Hampir tiga tahun saya menetap di Perlis, tapi baru bulan lepas saya ‘jumpa’ kedai roti yang menarik ni. Sebenarnya saya dah beberapa kali nampak (dari dalam kenderaan) kedai Che Roti La Farina bila ke bandar Kangar, cuma tak pernah singgah π
Kedai berkonsepkan kafe bakeri.
Pelbagai jenis bun, harganya RM2 sebungkus.
Kek dan roti.
Rambang mata nak pilih pelbagai jenis pastri dan roti.
Roti focaccia (bentuk empat segi, leper), biasa tengok blogger Mulan buat.
Saya beli roti sourdough rye bavarian. Harganya RM15. Roti ni tanpa pengawet, perlu simpan dalam chiller supaya tak cepat rosak.
Saya sangkakan roti sourdough teksturnya liat susah kunyah, tetapi yang ini rasa sedikit kenyal. Saya lebih suka buat one-pan egg toast sebab tekstur roti jadi lembut lebih sedap dimakan.
Beli juga set scones, harganya RM8.80. Tak perlu pergi jauh kalau saya teringin nak makan scone, senang dah ada jual di Perlis.
********************************
CHE ROTI LA FARINA
4A, Jalan Hospital,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Carian Google Maps | Che Roti La Farina







Tu la kan klu mengidam scone lepas ni, x yah g ke cameron hehe kangar pun dah bole dapat kan π
ReplyDeleteSy suka masuk kedai roti, sedap bau roti :)
ReplyDeletelawa kedainya..
ReplyDeleteMenarik la kedainya sis..Scone tu nmpk sedap =D
ReplyDeletebiasa scone bulat..yg ni versi leper skit ye..tkyah ke cameron dh la ,,dkt perlis pn ada bila teringin
ReplyDeletecantik Cafe dia penuh dengan mural yang menarik. Banyak juga juala roti yang ada. Boleh cuba makan yang mana kita tak pernah cuba tu. Saya pun suka roti sourdough, mahal tapi bagus untuk kesihatan especially untuk diet dan cut sugar. Paling best roti sourdough kat Alpro pharmacy sebab lembut. Di bakery ni biasanya macam keras sikit tapi sedap buat sandwich, suka jenis rangup-rangup juga kadang.
ReplyDeleteSenanglah pasni tak payah nak ke Cameron Highland nak makan scones kan, sini pun ada dan sedap memenuhi selera.
Suka tengok deco dan vibes cafe ni, mesti harum semerbak bau roti. Semua nampak sedap.
ReplyDeleteBestnya macam2 jenis pastries ada ni. Scone pun ada.
ReplyDelete