Cerita hujung bulan Jun lalu.
Pada 27 - 29 Jun 2025 telah berlangsung Hidden Fest 2.0 di Chuping, Perlis. Kenapa nama festival ni 'hidden fest'? Saya pun tak pasti, cuma setahu saya festival ini membawa tema 'healing'. Dan yang pasti festival ini agak unik kerana memilih lokasi yang jauh dari bandar.
Tapak festival terletak tak jauh dari rumah saya, mudahlah saya datang pada waktu siang dan malam untuk melihat suasana festival sambil memotret.
Vendor Area - kawasan tapak jualan.
Masa ni hari pertama festival - Jumaat waktu petang. Keadaan agak lengang, cuma ada sedikit pengunjung yang datang.
Sudut lain di tapak jualan. Sesuai dengan konsep 'healing', penganjur turut menyediakan meja dan kerusi untuk pengunjung duduk bersantai sambil menikmati makanan dan minuman yang dibeli.
Aiskrim nanas MD2 - RM6. Sedap! Sempatlah saya beli dua kali.
Siang bertukar malam. Cantik sungguh bulan sabit, terang jelas kelihatan di langit.
Kain rentang Hidden Fest 2.0. Dah malam baru tergerak nak ambil foto ni.
Tapak festival di bahagikan kepada beberapa kawasan. Selain kawasan jualan, terdapat juga kawasan persembahan muzik. Dalam foto di atas sebelah kanan tu pentas persembahan.
Music Area - bayaran sebanyak RM25 dikenakan bagi menyaksikan persembahan pentas selama tiga malam. Kalau tak bayar, masih boleh dengar tapi tak nampak jelas sebab di sekeliling Music Area ni dah diletak kain penghadang.
Antara artis yang membuat persembahan - Highbiscus, Stevia, Silent Sound dan Gerhana Ska Cinta. Kalau pencinta muzik 'indie' atau 'underground' mesti kenal nama-nama ni. Saya cuma kenal Gerhana Ska Cinta, itu pun hanya tahu namanya saja.
Berbeza dengan waktu siang yang agak lengang, waktu malam suasana berubah meriah! Mungkin sebab tempat ni sangat panas pada waktu siang, jadi orang tak rajin nak datang siang hari.
Suasana malam di Vendor Area. Meriahnya sampai ke waktu tengah malam.
Berjualan dengan menggunakan motor. Menarik.
Sambil tunggu pesanan shawarma disiapkan, sempat saya zoom-in lensa kamera ke arah pentas yang terletak di bahagian belakang gerai Shawarma Lebanon. Bukan nak curi tengok persembahan, tapi sekadar nak ada foto gambaran Music Area. Nampaknya sambutan menggalakkan - penonton memenuhi ruang hadapan pentas.
Selain Vendor Area dan Music Area, terdapat juga Hidden Camp - kawasan tapak perkhemahan yang terletak di padang berhampiran. Saya perhatikan dari jauh, nampak meriah dengan deretan khemah.
Seronok juga sesekali ada festival begini di tempat kami yang jauh terasing dari bandar. Menurut jiran, ini kali pertama festival besar diadakan di sini. Tapi kalau bab persembahan pentas tu saya tak gemar sebab bising - begitulah kan, lain orang lain cara 'healing-nya'.
Bestnya dekat dengan rumah senang nak pergi siang dan malam. Sedap tu aiskrim nanas segar. Siap ada topping nanas lagi. Saya suka tengok kain rentang tu da dekorasi seni sekitarnya. Menarik bertemakan klasik ada kain batik bagai. Okaylah tu harga tiketnya untuk 3 malam. Saya pun tahu nama Gerhana Ska Cinta je, anggota kumpulan memang saya tak kenal. hihi...
ReplyDeleteFestival macam ni jadi daya tarikan untuk orang datang, lepas tu dapat jana pendapatan bagi peniaga kecil.
Kain rentang menarik berseni, sayangnya akak lupa nak ambil gambar waktu siang yang lebih jelas.
DeleteHeheh…itulah, setakat tau nama grup sebab unik namanya.
Tak pernah dengar nama group² tu kecuali GSC tu je... Kita geng la kan tak kenal kumpulan² indie ni hihi...
ReplyDeletePerlis panaskan, itu yg ramai bertumpu waktu malam ja kot
Memang panas berbahang siangnya, lagi pulak ini di Chuping - pernah direkodkan suhu paling tinggi di Malaysia 😄
DeleteMenariknya buat festival macam ni dengan suasana santai. GSC tu lagu dia best2. Dulu kawan yang perkenalkan lagu2 GSC ni. Masih ada ye band tu dah lama sangat.
ReplyDeleteWah…Cie tau lagu-lagu GSC.
DeleteYelah, lama bertahan. Kalau tak silap ingatan, grup ni wujud masa akak remaja. Kira-kira dah lebih 20 tahun!
Nampak macam ada style2 hipster ni sini.... nice
ReplyDeleteYelah kot, tengok cara penganjur buat deko gitu.
Deletememang lebih selesa berkunjung ke festival pada waktu malam memandangkan cuaca siang sekarang panas meleting
ReplyDeleteBetul, siang panas berbahang jadi tak selesa. Nak cepat balik.
Deletemeriahnya....seronok
ReplyDeleteKalau tengok waktu siang tu agak lengang, sendu je rasa. Malamnya meriah!
DeleteMenarik... mmg tren org skrg ni suka camping vibe
ReplyDeleteDah jadi gaya hidup baru 😀
DeleteBagus juga jauh dari bandar. Mungkin nak beri peluang orang jauh dari bandar untuk turut berniaga. Lokasi yang lapang dan ruang parkir luas juga kot, kalau buat jauh dari bandar. Apa pun, nampak menarik hidden fest ni. Boleh cuci-cuci mata tengok barang jualan dan beli makanan.
ReplyDeleteBab parking luas tu iya, rata-rata kata seronok lokasi ni sebab lapang mudah parking. Biasa buat di bandar, memang susah kena parking jauh.
DeleteMenarik sekali festival ini Mbak.
ReplyDeleteEh disana ada juga ya yang berjualan dengan motor. Disini banyak juga yang berjualan memakai motor, yang paling banyak berjualan sayur-sayuran dengan motor.
Salam,
Biasa juga orang berjualan dengan motor di sini, cuma motor dalam foto di atas nampak unik sebab jual jus buah dengan bawa peralatannya sekali.
DeleteCantik suasana mcm ni...
ReplyDeleteRasa macam lebih santai berbanding festival biasa.
Deletewahhhh bestnyaaa meriahhh waktu malam!
ReplyDeleteTambah pulak ada live band, memang meriah suasana.
DeleteEh, mana datang ramai² ni. Bukan kata kat Perlis ada 8 org ja kata?
ReplyDeleteKannn… 😂
DeleteBest bila dekat dengan rumah, boleh pergi waktu malam sejuk je nak berjalan pun best.
ReplyDeleteSekali je akak datang siang. Tu pun tak lama.
DeleteWaktu malam barulah boleh lepak lama.
event mcm ni dekat selangor, makanan yang dijual sudah tentu mahal.. sedapnya aiskrim nenas tu.. orang selalu buat air nenas je...
ReplyDeleteItulah, macam belum pernah jumpa orang jual aiskrim nanas. Air nanas tu biasa.
DeleteBestnya duduk perlis. Perlis memang cantik dan sesuai utk healing hilang gitu haha. Cuma cuacanya jelah tak tahan sebab panas
ReplyDeleteNi konsep fest budak2 indie lah ni.
Iyaa Mazni, akak pun dah jatuh cinta dengan suasana Perlis yang mendamaikan. Cuma bab panas tu jelah kena terima, lagi pulak kalau tiba musim kering - jarang ada hujan.
Deletemcm view overseas je...cantik bila tgk langit biru tu...wah aiskrim nenas ..tgh2 panas tu lega tekak
ReplyDeleteHeheh..iya, suasana siang tu macam di luar negara.
DeleteKalo datang ke tempat begini, saya pun prefer malam, tak kuaaat lah kalo siang 😅😅😅. Panas sangaat kan.
ReplyDeletePakai musik pula yaa. Menariiik. Kalo band nya fav , lagi sukaaa ðŸ¤ðŸ˜„
Lain macam temanya. Julung kali diadakan. Mungkin kalau sambutan menggalakkan akan dibuat tahun depan.
ReplyDelete