Thursday, 23 October 2025

Tanam Kangkung dari Biji Benih

Percubaan pertama saya menanam sayuran di rumah Perlis. Saya rasa ragu-ragu nak menanam pokok jenis sayuran sebab agak kerap juga saya tiada di rumah. Pokok jenis sayuran kalau tak disiram berhari-hari memang tipis peluang untuk hidup membesar. Tapi kali ini saya nekad mencuba dan sediakan solusi penyiraman pokok.

Beli biji benih di kedai Shopee - Baba Official Store. RM6.45 / peket.

Tarikh semai biji benih - 5 Oktober 2025.
Saya semai biji benih terus dalam bekas tanaman - saya gunakan kotak putih polistirena (polystyrene) . Medium tanaman - peat moss. Letak dua biji benih dalam satu lubang, tanam secara berbaris. Siap tanam terus spray air, kemudian saya tutup tanaman dengan plastik hitam (selama beberapa hari saja) supaya biji benih cepat bercambah. 

Sebenarnya, saya tak tahu pun cara menyemai benih kangkung. Proses menyemai biji benih dibantu oleh Encik Suami, saya ikut apa saja saranan Encik Suami. Tapi zaman sekarang kalau tak tahu boleh je rujuk carian internet.

Tanam Kangkung dari Biji Benih
8 Oktober 2025
Selepas tiga hari semaian, benih kangkung mula bercambah. Punyalah seronok, pada hal cuma bercambah sikit je tu 😀

Tanam Kangkung dari Biji Benih
10 Oktober 2025
Dah nampak rupa kangkung selepas lima hari semaian.

15 Oktober 2025 - saya mula menggunakan automatic watering system untuk penyiraman sebab nak tinggalkan rumah dalam tempoh enam hari. Selama tiada di rumah, kadang-kala timbul rasa risau kot alat tersebut tak berfungsi dengan baik.

Tanam Kangkung dari Biji Benih
21 Oktober 2025
 Alhamdulillah…anak pokok kangkung membesar dengan baik hasil siraman automatik.

Tanam Kangkung dari Biji Benih
Bahagia sungguh tengok hasil tanaman membesar. Terus rasa macam petani yang berjaya. Pada hal kau tanam kangkung je 🤣

Tanam Kangkung dari Biji Benih
Hari ini - 23 Oktober 2025
Selepas 18 hari semaian, beginilah saiz daun kangkung paling besar dan lebar. Tak tahulah ini saiz yang sesuai atau tidak, setakat ini saya tak letak baja. Mak tanya pagi tadi, baru saya terfikir pasal baja 😄

Semoga pokok kangkung saya terus membesar sehingga waktu tuaian, ada rezeki dapatlah saya masak sayur kangkung hasil tanam sendiri. 

Set automatic watering system saya beli di kedai Shopee - LavicaMY. Harganya sekitar RM35 satu set, saya beli ni ada empat point dropper (tempat keluar air). Tak begitu susah nak pasang, cuma perlu sedikit kesabaran untuk fahamkan bagaimana sistemnya berfungsi.







6 comments:

  1. Kalau semai biji benih, keluar buntat² dia..memang happy lah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berjaya! Nampak elok daunnya tu wpun tak dibaja 👍🏻

    ReplyDelete
  3. Pernah tanam kangkung ni memang kurus keding je. Suka tanam bayam lagi gemok kejadiannya.

    ReplyDelete
  4. Betul lah kata pujangga.... "Semua benda ada di Shopee"

    ReplyDelete
  5. Seronok bila tanaman tumbuh dan membuahkan hasil untuk dimakan :)

    ReplyDelete
  6. Seronok rasanya dapat lihat hasil tanaman tumbuh subur.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****