Wednesday, 29 October 2025

Jalan-jalan di Wuhua District, Kunming

CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 -14 APRIL 2025

Sambungan catatan terdahulu —> Asa Asia Arabic Restaurant, Kunming


Selesai menikmati hidangan di Asa Asia Arabic Restaurant, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar. Pihak restoran berbaik hati membenarkan kami tinggalkan bagasi di tempat mereka.

Kami masuk ke sebuah kedai yang terletak tidak jauh dari restoran tadi - kedai menjual flower cake halal. Flower cake merupakan makanan khas wilayah Yunnan.
鲜花饼 (xiān huā bǐng)

As Yunnan's typical dessert, flower cake is a flaky pastry with edible Yunnan roses inside. There are various local bakery brands selling flower cakes, among which Jiahua Food is the most famous. Every April, local people stand in long queues for fresh flower cakes – a common scene across the province.

According to historical records, flower cakes were invented more than 300 years ago by a cake maker in the Qing Dynasty (1644-1911). They have gained wide reputation for their flowery flavor, agreeable sweetness and beneficial beauty effects. [Sumber info : visityunnanchina.com]
Turut dijual - bunga kering dan juga cendawan kering.

Flower Cake Halal Yunnan
Terdapat empat pilihan perisa flower cake yang dijual di sini. Perisa merujuk kepada rasa pastri, manakala isi atau inti pastri sama saja iaitu menggunakan kelopak bunga ros. Empat perisa tersebut - original, purple sweet potato, green tea dan buckwheat.

Dalam foto kecil - flower cake perisa buckwheat. Setelah merasa sendiri semua tiga perisa (kecuali green tea), perisa buckwheat paling kena dengan tekak saya. Pun begitu, nampaknya flower cake bukanlah pemanis mulut yang saya gemari. Boleh makan untuk merasa tapi tak boleh nak makan banyak.

Agak banyak juga kumpulan kami membeli flower cake di sini. Kami tinggalkan beg-beg kertas berisi flower cake di kedai ini supaya mudah berjalan-jalan. 

Kunming, Yunnan, China
Kami tak ada tujuan khusus, sekadar berjalan menyusuri lorong dan jalanan di sini sambil memerhati sekitar dan gerai jualan yang ada. Orang agak ramai, cuma dalam foto di atas nampak lengang sebab kebiasaan saya cuba memotret ketika kurang orang.

Semasa sedang berjalan di lorong ini, saya ternampak pelayan perempuan bertudung (yang baik hati di restoran tadi) di celahan pengunjung lain. Kami saling tersenyum lebar sambil melambaikan tangan. Terasa indah sungguh persaudaraan sesama Islam bila berada di tempat asing.

Kunming, Yunnan, China
Sana sini nampak ada mesin sewa power bank. 

Kunming, Yunnan, China
Kami masuk lorong, keluar lorong.

Kunming, Yunnan, China
Nampak menarik hiasan di lorong ini, mungkin salah satu tempat tarikan pelancongan sebab tertera waktu operasi.

Kunming, Yunnan, China
Seni bina bangunan di sini masih bercirikan tradisional.

Kunming, Yunnan, China
Kami masuk ke sebuah bangunan, entah bangunan apa. Cantik ruang tengah dalam bangunan dengan dekorasi payung warna-warni bercirikan tradisional Cina.

Kunming, Yunnan, China
Mural cantik dan ceria pada dinding ‘voltage room’.

Kunming, Yunnan, China
Lorong ini pula menempatkan deretan gerai menjual pelbagai jenis barangan kraf. Menarik suasana di sini.

Kunming, Yunnan, China
Tongren Street. Masa ni gerimis halus, kami redah je teruskan berjalan tanpa payung.

Kunming, Yunnan, China
Nampak pula deretan pokok dengan bunga kecil warna pink. Cantik! Berhenti sekejap membelek bunga.

Kunming, Yunnan, China
Pintu gerbang dengan seni bina tradisional Cina tersergam di sebuah dataran.

Kunming, Yunnan, China
Nampak kiosk jual makanan halal, singgah cuba makanan yang dijual. Beli satu mangkuk, kongsi berdua. Makanan warna putih tu rasa dan tekstur sama macam tau fu fa yang biasa kita makan, di bawahnya pula mi halus berwarna putih. Ada sos dan kuah pekat, rasanya lebih kurang macam kuah pekat yong tau fu. Kira sedap jugalah, boleh makan habis.

Kunming, Yunnan, China
Kunming dikenali sebagai ‘City of Flowers’ kerana cuacanya yang sederhana dan sejuk sepanjang tahun. Jadi tak hairanlah di sana sini kelihatan bunga berkembang mekar. Cantik kan? 😍

*

Lebih kurang pukul 3.20 petang, kami bergerak menuju ke lapangan terbang Kunming. Rezeki saya cuma seketika saja berada di Kunming - tiba di sini pagi hari Jumaat dan terbang meninggalkan bumi Kunming pada lewat petang hari Sabtu. Insya Allah moga ada kesempatan saya kembali untuk trip santai pula.







7 comments:

  1. Sedang mencari destinasi nak raya tahun depan.. Macam best Yunnan/Kunming ni banyak makanan halal hihii.. Flower kek tu kalau saya mesti dah beli semua flavor hihii.. Suka dgn ciri bangunan traditional di sini..

    ReplyDelete
  2. Flower cake menarik nya. Taufufa dan mi halus tu, kalau sampai sana mesti nak rasa jugak. Mesin sewa power bank pun ada waahh memang senang.

    ReplyDelete
  3. Gila cantik pintu gerbang tu... nice

    ReplyDelete
  4. Baru nak kata banyaknya bunga di sana...Rupanya jolokam City Of Flower...patut la banyak...cantik-cantiknya ..masyaa Allah..siap dijadikan makanan tu..kreatif

    ReplyDelete
  5. Saya pun tertarik melihat bunga kecil warna pink tu.
    Vestnya jumpa kiosk makanan halal.

    ReplyDelete
  6. Senang cari makanan halal ye dekat sini. Teringin nak jalan2 di China tapi takut susah berkomunikasi di sana

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****