Monday, 14 September 2026

Che Roti La Farina : Kedai Bakeri Menarik di Kangar

Hampir tiga tahun saya menetap di Perlis, tapi baru bulan lepas saya ‘jumpa’ kedai roti yang menarik ni. Sebenarnya saya dah beberapa kali nampak (dari dalam kenderaan) kedai Che Roti La Farina bila ke bandar Kangar, cuma tak pernah singgah πŸ˜„
  
Che Roti La Farina, Kangar, Perlis
Kedai berkonsepkan kafe bakeri.

Che Roti La Farina, Kangar, Perlis
Pelbagai jenis bun, harganya RM2 sebungkus.

Che Roti La Farina, Kangar, Perlis
Kek dan roti.

Che Roti La Farina, Kangar, Perlis
Rambang mata nak pilih pelbagai jenis pastri dan roti.

Che Roti La Farina, Kangar, Perlis
Roti focaccia (bentuk empat segi, leper), biasa tengok blogger Mulan buat.

Che Roti La Farina, Kangar, Perlis
Saya beli roti sourdough rye bavarian. Harganya RM15. Roti ni tanpa pengawet, perlu simpan dalam chiller supaya tak cepat rosak.

Saya sangkakan roti sourdough teksturnya liat susah kunyah, tetapi yang ini rasa sedikit kenyal. Saya lebih suka buat one-pan egg toast sebab tekstur roti jadi lembut lebih sedap dimakan.

Che Roti La Farina, Kangar, Perlis
Beli juga set scones, harganya RM8.80. Tak perlu pergi jauh kalau saya teringin nak makan scone, senang dah ada jual di Perlis.



********************************

CHE ROTI LA FARINA
4A, Jalan Hospital,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.

Carian Google Maps | Che Roti La Farina







2 comments:

  1. Tu la kan klu mengidam scone lepas ni, x yah g ke cameron hehe kangar pun dah bole dapat kan πŸ˜‰

    ReplyDelete
  2. Sy suka masuk kedai roti, sedap bau roti :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****