Wednesday 14 December 2011

Pakcik...Bukan Abang!

Ini kisah masa lalu saya, zaman bersekolah menengah di sebuah sekolah agama. Seawal minggu orientasi pelajar tingkatan 1, kami yang perempuan ni dah diajar supaya memanggil pelajar-pelajar lelaki senior dengan panggilan PAKCIK. Kakak senior melarang kami memanggil ABANG, atas alasan lelaki mudah 'menggatal' jika dipanggil ABANG. Lelaki..betul ke? Ada betul jugak kan..

Dan sememangnya panggilan PAKCIK sudah jadi suatu budaya di sekolah tersebut. Tapi memang kelat muka senior lelaki tiap kali dipanggil PAKCIK! Disebabkan tak biasa sebut ABANG, bila berurusan dengan orang luar pun tersasul panggil PAKCIK. Sampai ada penjual burger tu cakap "Abang belum tua lagi dik..".

Yang sebenarnya, tiada masalah panggilan ABANG tu. Asal jangan dengan suara mengada-ngada sehingga menarik perhatian lelaki. Bila lelaki jadi tertarik dengan lenggok suara perempuan, dah jadi satu dosa tau! Bercakaplah dengan nada biasa dan suara yang sedikit keras. Nak tunjuk contoh tak boleh, sila fikir sendiri ya.


*Perempuan..hati-hati dengan lenggok suara kamu!*


15 comments:

  1. kehkehkeh....kalo panggil atok dengan nada ngada2 tambah ngan gedik2 sikit, agak2 mcm mana?

    ReplyDelete
  2. rase awkward+geli pggl lelaki lain abg. abg sndri pun terasa geli nak pggl abg. hehee :D

    ReplyDelete
  3. kat restoran ade je panggil abg walaupun muda lagi..

    "abg nk order ape?"

    hehe

    read latest post @:
    pyejal.com/blog

    ReplyDelete
  4. panggil En je..hehehe

    betol tu kak..panggil abg tak salah tapi jgn dgn lenggok liuk lentok kan :D

    ReplyDelete
  5. tp:
    itu awak yg patut jwb, sbb awak lelaki!

    yayan:
    abis tu camne yayan nak beli burger kat stall?

    pyejal:
    dah tak tau nak panggil apa la tu kot..

    ieja:
    encik..burger ayam satu!
    mau terkejut penjual burger tu. ^__^

    ReplyDelete
  6. hehee saye cube elakkan je, "nak burger satu" tak payah panggil. takpun suruh abg saya yg belikan. hehee :D

    ReplyDelete
  7. akak bese kalo panggil abang kat org lain..akak panggil "bang" je..abang untuk hubby je..gedik ni kadang2 sifat dari kecik lagi..sian kat orang yg jns macam tu..kadang orang meluat tp nak wat cane kan..nasib dia..huhu

    ReplyDelete
  8. Salam ujie..,

    mmm...saya makan kat Bangsar , masa masuk kedai dia org panggil ADIK bila kuar panggil Abg pula...mmmmm

    ReplyDelete
  9. tihara:
    samalah..'abang' tu utk suami. yang lain 'bang' je.

    azmnor:
    hahaa..camne tu ya..?

    ReplyDelete
  10. akak sekolah agama mane dulu?

    macam familiar la yg senior suruh panggil senior laki pakcik tu..huhu

    ReplyDelete
  11. ewww adeee.. sgt ade...

    "nak tumpang abang tak..?" erkkkkk...

    ReplyDelete
  12. wanie:
    smap labu.
    nape..kita sama sekolah ya?

    tea:
    kalau betul tak menggatal mesti dia ckp.."nak tumpang adik tak..?" hahaa..

    ReplyDelete
  13. hehehe..betul gak teori tu..pakcik nampak mesra skit dari abg..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****