Wednesday 14 September 2011

Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin dan Perempuan


Tajuk:
Shamsiah Fakeh : Pejuang, Pemimpin dan Perempuan
Penulis: Azzah AR
Penerbit: PTS Litera Utama S/B
Harga: RM20 (Semenanjung M'sia)
Muka surat: 265


Hujung minggu lalu saya sempat ke kedai buku Popular. Niat di hati sekadar nak tengok-tengok buku terbaru di pasaran. Tapi bila terpandangkan buku ni, rasa ingin membacanya pulak. Ingin mengenali lebih dekat siapa Shamsiah Fakeh (SF) yang sebenarnya. Tambahan lagi sekarang sedang hangat mengenai isu Mat Indera dan PKM (Parti Komunis Malaya).

Secara ringkasnya, buku dalam bentuk novel sejarah ini menceritakan kembali detik-detik bagaimana SF anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan membesar sehinggalah dia melibatkan diri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dari British. Bermula dengan penglibatan dalam PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), kemudian AWAS (Angkatan Wanita Sedar), akhirnya menyertai PKM dan kemudiannya tersingkir dari PKM. Ketabahan SF sebagai seorang perempuan dalam menghadapi pelbagai rintangan hidup sebagai pejuang amat mengagumkan saya.

Sebagai rakyat Malaysia, ini merupakan antara buku yang perlu kita baca. Biarpun tiada dalam buku teks sekolah, perjuangan SF tetap ada dalam lipatan sejarah. Jika selama ini kita hanya dihidangkan dengan hitam perjuangannya, buku ini akan memaparkan sisi putih SF sebagai seorang pejuang kemerdekaan.




8 comments:

  1. Assalamualaikum ujie..,

    memang ada baiknya memandang kebaikannya seseorang disebalik keburukannya.....kerana bersangka baik kepada seseorang itu akan mendapat keuntungan yang tak kita sedari dari Allah....Allahualam

    ReplyDelete
  2. I want to find this book. Thanks for sharing this, Ujie

    ReplyDelete
  3. azmnor: saya setuju!

    kakchik: welcome..

    ReplyDelete
  4. hadiahkan aku buku ni blh tak..?ehe

    ReplyDelete
  5. h.j: akak hadiahkan masa hari kawin awak ya..amacam?

    ReplyDelete
  6. banyak versi sis,smpai tak tahu mana satu yang betul..

    ReplyDelete
  7. WS:
    ni versi dari family Shamsiah Fakeh sendiri..baca byk versi pun ok, kita study dari segala sudut.

    ReplyDelete
  8. wow saye suke bace buku biografi mcm ni..nk cari la.. =)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****