Thursday, 29 December 2011

Menangani Provokasi

Ada page di Facebook menyiarkan gambar seorang lelaki berkulit gelap sedang membuat isyarat tangan pada sebuah frame bertulis kalimah Allah. Akibatnya, ramai yang memberi reaksi berbentuk komen yang penuh emosi. Hanya segelintir yang memberi reaksi secara rasional. Kalau korang macamana?

Sedikit petikan daripada reaksi pengguna Fb:



Apa yang korang nampak? Semuanya penuh emosi marah, kecuali yang bertanda star biru tu. Memang bagus bila orang Islam merasa sensitif terhadap sesiapa yang mempersendakan Allah. Itu tandanya hati sayangkan Islam. Tapi bila kita mengeluarkan kata-kata kesat dan pelbagai ugutan melampau, itu tidak menunjukkan akhlak seorang Islam. Kata-kata begitu hanya membuat non-Muslim melihat kita sebagai agama yang tidak mampu mendidik peribadi mulia penganutnya. Seterusnya membuat Islam dijauhi dan dibenci.

CARA YANG TEPAT
Bila menghadapi provokasi seperti ini, sebaiknya jangan terus melatah dan menghamburkan kata-kata penuh emosi marah. Gunakan akal untuk berfikir sejenak, mengapa dia sampai melakukan begitu dan adakah kita selaku Muslim ada menyumbang ke arah perbuatan begitu? Betul kata seorang pengomen Fb di atas..MUHASABAH!

Juga doakan semoga pelaku tadi menemui kesedaran dan menerima kebenaran Islam. Kalau berpeluang berjumpa, tunjukkan akhlak Muslim kita. Bukankah AKHLAK YANG BAIK ITU DAKWAH?. Peribadi mulia akan membuat hati seseorang mudah tertawan..percayalah! Lepas tu mudahlah dia menerima jika kita menerangkan tentang indahnya Islam.


*Provokasi: Berikan tindakbalas yang rasional dan berilmu!*

30 comments:

  1. tenang dan bertindak mengikut akal yang sihat..ramai yang komen tu tak pikir dulu apa yg diorang taip..haha

    ReplyDelete
  2. kalau yna pun marah gak k.ujie..tapi tak berani nak tulis apa2..dalam hati jer slalunya..ish..macamana nak jadi baik ni..hurm..

    ReplyDelete
  3. h.j:
    betul..cool itu penting.

    prettywrite:
    yna, marah mmg patut. cuma cara tunjukkan marah tu kena rasional.

    nak jd baik? hehe..masa remaja dulu akak pun tak baik. susah kawal darah muda kan..

    ReplyDelete
  4. Mmm....err, mcm ne nak ckp eh? Tak tegur kang, smpi bila2 tak nak berubah lak kan? Klu tegur kang, kata kite nie tunjuk bagus lak...

    Haishh!

    ReplyDelete
  5. Salam Ujie..,

    Memang yg terbaiknya menangani provokasi ini dengan rasional dan berhemah serta menurut akhlak Islam...

    Tapi kalau dah sampai masa perlukan teguran yang lebih agresif saya pun akan ambil tindakan agresif juga...

    * tapi sekarang ni org Islam pun tidak menghormati Islam .... nauzubillahi minzalik...

    ReplyDelete
  6. PAA:
    tegur itu mesti..setakat kata2 kesat tak mengubah apa kan..

    azmnor:
    org islam tak hormati islam..itulah antara punca islam diperlekeh.

    ReplyDelete
  7. Yes, muhasabah tu yang paling baik

    kdg2 nk komen kat status pelik2 x berani..sbb tu la kena fikir dulu sblm cakap :)

    ReplyDelete
  8. sejak kebelakangan nie banyak betul2 kes2 camni..hehehe..sampai saya pun tatau benda tu real ke tak..tapi betul cakap orang itu..musahabah itu benda yang patut kita lakukan..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. ieja:
    iyelah..jgn suka2 tulis komen sblm berfikir.
    kan dah akak tampal kat sini..°__°

    azlan:
    tulah sebaiknya kita jgn cpt melatah..tahap sahih berita pun kita tak pasti kann..

    ReplyDelete
  10. betul2..
    harus bijak menangani keadaan sebegini..
    kdg perasaan x terkawal, tu yg keluar mcm2.. huhu

    ReplyDelete
  11. betul..disebabkan provokasi macam tu lah kita perlu muhasabah..apa kekuranagn kita sebagai muslimin muslimat..baru lah orang hormat agama kita..

    ReplyDelete
  12. emm..tulah kadang2 bila jadi gitu
    kita jadi emo tapi kena kawal
    perasaan dan baru komen kan..
    maklumlah kalau marah ni..
    macam2 keluar :)

    ReplyDelete
  13. diana:
    setuju..kata2 tu cerminan peribadi.

    lia:
    teknik kawal perasaan..bertenang. ^_^

    tihara:
    lihat salah sndiri..sblm marahkan org.

    ati:
    marah itu umpama api..

    ReplyDelete
  14. cepat sngt melenting.dalam tak sedar diri dah sama taraf dengan mereka..benda kasar sepatutnya ditangani dgn cara halus,kalau kasar dua2nya alamat meletup perang ketiga..

    #otak jangan pena letak dilutut..kan sis?ehheee

    ReplyDelete
  15. Sikap spt budak yg menunding itu sebenarnya ada juga di kalangan muslim... Bermakna ini bukan terletak pd agamanya... Pada sikap seseorang itu.. Agama lain aku rasa tak tak mengajar penganutnya menunding begitu....

    Takbir Allah!

    ReplyDelete
  16. Provokasi secara umum boleh ditangani bersama. Yang susah jika sesuatu provokasi tu terarah kepada kita secara individu...

    ReplyDelete
  17. tau takpe.rara sokong.buat apa nk marah2 cmtu.dorg lg suke.

    ReplyDelete
  18. Ermm.. x berani gak nak komen apa2.. sekadar jd pembaca je..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum

    trime kasih ebrkunjung, komen dan folo blog sy..

    sy balas kunjungan ini dan amat2 menghargainya

    salam perkenalan dr saya..

    semoga berkunjung semula ya

    ReplyDelete
  20. ws:
    pandai achie..api kena siram dgn air!

    tea:
    betul jugak, yg dia ni pun kita tak pasti agama apa. asal nampak kulit gelap je..anggap india/non muslim.

    ReplyDelete
  21. mie:
    hmm..kalau kita sorang yg kena mmg berat..

    rara:
    lagi kena ketawakan ya..senang sgt kena cuit. betul tu rara!

    shuhaida:
    jln selamat ya..kalau nak komen gak, bglah sesuatu yg memperbaiki keadaan.

    ReplyDelete
  22. rmai je cmni k.ujie...

    bkn hanya aspek agama, aspek lain pon ada..y suka tuding jari kat org, suka assume bnda xfikir, nak menang mcm2 la..

    ira pernah kena..sdgkan bnda tu ada faedahnya tp kena kutuk juga..

    ReplyDelete
  23. j.ira:
    yelah..apapun provokasi mmg buat kita hilang kawalan diri.

    ReplyDelete
  24. ade gak tgk ni
    tapi x bace plak komen2 nye
    emmm..
    mende ni boleh disetelkan dgn baik kan..

    ReplyDelete
  25. aimie:
    pastinya..asal masing2 berlapang dada, buang prasangka.

    ReplyDelete
  26. aah tgk kat fb ramai duk share pic mamat tue..em btul kita sptt muhasabah..xelok melenting sn sini..lg teruk ada yang menyumpah2..itu bukan sifat seorg yg beragama islam

    ReplyDelete
  27. cik tom:
    sepatutnya benda yg menimbulkan ketegangan gini tak perlula disebarkan.

    ReplyDelete
  28. ya..aku juga setuju sama pendapat Ujie "Bila menghadapi provokasi seperti ini, sebaiknya jangan terus melatah dan menghamburkan kata-kata penuh emosi marah. Gunakan akal untuk berfikir sejenak, mengapa dia sampai melakukan begitu dan adakah kita selaku Muslim ada menyumbang ke arah perbuatan begitu? Betul kata seorang pengomen Fb di atas..MUHASABAH!"

    ReplyDelete
  29. aisyah:
    semoga slps ini kita beringat ya..

    ReplyDelete
  30. betul2....dorg cept betul melatah....xmenunjukkan menegur cara Islam yg betoi..huhuhu...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****