Wednesday, 28 December 2011

Tanjung Piai

Cuti hujung minggu lalu saya pulang ke kampung di Pontian, Johor. Perancangan asal nak ke Taman Negara Pulau Kukup, tapi dibatalkan sebab musim hujan tak sesuai untuk aktiviti melibatkan laut. Pulau Kukup ni sebenarnya terletak tidak jauh dari rumah mak saya. Ia telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1997, tapi saya sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke sana.

Disebabkan tak jadi ke Pulau Kukup, kami menghala ke Tanjung Piai. Lokasinya juga tak jauh dari Pulau Kukup. Jika memandu dari bandar Pontian, ambil simpang kiri ke Serkat. Dari situ kita akan melalui jalan kampung. Untuk ke Tanjung Piai, ikut saja papan tanda yang disediakan. Oh ya, Tanjung Piai juga dikenali sebagai 'Tanah Paling Selatan Benua Asia'.

TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
Kawasan seluas 926 hektar yang meliputi paya bakau dan dataran berlumpur ni telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 2004. Saya pernah berkunjung ke sini di awal pembukaannya sebagai Taman Negara.

Nampaknya hasrat untuk berkunjung sekali lagi ke Taman Negara ini tak terlaksana. Setiba kami di sana, air banjir memenuhi laluan di pintu masuk utama. Jadinya, saya cuma berpeluang mengambil gambar disekitar kawasan ini saja.


1. Jalan menuju ke Taman Negara Tg. Piai yang sudah dinaik taraf.
2. Jambatan untuk ke kaunter tiket dan pintu masuk.
3. Air banjir mengalir macam mini air terjun!



4. Pemandangan dari sebelah kiri jambatan..ada kawasan lapang untuk aktiviti.
5. Pemandangan di sebelah kanan jambatan...banyak pokok kelapa.


Tanjung Piai Resort
Berhampiran Taman Negara ni ada sebuah resort yang diusahakan oleh orang Melayu tempatan. Menariknya bilik chalet dibina di atas air, ala-ala water chalet di Port Dickson. Cuma ia tidaklah mewah dan ditawarkan dengan harga serendah RM140 untuk Twin Sharing. Restoran resort juga menyediakan hidangan makanan laut yang lazat dengan harga yang berpatutan. Dari sini juga kita boleh nampak Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pemandangannya cantik di waktu malam! Bila dah tengok sendiri ni, rasa macam nak cari masa untuk bermalam dan berehat di sini pulak.

Kalau ada yang berminat, boleh hubungi julialiff@yahoo.com atau 012-706 0890 atau KLIK DI SINI. 


 
1. Papan tanda resort.
2. Pemandangan chalet dari jauh...masa ni air laut pasang.



3. Jeti tempat para nelayan memunggah hasil tangkapan yang terletak bersebelahan resort.
4. Resort dan jeti..sangat dekat.
5. Inilah bilik chaletnya..nampak menarik.


Yang ni memang banyak di sini...comel je duduk gitu!


Sesiapa yang gemarkan alam semulajadi, tempat ni amat disyorkan untuk korang. Tapi pastikan datang di luar musim hujan untuk tidak kecewa. Pontian juga sebuah bandar yang tidak sesak, jaringan jalan rayanya mudah (tegak je) dan pasti tak sesat untuk ke sini. Sorry..promote tempat sendiri!

33 comments:

  1. Salam Ujie,

    Saya pernah ke sini bersama Azmnor dua tahun lepas. Masa tu chalet nampak macam tak terurus...

    Kalau Ujie dapat masuk ke kawasan itu, boleh nampak Pulau Karimun, Indonesia. Sgt strategik utk melihat mentari terbenam...

    ReplyDelete
  2. mie:
    saya pun dah pegi sblm2 ni, betulla masa tu mcm buruk je. ni dah elok la.

    ohh..mmg nampak pulau tu. P.Karimun ya..tak tau. thanks!

    ReplyDelete
  3. cantik..saya tak pernah sampai sana lagi.menenangkan.nnt blk segamat saya nak plan ke sana lah.

    ReplyDelete
  4. LM:
    sesuai utk si pencari tenang & damai..
    slmt dtg!

    ReplyDelete
  5. bagus promote ni..mana taw in a future nk g sini leh terjah resort ni :)

    ReplyDelete
  6. Walla comeh jer spesis ata pokok tu jie... Weweitttt..

    Lawatlah malaysia dulu barulah ke luar negara.. Sini byk tempat yg sgt menarik...

    ReplyDelete
  7. kelantan dengan johor la paling jauh nak tuju..10 ke 11 jam..hhehe..

    hoho banjir ya..time tak hujan bolehla plan nt..kalau time hujan nak dok chalet kat laut tu takut jugak..

    ReplyDelete
  8. Ktorg memang rancang nak pegi Tanjung Piai ni...tapi selalu jer hujan kan..tapi Alhamdulillah..3hari ni cuaca dah elok...nanti nk ajak hubby jln2 kat sana..

    ReplyDelete
  9. tihara:
    selain resort ni ada gak homestay & bilik2 utk disewa. tapi resort ni menarik sbb atas air.

    tea:
    elok je dia duduk..tu amik gmbo dia.

    kat sini takde winter, banjir ada..^___^

    ReplyDelete
  10. prettywrite:
    mmg jauh, pernah travel dari Batu Pahat ke KB..dkt 12jam! penat duduk dlm keta.

    takpe, amik pengetahuan am je.

    lily:
    kalau hujan mmg tak payah le, sbb ni kwsn kampung dan paya.

    ReplyDelete
  11. nampak menarik tempat nie..hehe..tapi memang betul kan orang cakap..benda kalau dekat ngan tempat kita kadang2 mesti tak terpikir nak pergi..macam saya, Menara KL sebelah rumah pun tak tak pernah sampai..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Cantik..tapi tak pernah sampai sana lagi...

    ReplyDelete
  13. tp:
    pegi la..luaskan pandangan.

    azlan:
    tmpt yg dkt dgn rmh kita ni, rasa mcm tak best je kan..

    ieja:
    laut..mmg cantik!
    resort tu biasa2 je..cuma unik.

    ReplyDelete
  14. Waaahhh...kalau dapat macing mesti best.

    ReplyDelete
  15. menarik...lum pernah sampai ke sana lagi..harap dapat juga sampai ke sana satu hari nanti..InsyaAllah:)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum....
    Salam kenal. tadi nampak kat helsinki pastu saja singgah sat. Nasib baik ujie tak tersangkut dlm banjir tu. Kalau tak naya rasanya

    ReplyDelete
  17. Salam Ujie..,

    2009 dulu pernah kesana lepas balik dari SEKMA kat UTM skudai..

    Best tengok matahari terbenam dan suasana senja sekitar kawasan tu...

    http://azmnor-santai.blogspot.com/2010/07/tanjung-piai-tip-of-mainland-asia.html

    ReplyDelete
  18. wak pon penah ke tanjong piai ni jugakkkk hiks.., eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

    ReplyDelete
  19. ohhh tanjungg piaaaiii
    hujungggggggg sekaliii
    hehehe

    rindu nak pi lag
    manyak ikan belacak
    kekekek

    salam kenai kak :)

    ReplyDelete
  20. boleh jadi pemandu pelancong dah kak ujie ni..hehhee

    ReplyDelete
  21. junaina:
    masa saya dtg, mmg ada satu family tu dok mancing dpn chalet diorang pun!

    nieza:
    apa lg..plan!

    kak sam:
    salam kenal jugak..
    lepas helsinki, layan tg piai pulak yaa..

    ReplyDelete
  22. azmnor:
    kalau dah kaki ronda, sempat je menyinggah ya..hehe..

    senja..mmg mengasyikkan!

    wak gelas:
    tima kasih dtg komen..

    aimie:
    a'ah...byk belacak, monyet.

    salam kenal jugak!

    ReplyDelete
  23. sy pngemar alam semulajdi..hehee

    #nak pergi juga,tapi bergantung dengan masa,tempat dan duit..heheee

    ReplyDelete
  24. bgs promote tempat sdiri..nmpk cntk pemandangan kt sn..tp syg xdpt tgk pic kt dlm tmn negara tue..pastinya cntk2 jgk kan!

    ReplyDelete
  25. ws:
    sama la kita..tersenyum bila tengok alam!

    cik tom:
    dalam tu paya bakau, sbb tepi laut. cantik bg penggemar alam.

    diana:
    sekali tengok mcm kat jeram..
    banjir sbb fenomena air pasang besar.

    laici:
    syok..jemput dtg!

    ReplyDelete
  26. mcm seronok..tp ira xpnh ke tg piai lagi..hee

    bln 3 aritu ke pontian tp kwn kahwin je..xjalan2 pon..blk hari heeee

    ReplyDelete
  27. j.ira:
    oh, dah penah sampai daerah akak yg kecik tu ya.

    nxt time boleh teruskan smpai ujung..tg piai.

    ReplyDelete
  28. bukan ke tj piai penuh misteri ujie??? citer ni aku dapat dari sumber lisan. betul ke???

    ReplyDelete
  29. TP:
    misteri yg 'paranormal' ke? ntah ek..tak penah dgr.

    ReplyDelete
  30. yup dgr2 suma kisah paranormal la

    ReplyDelete
  31. kampung ct pon kt pontian, tp xpernah pegi lg kt cni..hihihi

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****