Thursday, 23 October 2025

Tanam Kangkung dari Biji Benih

Percubaan pertama saya menanam sayuran di rumah Perlis. Saya rasa ragu-ragu nak menanam pokok jenis sayuran sebab agak kerap juga saya tiada di rumah. Pokok jenis sayuran kalau tak disiram berhari-hari memang tipis peluang untuk hidup membesar. Tapi kali ini saya nekad mencuba dan sediakan solusi penyiraman pokok.

Beli biji benih di kedai Shopee - Baba Official Store. RM6.45 / peket.

Tarikh semai biji benih - 5 Oktober 2025.
Saya semai biji benih terus dalam bekas tanaman - saya gunakan kotak putih polistirena (polystyrene) . Medium tanaman - peat moss. Letak dua biji benih dalam satu lubang, tanam secara berbaris. Siap tanam terus spray air, kemudian saya tutup tanaman dengan plastik hitam (selama beberapa hari saja) supaya biji benih cepat bercambah. 

Sebenarnya, saya tak tahu pun cara menyemai benih kangkung. Proses menyemai biji benih dibantu oleh Encik Suami, saya ikut apa saja saranan Encik Suami. Tapi zaman sekarang kalau tak tahu boleh je rujuk carian internet.

Tanam Kangkung dari Biji Benih
8 Oktober 2025
Selepas tiga hari semaian, benih kangkung mula bercambah. Punyalah seronok, pada hal cuma bercambah sikit je tu 😀

Tanam Kangkung dari Biji Benih
10 Oktober 2025
Dah nampak rupa kangkung selepas lima hari semaian.

15 Oktober 2025 - saya mula menggunakan automatic watering system untuk penyiraman sebab nak tinggalkan rumah dalam tempoh enam hari. Selama tiada di rumah, kadang-kala timbul rasa risau kot alat tersebut tak berfungsi dengan baik.

Tanam Kangkung dari Biji Benih
21 Oktober 2025
 Alhamdulillah…anak pokok kangkung membesar dengan baik hasil siraman automatik.

Tanam Kangkung dari Biji Benih
Bahagia sungguh tengok hasil tanaman membesar. Terus rasa macam petani yang berjaya. Pada hal kau tanam kangkung je 🤣

Tanam Kangkung dari Biji Benih
Hari ini - 23 Oktober 2025
Selepas 18 hari semaian, beginilah saiz daun kangkung paling besar dan lebar. Tak tahulah ini saiz yang sesuai atau tidak, setakat ini saya tak letak baja. Mak tanya pagi tadi, baru saya terfikir pasal baja 😄

Semoga pokok kangkung saya terus membesar sehingga waktu tuaian, ada rezeki dapatlah saya masak sayur kangkung hasil tanam sendiri. 

Set automatic watering system saya beli di kedai Shopee - LavicaMY. Harganya sekitar RM35 satu set, saya beli ni ada empat point dropper (tempat keluar air). Tak begitu susah nak pasang, cuma perlu sedikit kesabaran untuk fahamkan bagaimana sistemnya berfungsi.







43 comments:

  1. Kalau semai biji benih, keluar buntat² dia..memang happy lah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berjaya! Nampak elok daunnya tu wpun tak dibaja 👍🏻

    ReplyDelete
  3. Pernah tanam kangkung ni memang kurus keding je. Suka tanam bayam lagi gemok kejadiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah tanam bayam merah, memang seronok tengok daun rimbun. Nantilah, akan datang tanam bayam pulak.

      Delete
  4. Betul lah kata pujangga.... "Semua benda ada di Shopee"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, hampir semua penyelesaian ada di Shopee 😁

      Delete
  5. Seronok bila tanaman tumbuh dan membuahkan hasil untuk dimakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagia rasa kan. Masak, makan sambil tersenyum!

      Delete
  6. Seronok rasanya dapat lihat hasil tanaman tumbuh subur.

    ReplyDelete
  7. Best nya tengok dah naik elok Alhamdulillah. Thanks kongsi info semua ni Ujie, nak try lah. Cuma harap tak diganggu si monkey sebab pandan pun dicekaunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sama-sama Mulan.
      Alamak…yang itu susah diajar, pandan pun dicekau memang dah melampau!

      Delete
  8. Lepas ni tak payah beli kangkung lagi, jimat duit 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat sikit je kot, tapi yang penting dapat makan kangkung fresh 😀

      Delete
  9. Wahhh.. tak lama nanti mesti ada entry Kangkung Goreng Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaah…Sk dah tau ni yang tak best nak buat entri 🤣

      Delete
  10. Suka tanam pakai biji benih.. nanti boleh makan baby kangkung.. tapi tanam sekali jer lepas akan terus tumbuh tak berhenti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Internet kata boleh tuai 2-3 kali je, lepas tu jadi kurus sangat tak sesuai makan. Kita tengoklah nanti ya 😄

      Delete
  11. Boleh mkn kangkung goreng freshh kan
    Sukaaa jga menanam tp sayur2 ni kena hari2 nengok susahh sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikNur, sayuran ni leceh kena siram 2x sehari. Lagi pulak dalam fasa membesar perlu cukup air.

      Delete
  12. Ujie tanam elok je cantik ha...SA satu hape pun x tumbuh..kalau tumbuh pun batang dia kurus tinggi..xde vitamin kangkung SA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jenis tanah tak sesuai untuk semaian kot SA.

      Delete
  13. puashati bila lihat pokok tanaman tumbuh dan membesar dengan baik walaupun kangkung je.. moga kangkung membesar dengan sihat ..

    ReplyDelete
  14. Saya terhibur baca komen kawan-kawan dari atas. 😁
    Tahniah, Ujie! Semoga dapat menikmati hasil, kangkung goreng belacan.
    Bagus, ada alat siraman automatik, sebab Ujie selalu travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen kawan-kawan memang menceriakan 😃
      Terima kasih Tot. InsyaAllah aamin!
      Itulah…lega rasa wujud alat gini. Segan saya kerap mintak tolong orang siram walaupun ada bagi upah sikit. Bila tak mintak tolong, ada pokok yang mati pulak 😅

      Delete
  15. Semoga terus semangat berbakti pd bumi menghijau.. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen Wak Lat ni buat saya rasa macam saya petani berjaya pulak 😆

      Delete
  16. Sedap ni Ujie bila buat sotong kangkung ke, kangkung belacan ke. Nampak hijau dia cantik.

    ReplyDelete
  17. subur nampak gayanya tu kak..sedapnya kangkung tanam sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…insyaAllah sedap kangkung segar.

      Delete
  18. saya pulak seronok tengok hasil dia makin bercambah!

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Terima kasih Wak. Segan saya dengan Wak petani berjaya.

      Delete
  20. Zaman kanak-kanak tak sula kalau kena tanam sayur...dah berumur ni rindu la pulak....seronok dapat tengok proses tumbesaran dari kotilidannya pecah hingga keluar daun sulung

    ReplyDelete
  21. Tahniah Puan Ujie. Berusaha cari set penyiraman automatik demi memastikan kangkung hidup subur.
    Tidak sabar tengok hasil tuaian Puan Ujie nanti.

    ReplyDelete
  22. Wajar lah kak, apalagi hasil tanam sendiri kan 😄👍👍. Rasa seronok lihat tanaman kita bisa tumbuh. Apalagi kalo sampai subur. Memang bedalah rasanya bisa memasak hasil tanaman sendiri

    ReplyDelete
  23. saya rasa, dah lima tahun saya tak tanam kangkung. huhu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****