Thursday 8 December 2011

Khalifah-Khalifah Yang Benar- Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali


Tajuk:
Khalifah-Khalifah Yang Benar - Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS Litera Utama S/B
Harga: RM55 (Semenanjung M'sia)
Muka surat: 759


Buku ini merupakan sebuah novel sejarah Islam yang menyingkap pelbagai kisah empat sahabat Nabi Muhammad SAW, yang juga merupakan Khulafa Ar Rasyidin.

Abu Bakar As Siddiq
Lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu.

Umar al Khattab
Lelaki yang awalnya keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pendinding agama yang benar. Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.

Uthman Affan
Lelaki yang mengahwini dua puteri Nabi. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul al-Quran.

Ali bin Abi Talib
Lelaki yang punyai pertalian darah dengan Nabi. Menjadi kanak-kanak pertama memeluk Islam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh.

Apa yang saya suka mengenai buku ini adalah gaya penceritaannya yang tidak membosankan dan mudah untuk difahami. Memang berbeza daripada buku sejarah lain yang biasanya membuat kita mengantuk saat membacanya. Sama seperti buku Shamsiah Fakeh, kisah sejarah yang diolah dalam bentuk novel ini mampu membawa kita menyelami setiap peristiwa seolah-olah ia berada di hadapan mata. Asal saja kita menghayati tiap perkataan dalam novel ini dan membacanya dengan rasa ingin tahu.

Sejujurnya, saat ini belum pun sampai separuh daripada buku ini yang saya baca. Proses 'penghadamannya' agak mengambil masa kerana ia novel sejarah. Sejarah perlu dibayangkan, difikir-fikirkan dan diambil pengajaran.


p/s: Buku begini sesuai juga dijadikan hadiah. Berkulit tebal, harga berpatutan dan ianya kisah sejarah yang perlu diambil tahu oleh kita orang Islam.
 Jom baca buku..asyik baca blog je kan! ^__*



10 comments:

  1. Salam Ujie..,

    yer lah asyik baca blog jer...kena baca buku juga...nampak menarik buku tu utk bacaan sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. teringin juga nak baca buku Syamsiah Fakeh tu..buku ni pun bagus :)

    ReplyDelete
  3. azmnor:
    sgt sesuai utk bacaan satu family.

    tihara:
    shamsiah fakeh tu..bacalah. terasa peritnya sebuah perjuangan oleh seorang perempuan.

    ReplyDelete
  4. betui gak...style la kalo wat hadiah nie. Hmmmm...bagus idea tu.

    ReplyDelete
  5. buku yang menarik..sesuai kan dijadikan hadiah..dah lame tak bace sejarah khalifah2 ni..last mase zaman sekolah..

    ReplyDelete
  6. macam menarik jer cerita nie..buku pun nampak macam berkualiti.. :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. belajar tentang sejarah sahabat2 nabi..

    :)

    ReplyDelete
  8. salam kak..

    baca buku best juga,tapi takde duit nak beli..asik pinjam je ni..hehee kaki novel itu saya..hehe

    ReplyDelete
  9. wanie:
    betul la tu..tapi yg ni lagi lengkap.

    azlan:
    kulit tebalnya mmg berkualiti. cuma kertas kat dlm agak nipis..nk sesuaikan harga dgn mukasurat yg byk kot.

    ws:
    akak dulu pun kerap pinjam buku kat library awam. ok apa..free. yg penting suka membaca.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****