete
  13. wak nk ucap salam jumaat wat akak ujie tuuu.. eeeeEE

    ReplyDelete
  14. lembut..pastu sabar..ok..akan dipratikkan :)

    ReplyDelete
  15. ada yg tk fhm2 walau still dah guna lmbut =)

    ReplyDelete
  16. setakat ni semua kawan ita pakai tudung...

    ReplyDelete
  17. Kalau batu keras tu kita tak akan boleh lembutkannya juga dengan batu, apa lagi dgn api. Cara melembutkannya guna air yg sedingin salju tu, lama2 dia akan lembut juga...

    ReplyDelete
  18. assalam ujie..dengan apa yang yang ujie kongsikan ni pun dah banyak membantu

    ReplyDelete
  19. ya itu jln yg betul....mmg kena tegur secara berhemah dan sabar juga perlu

    tapi....
    ianya memerlukan kesabaran yg tinggi.

    ReplyDelete
  20. waaa.. blog k.ujie dah lain la..
    hahah,,
    lama x bukak ni..

    ReplyDelete
  21. kalau tgh sabar saya boleh berlembut lagi masa mengur.

    kalau tgh tak sabar saya tak tegur langsung dah. :)

    ReplyDelete
  22. betul tu ujie..beruntung kita kalau teguran kita tu membawa kebaikan dan perubahan diri pada rakan kita..

    ReplyDelete
  23. tegur dgn niat baik insyaallah akan diterima dgn baik...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****