Wednesday, 1 October 2025

Makan Tengah Hari di Yi Chun Garden Beef Restaurant, Kunming

CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025



Dari lapangan terbang, kami menaiki teksi menuju ke sebuah restoran halal. 

Ruang dalam teksi - bersih dan selesa.

Plaza tol di Kunming. Saya tertarik dengan hiasan tanaman bunga pelbagai warna. Cantik! Begitu juga di tepi-tepi jalan dihiasi dengan tanaman bunga berwarna-warni.

Selepas itu barulah saya tahu bahawa Kunming dikenali sebagai ‘City of Flowers’ atau ‘Spring City’ kerana cuacanya yang sederhana dan sejuk sepanjang tahun sesuai untuk pertumbuhan bunga. Di sini juga terletaknya Dounan Flower Market - pusat borong bunga terbesar di Asia.

Pemandu teksi bawa kami ke sini, katanya ini merupakan antara restoran halal yang terkenal di sini. Hasil Google Translate nama restoran, 伊春园 牛菜馆 - Yi Chun Garden Beef Restaurant. Entah tepat atau tidak terjemahannya tu 😄

Pada papan tanda restoran terpapar logo 清真 (qingzhen) - terma yang digunakan untuk makanan halal. Ianya mudah dilihat kerana dalam bentuk logo bulat berwarna hijau.

Berdasarkan pengalaman saya semasa ke Guangzhou pada tahun lepas, tanda halal hanya dalam bentuk tulisan aksara Cina tanpa logo bulat berwarna hijau. Jadi agak sukar bagi kita yang tak kenal aksara Cina nak membelek perkataan qingzhen pada papan tanda kedai di Guangzhou.

Urusan memesan makanan kami serah saja kepada kawan Encik Suami yang berbangsa Cina. Trip ke negara China kali ini lebih mudah sebab ada ahli kumpulan yang bertutur bahasa Cina.

Tak lama menunggu, satu demi satu hidangan tiba. Tapi rupa-rupanya semua ini untuk kami berdua saja. Banyak sungguh nak kena habiskan ni 😅

Sup jernih tapi sedap rasanya.

Sayuran. Warna kuning macam isi jagung tu, rasanya seperti makan kekacang.

Hirisan nipis daging lembu yang lembut berjus disertakan dengan sos pencicah dan mungkin garam - entah serbuk apa tapi rasa masin. 

Potongan kecil daging lembu dimasak dengan sayuran dan campuran herba. Mula-mula makan, rasa sedap. Lepas tu saya dah tak boleh makan sebab rasanya jadi semakin pedas. Rasa pedasnya macam kita makan lada hitam, bukan pedas cili api. 

Minuman kami - teh Cina yang dihidang dalam cawan seperti mangkuk kecil.

Selesai makan, kami menuju ke Kunming Nanyao Railway Station.







32 comments:

  1. daging pedas tu macam pernah order di kedai mi tarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah tu kot Ammi, kedai mi tarik asal dari China. Masakan lebih kurang.

      Delete
  2. Mungkin tu daging Masak Lada hitam, kot. Tapi, jarang pulak masakan Lada hitam ni jadi pedas sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nampak macam ada biji lada hitam dalam masakan, tapi saiznya besar. Agaknya itu yang pedas lain macam.

      Delete
  3. kak ana pun ingat kan isi jagung bersama kacang peas tu Ujie, nampak sedap semua menu, alhamdulillah senang berkomunikasi bila ada geng yang boleh bertutur dalam bahasa di sana, aah laa cantik bunga kat plaza tol tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mudah bila ada geng boleh berbahasa Cina tapi jadi kurang mencabar dan kurang kutipan pengalaman, sebab semua orang uruskan 😄

      Delete
  4. Replies
    1. Dua-dua menu daging tu sedap, cuma yang pedas tu tak dapat makan habis 😄

      Delete
  5. Cantikkkk
    Bunga2
    Baguss buat camni segar mata tgk bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segar mata dan rasa seronok tengok bunga cantik sana sini 😀

      Delete
  6. Uwaaaaah sedaaaap sangaaat nampaknya kak 😍😍😍😍. Makanan Chinese ini memang paling sesuai lah. Comfort food sangat. Bagus memang kalau ada yg paham bahasanya. Jadi bisa bantu cari makanan yg halal. Sayurannya saya sukaaa, kliatan masih crispy 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, betul...sayurnya masih segar rangup. Sedap.

      Delete
  7. Senang ke China kalau ada geng yg boleh bertutur Mandarin kan. makanan nampak sedap tapi pedas ye Kak Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap, yang pedas tu pun sedap. Cuma tak boleh nak makan banyaklah 😄

      Delete
  8. bila ada yang boleh berbahasa tempatan atau pun translator, wisata jadi mudah kita pun rasa gembira.. anyway, beef tu nampak mengiurkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jadi sangat mudah berbanding pengalaman trip terdahulu...cakap ayam dengan itik 😅

      Delete
  9. dlu ke China menu kebanyaakn tk pedas...ada yg siap bawa sambal ikanbilis kentang lg time tu ...tp menu daging tu pedas ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ikut tempat. Seingatnya masa saya ke Guangzhou, makanan tak pedas.

      Daging tu pedas mungkin letak herba macam lada hitam. Mula-mula ok, bila makan banyak jadi pedas tak tahan 😄

      Delete
  10. Sedapnya nampak masakan daging tu...
    Bestnya mesti lawa Kunming ni kan. Banyak bunga tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat bunga warna-warni di sana sini. Geram tengok 😀

      Delete
  11. Daging itu letak cili kering. Hehe orang kuat pedas memang suka lauk begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rasanya bukan cili kering tu yang jadi pedas sangat. Ada campuran herba macam lada hitam saiz besar.

      Delete
  12. cantik betul kat tol pun ada hiasan bunga warna-warni. mesti best kalau dapat pergi dounan flower market tu :D
    yg kuning macam jagung tu, rasa dia macam edamame ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti wangi semerbak aroma bunga kalau kita jalan-jalan di flower market tu kan 😀

      Alaa..akak tak pasti rasa kacang edamame tu macam mana 😄

      Delete
  13. boleh tahan banyal juga ya portion nya...

    teh tu memang hidang panas2 ke dan termasuk dlm menu set? air sejuk apa menunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan China biasa portion banyak kan...sesuai 2-3 orang makan tiap portion tu 😄

      Tak order air sejuk, memang mintak air panas sebab udara sejuk. Bolehlah hangatkan badan minum air panas.

      Delete
  14. Cantik warna sayur tu, hijau dan kuning. Nampak betul baru keluar dari kuali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceria dan jadi semangat nak makan tengok warna warni gitu 😀

      Delete
  15. Semua menggoda e
    selera..Masakan depa kalau sayuran daging lembu memang nampak sedap sangat kan pada hal simple je tak la rumit macam rendang kari bagai

    ReplyDelete
  16. Simple je lauk dia, tapi nampak sedap. Besar juga portion hidangan. Mesti rasa lega lepas minum teh cina panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh kami cuba habiskan tau 😄. Memang tak mampu habiskan, kecuali daging hiris tu habis licin.

      Iya...lega dapat minum teh panas dengan udara luar yang sejuk.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****