Sunday, 7 December 2025

Sinaran Krepuskular dan Burung Pucung Cina

Catatan hari Jumaat, 5 Disember 2025.


SINARAN KREPUSKULAR (CREPUSCULAR RAY)
Rezeki di pagi Jumaat, saya berpeluang menyaksikan fenomena indah sinaran krepuscular (crepuscular ray) ketika matahari terbit. 

Sinaran krepuskular (crepuscular ray)
Foto dirakam pada pukul 6.54 pagi dari pekarangan rumah.

Sinaran krepuskular (crepuscular ray)
Masya Allah indah alam ciptaan-Nya.



 BURUNG PUCUNG CINA (CHINESE POND HERON)
Dalam entri terdahulu, saya pernah berkongsi foto dan catatan berkenaan burung ini tanpa mengetahui namanya. Kali ini saya berjaya memotret foto burung tersebut dengan lebih jelas, seterusnya memudahkan carian maklumat berkenaannya.

Nama Melayu - Pucung Cina / Pucung Keladi
Nama Inggeris - Chinese Pond Heron
Nama saintifik - Ardeola bacchus

Burung Pucung Cina (Chinese Pond Heron)
Hasil foto zoom-in yang diambil sekitar pukul 2.45 petang dari jendela bilik tidur saya. Hasil foto tidak begitu jelas kerana dirakam menerusi lapisan jendela kaca dan jaring nyamuk. 

Burung Pucung Cina (Chinese Pond Heron)
Zoom-in lebih dekat bagi memerhatikan rupa bentuknya.

Burung Pucung Cina (Chinese Pond Heron)
Foto paling dekat dan paling jelas yang berjaya dirakam. Antara ciri-ciri burung Pucung Cina - mata kuning terang, paruh hitam kekuningan, bulu dada dan leher berjalur coklat putih dan badan coklat keperangan.

Carian saya mendapati, burung Pucung Cina merupakan burung hijrah (migrasi) yang berkemungkinan datang dari negara China ke Malaysia semasa musim sejuk. Ia berpadanan dengan catatan saya pada entri terdahulu - di mana burung ini muncul di kawasan rumah saya hanya dalam tempoh tertentu iaitu sekitar Oktober sehingga Mac.

Kehadiran burung yang muncul pada tempoh tertentu ini saya sedari pada pengujung bulan Oktober lalu. Uokk…uokk…uokk…bunyinya kedengaran pada suatu pagi. Saya tersenyum sendiri, ia bunyi yang saya kenali! Kehadirannya juga seakan petanda bahawa Perlis akan memasuki musim angin timur. Ini kerana tempoh keberadaannya di sini hampir sama dengan musim angin timur yang biasanya berlaku sekitar November - Mac.

Perbezaan Chinese Pond Heron dengan dua jenis burung yang hampir serupa.

Setelah dua tahun saya menetap di sini serta menyaksikan datang pergi burung berwarna coklat dengan jalur putih ini, akhirnya baru sekarang saya tahu namanya 😄

Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis burung hijrah yang memenuhi kawasan sawah padi di sekitar Perlis. Saya suka memerhatikan burung-burung ini dari jendela kenderaan. Kawasan rumah saya jauh dari sawah padi jadinya saya tak berpeluang memotret burung-burung tersebut dengan lebih dekat.







16 comments:

  1. Oooo... itu ke nama cahaya tu? Baru tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya susah sikit nak sebut/ingat, saya tahu tapi selalu lupa 😄

      Delete
  2. Hampir jelas jugak gambar burung pucung cina walaupun ada jaring nyamuk tu, Ujie. Indahnya sinaran krespuskular yang dirakamkan tu. Fenomena yang pasti jarang-jarang berlaku, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…Alhamdulillah kali ni dapat hampir jelas, jadi boleh gunakan gambar untuk carian nama burung.

      Rasanya gitulah, ia fenomena biasa tetapi jarang berlaku. Sepanjang dua tahun menetap di sini, hari-hari saya boleh nampak matahari terbit, tapi bukan selalu saya nampak fenomena sinaran krepuskular ni. Atau mungkin ia muncul seketika, masa tu saya tak keluar rumah.

      Delete
  3. Subhanallah... cantiknya kejadian Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih dapat menyaksikan indah alam Tuhan.

      Delete
  4. Subhanallah cantiknya SINARAN KREPUSKULAR (CREPUSCULAR RAY) tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fenomena alam yang membuat mata saya terpesona memandang.

      Delete
  5. MasyaAllah bertuahnya kak dapat tengok fenomena indah,susah nak nampak ni...indah sungguh ciptaanNya

    ReplyDelete
  6. oo burung pucung ada beberapa jenis.. selama ni ingat satu tu je,, clear gambarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru je belajar mengenali nama dan jenis burung, rupa-rupanya burung pucung ada banyak jenis/spesis.

      Delete
  7. Kata balik jendela dan jaring nyamukpun jelas gambarnya.
    Ada juga Pucung Jawa dan India.

    P.S: Ada terlalu banyak gambar dan video Hari Keluarga, memang tidak suka letak banyak-banyak gambar atau kalau boleh tiada langsung bagi jimat ruang blogspot. Hehe tapi saya sudah tambah 2-3 gambar dan video. Nanti bolehlah jenguk semula ya. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena fokus masa zoom-in, barulah jelas gambarnya. Siap kena tahan tangan jangan gegar 😄

      Ooh…faham. Dah jenguk semula, seronok dapat tengok video kemeriahan family day Na.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****