Rentetan entri Tanam Kangkung dari Biji Benih, pagi tadi saya dah pun menuai sebahagian hasil tanaman pokok kangkung selepas 26 hari semaian. Kalau ikut maklumat yang tertera pada peket biji benih, kangkung mencapai tahap matang (sesuai dituai) selepas 30 hari semaian.
Hasil tanaman pokok kangkung selepas 26 hari semaian. Jadi agak padat, ada pokok yang dah besar dan ada juga yang lambat membesar. Tak sekata. 
Sebelum Tuan Penasihat pergi kerja awal pagi tadi, sempat berpesan pada saya supaya tuai pokok kangkung yang dah besar. Turut dipesan supaya cabut terus sepokok, boleh longgarkan sedikit bekas tanaman dan beri laluan kepada pokok lain untuk membesar.
Ikut perancangan saya, tuaian seterusnya akan guna teknik potong batang pokok. Saya nak tengok sendiri macam mana hasil pokok kangkung yang telah dipotong. Boleh besar elok macam mula-mula tanam atau jadi lebih kecil?
Hasil tuaian. Tak banyak mana pun.
Tengah hari tadi, dapatlah saya menikmati kangkung goreng belacan hasil tanam sendiri 😊
Batang pokok kangkung ni lembut, jadinya tak banyak yang perlu saya buang. Alhamdulillah seronok rasanya dapat makan sayur segar - lepas tuai, terus bawa ke dapur untuk dimasak. Hasilnya mungkin tak seberapa tapi ia memberi rasa bahagia. Terima kasih Allah 💙



 
puas hati dapat masak sayur tanam sendiri,saya suka kangkong halus2 macam tu..kalau yang beli di kedai tu batangnya besar2 dah tua..ini kalau tumis masak mee segera pun sedap ni kak
ReplyDeleteWah..seronoknyaaa...bila la SA dapat tanam macam ni jugak ni....
ReplyDeleteBest dapat makan sayur tanam sendiri..
ReplyDeletegni biasanya sedap goreng belacan la.. kena nasi panas, tak payah lauk lain dah
ReplyDeletebestnya tuai hasil air tangan sendiri
ReplyDeleteSyoknya dapat sayur fresh dari tanaman sendiri. Terus masak je lepas tuai.
ReplyDeleteSayur tanam sendiri sedap dia lain macam...kangkung tanam sendiri ninjuga sedap diulam mentah ye Ujie..acer try😅
ReplyDeleteNampak segar warna goreng kangkung belacannya.
ReplyDelete