Hampir tiga tahun saya menetap di Perlis, tapi baru bulan lepas saya ‘jumpa’ kedai roti yang menarik ni. Sebenarnya saya dah beberapa kali nampak (dari dalam kenderaan) kedai Che Roti La Farina bila ke bandar Kangar, cuma tak pernah singgah 😄
Kedai berkonsepkan kafe bakeri.
Pelbagai jenis bun, harganya RM2 sebungkus.
Kek dan roti.
Rambang mata nak pilih pelbagai jenis pastri dan roti.
Roti focaccia (bentuk empat segi, leper), biasa tengok blogger Mulan buat.
Saya beli roti sourdough rye bavarian. Harganya RM15. Roti ni tanpa pengawet, perlu simpan dalam chiller supaya tak cepat rosak.
Saya sangkakan roti sourdough teksturnya liat susah kunyah, tetapi yang ini rasa sedikit kenyal. Saya lebih suka buat one-pan egg toast sebab tekstur roti jadi lembut lebih sedap dimakan.
Beli juga set scones, harganya RM8.80. Tak perlu pergi jauh kalau saya teringin nak makan scone, senang dah ada jual di Perlis.
********************************
CHE ROTI LA FARINA
4A, Jalan Hospital,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Carian Google Maps | Che Roti La Farina







Tu la kan klu mengidam scone lepas ni, x yah g ke cameron hehe kangar pun dah bole dapat kan 😉
ReplyDeleteSy suka masuk kedai roti, sedap bau roti :)
ReplyDeletelawa kedainya..
ReplyDeleteMenarik la kedainya sis..Scone tu nmpk sedap =D
ReplyDeletebiasa scone bulat..yg ni versi leper skit ye..tkyah ke cameron dh la ,,dkt perlis pn ada bila teringin
ReplyDeletecantik Cafe dia penuh dengan mural yang menarik. Banyak juga juala roti yang ada. Boleh cuba makan yang mana kita tak pernah cuba tu. Saya pun suka roti sourdough, mahal tapi bagus untuk kesihatan especially untuk diet dan cut sugar. Paling best roti sourdough kat Alpro pharmacy sebab lembut. Di bakery ni biasanya macam keras sikit tapi sedap buat sandwich, suka jenis rangup-rangup juga kadang.
ReplyDeleteSenanglah pasni tak payah nak ke Cameron Highland nak makan scones kan, sini pun ada dan sedap memenuhi selera.
Suka tengok deco dan vibes cafe ni, mesti harum semerbak bau roti. Semua nampak sedap.
ReplyDeleteBestnya macam2 jenis pastries ada ni. Scone pun ada.
ReplyDeleteBanyaknya pastries.. 😋 kalau mengopi, mesti nak pekena roti-roti dan pastries ni juga.
ReplyDeleteMacam2 ada. Roti RM2 tu pun dah rambang mata nak Cuba. Wah ada scone tak yah pi Cameron gitu
ReplyDeleteHah? Stollen bread?
ReplyDeleteBestnya, macam² jenis roti ada. Kalau sedap, memang dah tak pergi tempat lain la, Ujie.
ReplyDeletenampak selesa betul suasana Che Roti La Farina ni, sesuai sangat nak lepak santai sambil makan pastri. Pilihan roti dengan pastry dia pun nampak semua sedap-sedap. Terima kasih atas rekomendasi ni, masuk list wajib singgah kalau ke Perlis nanti!
ReplyDeletenice sharing. mana tau kot2 nnt teringin nak explore Perlis. dah ada perancangan ni.
ReplyDeleteWah ada scones....suka..suka...terima kasih atas perkongsiannya. Nanti kalau ke Perlis boleh singgah sini
ReplyDeleteWah, menarik la kedai bakeri ni. Skrg ni merata2 dah orang jual roti sourdough kan. Saya salah seorang peminat roti sourdough. Unik betul tempat duduk dari tong dram tu 😃
ReplyDeletekek dia macam tak banyak sangat ye.
ReplyDeletesaya suka roti sourdough, tapi kengkadang tu mcm liat sikit nak kunyah. pernah panaskan dlm microwave, kulit tepi dia pulak terkeras sangat. mungkin takleh panas lama2 kot
Kadang kedai yang selalu lalu depan mata tu lah paling lambat kita singgah 😄 Che Roti La Farina ni nampaknya memang hidden gem Kangar yang menarik untuk diteroka!
ReplyDeleteTidak sangka sudah hampir 3 tahun Puan Ujie di Perlis.
ReplyDeleteBetul rambang mata tengok pelbagai jenis roti yang ada. Boleh cuba yang lain pula apabila datang.
Menariknya sungguh kalau masuk kedai bakery ni... Kalau saya dah borong macam2 ni huhuu..
ReplyDeleteBiasa sangat kan Ujie, kedai yang selalu kita lalu depan mata tu lah yang paling lambat kita singgah! 😄 Tapi berbaloi betul bila dah cuba, pelbagai roti ada. Lepas ni kalau teringin nak makan scone tak payah tunggu jalan-jalan naik Cameron Highland dah, dekat Perlis pun dah ada yang sedap..Suasana kedai nampak cantik dan selesa sangat. Harga bun RM2 sebungkus tu pun berpatutan betul.
ReplyDeleteSaya nih penggemar berat roti. Karena itu juga kenapa papa memilih buka bisnis bakery shops di Medan 😄. Makanya tiap kali melihat bakery shop yg unik, saya suka mencoba roti2 nya, melihat design tempatnya, cara pelayanan etc. Apa yg bagus boleh saya terapkan di bakery shops keluarga saya ☺️
ReplyDeleteSalam kenal dari penduduk selangor yang lahir di Alor Setar.
ReplyDeleteSuka roti juga.....kalau ke sini memang rambang mata la saya.
ReplyDelete