Hujung tahun begini teringin nak mengembara ke tempat asing, tapi Encik Suami tak boleh nak tinggalkan urusan kerja. Bagusnya, dapatlah kami memenuhi jemputan makan kenduri di sekitar Kedah dan Perlis.
Khamis 25 Disember 2025
Majlis perkahwinan Fatihah & Farihin di Kg. Belimbing, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Majlis berkhatan dan doa selamat di Kg. Ceruk Tok Latah, Jitra, Kedah.
Jumaat 26 Disember 2025
Majlis aqiqah dan kesyukuran di Kg. Baru Panggas, Chuping, Perlis.
Sabtu 27 Disember 2025
Majlis perkahwinan Hafidz & Zulaikha di Kg. Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
Ahad 28 Disember 2025
Majlis perkahwinan Siti Nur Ezzati & Asmar di Fantasi Impian Hall, Sungai Petani, Kedah.
Kalau dulu (semasa menetap di rumah NS), jemputan kenduri di kawasan bandar - taman perumahan atau dewan majlis. Sekarang kami menjelajah kampung pula - melalui jalanan berliku dengan pemandangan hijau alam, juga laluan sempit dengan sawah padi dan kebun tanaman di tepi jalan. Pengalaman yang menarik!
Saya makan banyak di tempat kenduri yang ni 😁. Menu utama nasi, menu sampingan - laksa, mi rebus, ABC, cucur udang dan kuih-muih. Tetamu tak begitu ramai, bolehlah saya mencuba makan itu ini. Kalau di tempat yang penuh sesak dengan tetamu, saya makan sekadarnya dan segera bangun untuk beri peluang kepada tetamu lain pula.
Kuih putu Perak. Ada pilihan inti kelapa parut manis dan kacang merah.
Sebahagian cenderamata yang diterima. Dapat juga bunga telur tapi tak ikut berfoto sebab telurnya saya dah makan 😄
Rata-rata jemputan makan kenduri yang saya hadiri, makanan utama dimasak sendiri oleh orang kampung. Dapatlah saya menikmati gulai daging batang pisang (walaupun sebut ‘batang pisang’ tapi maksudnya umbut pisang ya).
Pertama kali juga saya nampak rupa periuk kukus Apollo - teknik memasak nasi kukus dengan menggunakan lapisan dulang dan tong aluminum tinggi. Menarik dan unik! Tiada foto rujukan, kalian buat carian internet jelah ya.




ammi rasa seronok lagi kalau ke kenduri di kampung-kampung yang masih buat di bawah khemah. teringin juga nak buat khemah depan rumah kalau anak-anak kawin nanti tapi rumah mau juga menggelongsor pinggan, tray semua sebab rumah ammi tak rata
ReplyDeleteHujung tahun dan cuti sekolah ni memang ramai yang buat kenduri kahwin.
ReplyDeleteWahhh, banyak jemputan kenduri di utara, tentu seronok dan lain suasananya dengan kenduri di Johor atau NS, kan. Sy kalau sesekali balik dan ada kenduri jarang dapat di sebelah2 kampung tapi kalau Kak kebetulan pergi kenduri, dapatlah jugak merasa gulai batang pisang tu yang jadi berkat bawa pulang. Sy pun kalau tak ramai tetamu, suka ambil banyak jenis makanan, tapi kalau tetamu ramai, cepat²lah kena mengundur diri untuk bagi laluan tetamu lain makan pulak.
ReplyDelete