Wednesday, 10 December 2025

Bila Doktor Suruh ‘Exercise’

1 Disember lalu, si anak bulu balik rumah pada waktu malam dengan kaki kanan belakang terhincut-hincut. Tak pasti apa puncanya, bila saya belek kaki Jojo nampak macam ada luka kecil kemerahan. Jojo jadi pendiam tak berbunyi, kurang selera makan dan mahu menyendiri. Saya beri rawatan awal - semburan ubat antiseptik pada lukanya.

Esok pagi, keadaan Jojo masih sama - tak aktif seperti biasa. Jadinya petang tersebut kami bawa Jojo jumpa doktor. Doktor timbang berat badan dan periksa keseluruhan badan Jojo. Dua suntikan turut diberi - vitamin dan ubat tahan sakit. Doktor sempat berpesan supaya Jojo exercise πŸ˜†

Macam mana tak terlebih berat kalau dah kerjanya melayan mata.




Bersungguh bila minta makan, ditenung mangkuk makanan. Selagi kita tak isi makanannya, teruslah duduk jadi patung di situ. Kita ni cepat kasihan, jadi bagi jugalah.

Kali pertama kami bawa Jojo ke klinik pada bulan Januari 2025, beratnya 3.88 kg. Terkini, berat Jojo sudah mencapai 6.5 kg. Doktor kata, Jojo badan berisi sampai kena suntik jarum dua kali pun tak rasa apa πŸ˜…







3 comments:

  1. Hala hala hala... udah kena exercise pula. Tengok la tempat tidur dia, sungguh selesa, sofa yang empuk, rumah kucing yang cantik, manalah dia tak layan mata. Kena ajak dia main la ye, guna tongkat bulu tu. Eh, betul ke itu namanya. Geram tengok budak Jojo. Jenuh la Ujie nak dokong dia, lagi berat dari beras 5 kilo. 😁

    ReplyDelete
  2. Jojo dah selalu briskwalk ikut mak la doktor...biar je la kak dia tengah selera tu,anakdara saya si Daisy tu tengah demam tak selera makan sekarang ni,susahnya rasa hati.semua makanan fav dia dah taknak,kalau sebelum ni asyik larang jangan makan lebih...huwaaa sedih rasa

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****