Thursday, 25 December 2025

Kerepek Ubi Ngaku (Arrowhead)

Ubi ngaku (arrowhead) ni biasanya banyak dijual menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Tak tahulah kenapa kali ini awal pula munculnya, Tahun Baru Cina masih jauh lagi (sekitar pertengahan Februari 2026). Saya jumpa ubi ngaku ni di Lotus’s Jitra, Kedah. Saiznya besar - mudah kerja mengupas dan nak sagat, jadi tergoda saya nak membeli. 
Kerepek Ubi Ngaku (Arrowhead)
Beli sikit je tak sampai 1 kg dengan harga RM4.90, dapat 15 biji ubi ngaku. Foto di atas - rupa ubi ngaku selepas dikupas dan dibersihkan kulitnya. Bahagian tangkai sengaja dibiarkan supaya mudah nak pegang semasa menyagat.

Tapi…rupa-rupanya penyagat yang ada di rumah saya ni tumpul. Entah bila kali terakhir saya guna, dah tumpul pun tak perasan. Terpaksalah gigih menghiris nipis ubi ngaku untuk dijadikan kerepek.

Kerepek Ngaku (Arrowhead)
Hasil setelah digoreng. Oleh kerana ada hirisan tak sekata tebal nipisnya, maka ada bahagian kerepek yang tak rangup 😄. Rupa kerepek ngaku saya ni pun kurang cantik - agak gelap, tapi bolehlah kan setakat makan sendiri. Saya buat kerepek ngaku tanpa letak sebarang perasa, lebih suka makan gitu je.

Tak penuh pun bekas 3 liter ni, tapi cukuplah sebab tukang makan cuma saya seorang 😀







No comments:

Post a Comment

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****