Catatan 13 - 14 Disember 2025
Hujung minggu yang baru berlalu saya dan Encik Suami balik ke rumah NS, Encik Suami ada sedikit urusan perlu diselesaikan. Hari Jumaat malam Sabtu kami naik pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah dan turun di KLIA. Sampai di rumah NS sudah pun menghampiri waktu tengah malam.
Pagi hari Sabtu kami ke Damansara untuk urusan Encik Suami. Sarapan kami - nasi lemak.
Selesai urusan, petangnya saya ajak adik saya sekeluarga berjumpa dan makan-makan di Gastrohub, Nilai. Sebelum ini kami sama-sama menetap di Nilai, memang kami selalu berjumpa dan anak-anaknya pun agak rapat dengan saya. Sejak saya berhijrah ke utara, kami hanya berjumpa bila sama-sama balik kampung di Johor. Alhamdulillah kali ini masing-masing ada masa lapang, bolehlah kami berkumpul di Gastrohub.
Makan tengah hari merangkap makan malam saya.
High tea set. Kalau datang berdua saja dengan Encik Suami, tak berbaloi ambil set ini sebab cuma saya seorang saja yang suka makan kek dan pastri. Kali ini ramai, bolehlah berkongsi rasa itu sikit ini sikit.
Selesai makan-makan, balik rumah terus buat kerja - saya vacuum dan mop lantai di atas dan bawah, manakala Encik Suami uruskan kerja pembersihan di luar. Beginilah bila sesekali balik rumah tinggal, kena kerja lebih sikit.
Hari Ahad pagi kami ke KLIA untuk penerbangan pulang ke utara. Pukul 10.30 pagi kami makan di Petit Cafe Chef Wan. Lapar sungguh rasa, bila kira-kira rupa-rupanya dah lebih 17 jam kami tak menjamah makanan 😄
Ada perubahan baik di Petit Cafe Chef Wan - pesanan boleh dibuat dengan cara imbas kod QR di meja dan makanan akan dihantar ke meja. Sebelum ini perlu buat pesanan di skrin luar kedai - jadi sedikit sesak dan perlu beratur hanya untuk buat pesanan.
Kira-kira pukul 2.30 petang, pesawat yang kami naiki tiba di ruang udara Alor Setar, Kedah. Menarik sungguh pemandangan dari udara - sawah padi menghijau di bawah sana.
Dalam perjalanan pulang ke rumah Perlis, kami singgah membeli keperluan di Lotus’s Jitra. Ternampak ubi ngaku (arrowhead) ni, saya beli sedikit nak buat kerepek. Terbayang rasanya sedap berlemak.






Nampak sedap pastri dia. Sesekali berkumpul seronok juga kan
ReplyDeleteLepas ni agaknya raya baru berkumpul lagi.
DeleteLawa tea setnya, warna pink.
ReplyDeleteKira buat IF tu, 17 jam tak makan. Ujie, saya tak pernah makan ubi ngaku. Tapi pernah nampak.
Haha…tak sangka jugak saya mampu tak makan selama lebih 17 jam. Malam dan awal pagi tu tak rasa lapar pun.
DeleteSaya kenal kerepek ubi ngaku ni pun sebab dulu ada kawan jual.
Sedapnya kerepek ngaku. Lama tak buat jugak ni. Menjelang CNY nanti lagi banyak ngaku ni.
ReplyDeleteAkak pernah buat sekali je, dah bertahun lama dulu. Ni nampak ubi ngaku elok besar, jadi rasa macam rajin pulak nak buat kerepek.
DeleteBila Ngarku keluar tandanya nak dekat2 la Raya Cina. Suka juga kerepek Ngarku ni.
ReplyDeleteKan…hehe.
DeleteLah, first time tengok ubi tu
ReplyDeleteMungkin pernah nampak di pasaraya, tapi sebab tak kenal jadi tak perasan tu ubi ngaku.
DeleteCute la teko pink tu ....
ReplyDeleteOrang kata kerepek ngaku tu sedap, Sy tak pernah try.
PH duduk area Gombak agaknya ada orang jual, beli siap lagi senang. Saya di luar bandar, susah nak cari orang jual kerepek ni.
Deletesuka tengok pemandangan hijau, sawah padi dll.. baru hari ni tahu ubi ngaku..
ReplyDeletePemandangan yang buat jiwa rasa tenang kan..
DeleteKenyang sangat makan di Gastrohub sampai tidak makan malam. Siap kemas rumah.
ReplyDeleteNampak menyelerakan makanan dalam high tea set.
Haha…makan banyak sangat.
Deleteawal keluar ubi ngaku tu Ujie, selalunya dekat2 CNY baru ada kan. Comelnya set tea pink tu lahai :)
ReplyDeleteItulah, saya terkejut jugak. Terus terfikir, bila CNY.
Deletebest hi tea...buah ngaku fav tu
ReplyDeleteSedap kan, tapi leceh nak jadikan kerepek 😄
Deletesedapnya kerepek ngaku ralit mengunyah...tapi saya nak buatnya tu yang tak berapa rajin
ReplyDeleteMintak suami Afzan buatkan, dia kan rajin menyagat pisang 😀
DeleteAkak ni bukan rajin pun, tapi teringin jadi ambik sikit jelah buat merasa.
lawa ngaku tu nampak besar. mudah nak kupas dan sagat
ReplyDeleteBetul LM, saya baru buat tadi. Memang mudah nak kupas, nak sagat je ada masalah sebab penyagat saya tumpul la pulak 😄
Deletehi-tea set tu memang nampak banyak. kena makan 3-4 orang juga tu, kalau berdua memang rasa bazir sikit hihi
ReplyDeleteItulah…lagi haritu teringin tapi terpaksa tahan. Alhamdulillah kali ni dapat jugak. Padahal boleh je beli sikit pastri kek yang nak makan, tapi mengada teringin jugak yang set gini 😄
DeleteSekarang musim ubi ngaku /arrow head ke erk...SA pun nak beli la buat kerepek...makanan tu...aduh...menggoda sungguh...lapar SA dibuatnya
ReplyDeleteResto chef wan itu saya tak sempat coba laaah. Baru tahu di IOI city mall ada. Tp pas tahu, belum buka ternyata, sementara saya harus buru2 ke airport. Memang nak coba nanti.
ReplyDeleteOh seperti itu bentuk ubi ngaku yaa. Saya pernah baca kak, tp tak tahu bentuk buahnya . Cuma dalam bentuk keripik pun saya blm coba 😅.penasaran pula