Friday, 10 October 2025

Menginap Satu Malam di Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China

CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025



Semasa di Lincang, kami menginap di Rayzen Hotel - sebuah hotel yang terletak di daerah Lin Xiang. Kami mendaftar masuk pada waktu malam, setelah selesai urusan kerja Encik Suami.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Ruang lobi hotel luas dan lapang. Juga tak kelihatan tetamu hotel yang lain, kecuali kumpulan kami seramai lima orang. Urusan daftar masuk hotel berjalan lancar dan pantas.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Bilik penginapan kami. Cantik, bersih dan kemas. Tapi ada satu benda perlu yang tak disediakan - tiada cermin dalam bilik ini. Nak bersiap kena guna cermin dalam bilik air πŸ˜„

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Lega rasanya bila dapat katil dengan tilam dan bantal yang empuk, maklum saja malam sebelumnya kami berada dalam penerbangan. Malam ini dapatlah kami tidur dengan selesa, memulihkan badan yang keletihan.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Dalam almari tersedia bathrobe, itu benda biasa. Tapi yang agak luar kebiasaan - sekaki payung turut disediakan.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Benda paling menarik perhatian saya - tersedia satu set hidangan teh di atas meja.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Cantik warnanya dan comel saiznya. Nampak macam hiasan, tapi…

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Eh, ada daun teh! Kalaulah saya ada masa untuk bersantai dalam bilik, tentu saya tak melepaskan peluang mencuba teh yang disediakan. Sayang sekali, keberadaan kami di sini sekadar untuk berehat seketika sebelum mendaftar keluar pada awal pagi esok.
Info | Lincang terkenal sebagai pusat penghasilan teh berkualiti tinggi, khususnya teh Pu’er.
Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Bilik air luas selesa, semua berfungsi baik. Tapi macam biasalah - tiada paip air untuk bersuci.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Keperluan mandian di sediakan dalam botol besar, puas hati guna. Barang keperluan peribadi pula diletak kemas dalam sebuah kotak kayu di sudut bilik mandi.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Ruang mandi luas dan bersih selesa.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Suasana malam dari jendela bilik penginapan kami - tenang tetapi ceria dengan cahaya lampu. Saya dapati, pada waktu malam rata-rata bangunan di sini dihiasi dengan lampu yang bertukar-tukar warna.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Esok harinya, kami berkumpul sekitar pukul 7 pagi di lobi hotel bagi meneruskan perjalanan. Sementara menunggu yang lain tiba, saya keluar berjalan-jalan memerhati sekitar hotel. Sempatlah saya memotret itu ini sebagai kenangan. Foto di atas - bangunan Rayzen Hotel.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Bentuk muka bumi Lincang berbukit dan di kelilingi pergunungan. Cuaca di sini nyaman, sesuailah dengan kegiatan ekonomi utama mereka iaitu pertanian. Ketika ini suhu rendah 16℃, tiada tiupan angin jadinya tidaklah rasa terlalu sejuk.

Nampak bunga raya terus teringat negara sendiri πŸ‡²πŸ‡Ύ







6 comments:

  1. Mrs. A pun tertarik dengan set minuman tu comel dan menyerlah warnanya.
    Aduh! nampak katil tu kalau dah penat memang lena terus

    ReplyDelete
  2. Aisehmannn.. begitulah jika hotel dah cantik, ada pulak kekurangannya. Nak bertudung kena masuk bilik air pulak. Biasa jugak jumpa payung dalam almari hotel, kadang² lampu suluh pun ada.

    ReplyDelete
  3. kuantiti teh tu boleh buatinum berapa kali?

    dah mcm.kat swiss pula. kat sana setiap blk hotel akan dpt coklat... tp kat sini dpt tehπŸ‘

    ReplyDelete
  4. Sekali pandang set tu macam buah labu, comel sekali.
    Rayzen Hotel, bukan local hotel barangkali? Sbb namanya takde bunyi China. Nampak cantik dan moden hotelnya.

    ReplyDelete
  5. Puas hati dapat menginap di tempat secantik ini. Nampak selesa sungguh dengan segala kemudahan yang disediakan.

    ReplyDelete
  6. Ingat teh dah dibancuh buat air. Kalau tidak boleh minumπŸ˜…

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****