Terasa lama menyepi diri dari dunia blog. Semuanya kerana tuntutan masa dan komitmen untuk kenduri kahwin adik ipar yang berlangsung semalam (Ahad) di Batu Pahat, Johor. Maaf tak menjemput korang, sebab ni majlis keluarga mertua.
Seawal hari Jumaat saya dan suami dah pun pulang ke Johor untuk membantu membuat persiapan kenduri kahwin. Hari Sabtu pula orang kampung sudah mula memenuhi luar dan dalam rumah untuk rewang. REWANG merupakan aktiviti bergotong-royong masyarakat Jawa dalam membuat persiapan untuk sesuatu kenduri. Yang perempuan di dalam rumah membuat kuih, mengupas bawang, membuat bunga manggar, menyediakan bunga telur dan lain-lain kerja lagi. Yang lelaki pula berada di luar rumah membuat persiapan di khemah khusus yang dipasang untuk memasak hidangan kenduri.
Sambil tangan buat kerja, mulut masing-masing rancak berbual sambil diselangi gurau senda dan ketawa. Memang meriah! Walaupun agak penat, tapi seronok dapat berjumpa saudara-mara yang biasanya cuma boleh berjumpa pada Hari Raya Aidilfitri je. Memang tak kering gusi kalau berborak dengan makcik-makcik sebelah suami saya ni...ada je usik-mengusik! Sambil tu bolehlah berkenalan dengan jiran sekampung yang datang. Di sinilah menguji kemahiran komunikasi seseorang...sekaligus mendedahkan ciri-ciri peribadi individu!
Melalui rewang juga, dapat meningkatkan kemahiran seni hias dan masak-memasak. Lebih-lebih lagi untuk saya yang tiada bakat dan kurang berminat untuk hal begitu! Asalkan kita sudi, ramai yang sedia memberi tunjuk ajar.
Rewang...ada seronok, ada kebaikan, walau ada penat!
p/s: Entri ni ditaip walau masih dalam mood penat dan terasa sakit badan mengemas selepas majlis habis. Dan saya sekarang masih lagi kat Johor...
rewang dalam bahsa melayu atau ngomong jowo kehkehkeh
ReplyDeletehahhaa..
ReplyDeletememang seronok time merewang ni.
yang anak2 dara sebok begosip..
hehehe..
kalau bahasa kl,
rewang mean jln2, lepak2 , ronda2.. :)
rewang blh usha awek...hhaa
ReplyDeletebab nak komunikasi ni sy failed,plzz ajar sis.hehee
ReplyDelete*cian sis penat,banyakkan rehat k..
Kat BP tu mungkin dekat dg kampung saya...
ReplyDeleteRewang dg merewang berbeza ye Cik Lia, takleh samakan...
Salam ujie..,
ReplyDeletememang meletihkan kenduri kendara ni....rewang tu masyarakat tempat saya tinggal sekarang ni pun masih mempraktikkan....baik utk ukhwah dan saliratulrahim.....mudah2an dpt yg baik-baik sahaja hendaknya...aaminnn.
memang penat kak..nanti dtg rewang umh sy plak blh? hihihi
ReplyDeletePernah merasa rewang2 ni.. Memang meriah...
ReplyDeleteOwh..patutlah sunyi..
ReplyDeletememang meriahlah kalau rewang ni..^^
tp:
ReplyDeleterewang tu bahasa jawa.
lia:
tu yg kena bezakan antara 'rewang' dgn 'merewang'.
lia ke tu anak dara yg sibuk bergosip?? hahaa..
hj:
eh..hj dah muncul!
amboi..usha awek je ya..
diana:
ReplyDeletehaa..betul. k.diana pun baru lepas kan..
ws:
ala..achie kan selalu berkomunikasi dgn pesakit! ^_^
*thanks..ni tgh rest.
mie:
ntah2 sekampung!
azmnor:
ReplyDeletemmg byk dpt yg baik2..tapi tetap terselit yg tak baik sikit..hehee
ieja:
bila?? di mana??
tea:
meriah..lps tu penaat.
lily:
sunyi di blog..meriah di kg!
patut lame menyepi..g merewang..tempat wanie takde rewang, sume pakai catering..huhu
ReplyDeletehehehe..abis kenduri memang badan penat..hehe..releks sebentar..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
sis,apa kbr??sihat??
ReplyDelete*slmt malam..tension mata tak leh nak tdo,tapi badan dah lenguh...grrr
Org KL guna kenduri hehehe
ReplyDeletebarulah rapat ng jiran kan? bukan masa susah baru cari kan? :) bagus2. :D
ReplyDeleteframe:
ReplyDeletebetul..bila susah takle segan nk mintak tlg.