CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 -14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Nanjing | Niushoushan Cultural Park
Kenderaan kami bergerak meninggalkan Niushoushan Cultural Park di Jiangning District menuju ke Qinhuai District.
⏵ JINGJUE MOSQUE
Sebelum meneruskan acara jalan-jalan, kami singgah menunaikan solat jamak Zohor Asar di Jingjue Mosque (juga dikenali dengan nama Jinjue Mosque) yang terletak di Shengzhou Road, Qinhuai District. Masjid ini terletak di tepi sebuah jalan besar yang agak sibuk, mudah ditemui.
Gerbang masuk masjid ini kelihatan sedang dibaik pulih, pintu pagarnya juga bertutup tapi tidak berkunci. Kami buka pintu pagar dan melangkah masuk dengan rasa ragu - bimbang masjid ini ditutup kerana kerja-kerja baik pulih tadi. Tiba di pekarangan masjid, kami bertemu dengan seorang lelaki tempatan yang berada di situ. Kami berkomunikasi dengan bantuan kawan Cina - senang ada penterjemah tak perlu saya gunakan Google Translate. Alhamdulillah kami boleh menunaikan solat di sini.
INFO SEJARAH
Nanjing Jingjue Mosque is one of the famous mosques in China. Nanjing Jingjue Mosque is also called the Sanshan Street Mosque. It is said that the name of the mosque was granted by an emperor in the Ming Dynasty (1368-1644).
Nanjing Jingjue mosque was first established in the 4th century. In 1430, advised by famous Moslem navigator Zheng He, the government ordered to rebuild the mosque. It underwent another large-scale reconstruction in 1492. In the mid 19th century, Nanjing Jingjue Mosque was destroyed. Jingjue Mosque was rebuilt at the end of the Qing Dynasty (1644-1911). The extant buildings include the brick gate, the balcony, the prayer room, the reception room and the guest room, etc. The gate, which was built in the Ming Dynasty, is a brick construction with rare carvings on it. There are many precious cultural relics, including important epigraphs left by emperors of Ming & Qing dynasties. [Sumber : islamichina.com]
Pokok maple dengan daun kemerahan menjadi penghias sudut masjid. Ia terletak berhampiran dengan pintu masuk ruang solat muslimah.
Tadi semasa saya selesai berwuduk (di bangunan yang berbeza dengan bangunan dewan solat), masuk seorang wanita tempatan yang mungkin lebih berusia daripada saya. Dia tersenyum mesra dan berkata sesuatu kepada saya dalam bahasa Cina, sambil tangannya menunjuk ke tempat wuduk. Saya membalas senyumannya dan mengangguk kepala tanda sudah berwuduk. Nak berbual lanjut, saya sedang mengejar masa - tak sempat nak buka Google Translate.
Saya rasa seronok, bila berada di tempat asing begini ada saudara seagama yang menyapa mesra. Ia perkara yang jarang berlaku, mungkin bukan budaya mereka untuk memberi atau membalas senyuman kepada orang asing walaupun sesama muslimah.
Ruang solat muslimah. Luas dan nampak moden, mungkin ini struktur binaan baharu.
Bahagian hadapan dengan sentuhan dekorasi berwarna merah - warna yang sinonim dengan budaya Cina.
Memandangkan ini bukan trip santai berdua, maka tak dapatlah saya menjelajah kawasan masjid ini untuk melihat dengan lebih dekat suasana sekitar. Tempat ini agak luas, ianya sebuah kompleks dengan beberapa buah bangunan dibina secara terpisah - sama seperti dua buah masjid tua yang pernah saya kunjungi di Guangzhou, wilayah Guangdong.
Hanya tiga buah foto di atas sahaja sebagai kenangan saya pernah berkunjung dan menunaikan solat di masjid tertua dan terbesar di kota Nanjing, wilayah Jiangsu ini. Selesai solat, kami kembali berkumpul dengan kawan lain yang menunggu di luar masjid.
Antara makanan yang dijual di deretan gerai berhampiran masjid. Udara di Nanjing sejuk, kawan yang menunggu kami duduk menikmati semangkuk bubur (nampak macam bubur pulut hitam) di gerai ini. Dapatlah kurangkan rasa sejuk bila makan bubur panas.
⏵ BERSIAR-SIAR SEKITAR QINHUAI DISTRICT
Ikut perancangan, kami akan menaiki bot untuk night cruise di Qinhuai River. Sementara menanti siang bertukar malam, kami bersiar-siar di kawasan sekitar.
Pintu gerbang besar dengan seni bina tradisional Cina.
Tiba di suatu jalan yang dihias cantik dengan gantungan tanglung berwarna oren kuning.
Kami tiba di lorong dengan deretan kedai di kanan dan kiri jalan. Menarik suasana di sini - bangunan dengan sentuhan seni bina lama, pokok tinggi yang menghidupkan suasana dan gantungan tanglung berwarna merah yang menambah ceria.
Kami singgah di beberapa buah kedai yang terdapat di sini. Antaranya, kedai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan kering. Tiada bahan yang meragukan dalam pembuatannya, jadinya ia halal untuk dinikmati. Setiap bungkusan dijual dengan harga 39 yuan, cuma berat isinya berbeza bergantung pada jenis buah. Segala jenis buah ada di sini, kagum saya tengok. Setakat buah yang saya cuba, rasanya sedap - tidak terlalu manis, tidak liat dan tidak terlalu kering.
Kawasan ini meriah dengan pengunjung. Beberapa kali juga saya ternampak perempuan berpakaian tradisional Cina berjalan di sini. Selepas itu barulah saya tahu, mereka menyewa pakaian tersebut untuk berfoto di bangunan dengan berlatarkan Qinhuai River.
Langit siang mulai gelap, suasana bertukar jadi lebih menarik untuk saya memotret.
Nanjing kota moden yang sibuk, tetapi menatap foto ini terasa seperti berada di zaman berbeza.











No comments:
Post a Comment
*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊
Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****