Morning walk tadi, saya lalu di sebatang pokok belimbing besi yang besar dan tinggi. Dari jauh nampak biasa je, bila semakin dekat barulah perasan pokoknya sedang lebat berbunga.
Masya Allah cantik bunganya 😍
Pokok belimbing besi banyak cabang dahan, hampir di setiap dahan dipenuhi dengan bunga.
Bunga yang banyak ini juga menarik serangga. Entah serangga apa, bunyinya berdengung kuat dan terbang dari satu kuntum ke kuntuman lain.
Foto zoom-in kuntuman bunga pokok belimbing besi - bersaiz kecil, berwarna ungu dengan lima kelopak.
Di sekitar rumah saya terdapat beberapa batang pokok belimbing besi hasil tanaman penghuni terdahulu. Tapi saya belum pernah cuba merasa buahnya sebab tak rajin nak membalut buahnya. Buah belimbing besi tak berbalut selalunya jadi rosak dan busuk kerana serangan serangga perosak.
***
Tiada kaitan dengan pokok belimbing besi, tapi saya letak di blog sebagai kenangan dan penghargaan. Tengah hari tadi seorang jiran datang menghantar lauk - terung balado. Masih panas dan sedap aromanya. Sayangnya saya baru lepas makan tengah hari, jadinya lauk ini disimpan untuk makan malam nanti.
Sesungguhnya, rezeki Allah datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah 💙
Cantiknya bunga belimbing besi tu. Lama tak makan belimbing besi. Dulu kat kampung ada.
ReplyDeleteLawa bunga belimbing tuh,
ReplyDeleteWahh sedap terung balado.. nyum2