Monday, 20 February 2012

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi & Ubatan

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

-Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari PROSES PEMBUATAN ARAK, hukumnya haram dan najis.

-Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

-Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

-Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

-Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

-Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

-Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

(Sumber: Sahabat Halal Jakim)


*saya syorkan korang LIKE page Sahabat Halal Jakim.*


p/s: Sila baca dengan teliti dan fahamkan tau. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan Sahabat Halal Jakim.

24 comments:

  1. salam ujie.
    Kebetulan pula entry kita lebih kurang sama.

    ReplyDelete
  2. NAK PEGI LIKE.THANKS UJIE :)

    ReplyDelete
  3. singgah baca...nak komen tak tahu nak komen apa..hehehehe

    ReplyDelete
  4. assalam ujie..terima kasih.kena baca dan fahamkan betul2 ni.

    ReplyDelete
  5. shameel:
    iyelah..cuma entry saya ni sebarkan info. entry shameel berbentuk ingatan/teguran.

    tihara:
    sila LIKE..dpt info yg sahih (benar).

    eita:
    ni cuma entry info...mmg tak perlu kata apa2. yg penting info ni sampai pd korang. ^_^

    acik:
    sebenarnya agak susah nak faham, kalau ada contoh lagi mudah.
    tapi sekurang2nya ada la panduan utk kita.

    ReplyDelete
  6. suda like page tu..
    terimakasih for your info sis.. :)

    ReplyDelete
  7. aku sudah keliru....ttg nie, setahu aku sis, alkohol adalah HARAM dan tak najis.

    ok nanti aku like page study di situ.

    ana fenin...fenin la...

    ReplyDelete
  8. TP:
    alkohol ni ada byk peringkat proses.
    mana2 alkohol yg dari peringkat proses buat arak je haram.

    cth: alkohol yg ada dlm perfume tu bkn najis sbb ia bkn alkohol yg sama dlm arak.

    ReplyDelete
  9. hmmmm....maknanya minyak wangi beralkohol boleh dipakai la eh

    cuma yg buat arak sahaja yg tak boleh, eh. tapi thn lepas kata ustaz di surau mana2 alkohol di campur dalam pewangi adalah haram.

    ntah la kena kaji semula ni. takpe2 nanti nak tanya yg pakar. tapi bila pikirkan balik mmg ada benarnya sis katakan tu.

    ReplyDelete
  10. salam kak.
    terima kasih atas info..benda halal haram ni kita umat islam kena amik berat..nanti tak pasal2 kita menjawab kat sana nanti..slmt mlm kak..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas info nye..untuk panduan kita bersama..nak LIKE page tu..

    ReplyDelete
  12. info yg berguna tuk yg belum tahu.. =)

    p/s:meluat tgk iklan perfume yg knon tnpa alkohol, bole d bawa bersolat, tp pkaian model xbole bawa solat pn..

    ReplyDelete
  13. Hah! Entri mcm nilah bagus. Dr menyebarkan fakta2 yg tak boleh diterima pakai...

    Semoga kita semua dilindungi Allah.

    =D

    ReplyDelete
  14. TP:
    alkohol ni berkaitan sains. ustaz/ustazah hanya pakar dlm agama, tapi bkn pakar sains. dlm kes alkohol ni, pakar agama & sains perlu bergabung..barulah dpt satu kepastian yg betul.

    JAKIM ada kedua2 pakar ni.
    elok TP rujuk mereka, jwpn pun lebih tersusun.

    ReplyDelete
  15. WS:
    yup..dah jadi t/jwb kita utk ambik tau.

    CK:
    betul!
    lagi pulak..alkohol dlm perfume tu bkn arak. takde hal bwk solat.

    PAA:
    insyaallah saya cuba sebarkan benda2 dari sumber sahih dan masuk akal je. ^_^

    ReplyDelete
  16. dulu kecoh kandungan alkohol dlm minuman ribena..tp krg drpd 1% la...takde pun yg benti minum sbb tu..hehee

    yang dalam perfume tu pnh dgr majlis fatwa dah putuskan boleh pakai waktu solat...

    saya dah like...terima kasih kongsi info2 berguna ni...:)

    ReplyDelete
  17. bab alkohol ni mmg jadi persoalan jer sokmo..masa belajar dulu tanya ustaz perfume yg ada alkohol dia kata boleh pakai..so stick n yakin dgn yang tu lah..pakai perfume sekadar untuk menyegarkan je bukan nk bagi wangi setaman..huhu..kalau pakai minyak wangi 'halal' tu jadi pening kepala tak tahu kenapa..mungkin sebab pati minyak wangi tu..entahlah..

    dekat negara islam pun susah nak jumpa yg halal..heee..

    yana dah jenguk blog yg k.ujie bg link tu and follow sekali..tq kak..:)..ramai jugak yg komplen rupanya..huhu

    ReplyDelete
  18. thanks ujie utk entri ni.ini seribu kali lebih baik dr copy paste hukum yg belum sahih dr internet kan. =)

    ReplyDelete
  19. bgus aa entry akak nie..
    ade gak bnde br yg sy blaja, hehe..

    ok, dh like page tue..

    ReplyDelete
  20. aishah:
    a'ah..ribena & perfume..dua2 takde hal.

    prettywrite:
    jadi isu sbb kat malaysia ni umum silap paham..alkohol disamakan dgn arak. sdgkan alkohol byk jenis.

    ReplyDelete
  21. thankss k.ujiee..:)

    ira blaja byk dr entry ni..dah fhm mn y haram n halal alkohol ni..

    pss : hee..k.ujie..mudah2an Allah permudahkan n limpahkan rezeki kita y menolong org..tu je cara Ira nak bersyukur pd Allah wpon diri ni sll diuji..:)

    ReplyDelete
  22. salam ujie..,

    TQ about that info...mudah-mudahan kita dipermudahkan dalam segala hal...Insyaallah...aaminnn

    ReplyDelete
  23. sush ckit nk paham...ragu2...apepon semoga segala rezki yg kita makan dr sumber yg halal :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****