Monday, 15 June 2026

Pertama Kali ke Pusat Beli-belah Terbesar di Perlis | Kangar Jaya Mall

Perlis sebuah negeri paling kecil di Malaysia dengan populasi penduduk sebanyak 284,885 orang - berdasarkan data bancian penduduk MyCencus 2020. Sekarang sudah pun tahun 2026, tentulah populasi tersebut sudah bertambah.  Data tersebut belum termasuk saya dan Encik Suami yang berhijrah ke sini pada November 2023 😀

Sesuai dengan keluasan kecil dan penduduk tidak ramai, pembangunan di Perlis tidaklah pesat sebagaimana negeri lain. Jadinya tak banyak pilihan bila kita nak membeli barangan atau mendapatkan servis tertentu - ini antara ‘kejutan’ yang saya alami ketika mula-mula berpindah 😄

Pun begitu, sedikit demi sedikit semua ini mulai berubah. Kawasan pusat perniagaan baharu iaitu Kangar Jaya semakin berkembang maju dengan pembukaan kedai-kedai terkemuka.

Pusat beli-belah terbesar di Perlis iaitu Kangar Jaya Mall (KJM) juga sudah beroperasi di kawasan Kangar Jaya mulai Disember 2025. Semalam, iaitu selepas lebih kurang 6 bulan beroperasi barulah saya menjejakkan kaki ke pusat beli-belah terbaharu. Jaraknya kira-kira 30 km dari rumah. 

Ahad, 14 Jun 2026 pukul 12.20 tengah hari.
Melewati jalan utama di bandar Kangar. Nampak sunyi dan lengang je kan? Kerana ini merupakan kawasan pekan lama Kangar. Kalau nak rasa suasana pekan lama, bolehlah berjalan-jalan di sini.

Kangar Jaya Mall
Bangunan Kangar Jaya Mall (KJM) yang terletak di kawasan Kangar Jaya, suasana di sini lebih meriah. Di sekitar KJM ni terdapat deretan bangunan perniagaan.

Seronok juga pergi KJM, kawasan parkir di luar tak penuh kenderaan jadinya tak perlu masuk parkir bertingkat dalam bangunan. Setakat ini tiada bayaran dikenakan.

Kangar Jaya Mall
Bangunan KJM setinggi tiga tingkat. Foto dirakam dari aras dua. Sejuk nyaman berada dalam ni, cuaca di luar tu pula panas.

Dalam foto di atas tak nampak ramai pengunjung sebab saya sebolehnya merakam foto ketika paling kurang orang. Hakikatnya, ramai pengunjung di sini. Perlis bukan hanya 8 orang ya 😆

Kangar Jaya Mall
Saya ke sini sekejap je, tak dapat berlama-lama. Jadinya tak sempat nak meronda ke seluruh tempat.

Kangar Jaya Mall
Antara kedai terkemuka yang ada di KJM - butik Siti Khadijah. Terdapat juga butik Bayu Somerset, Habib Jewels, Skechers, Kaison dan pawagam GSC.

Pendek kata, banyak perniagaan terkemuka membuka cawangan pertama mereka di Perlis. Semoga semuanya maju jaya dan kekal beroperasi di sini, tak perlu lagi kami ke Kedah atau P. Pinang.







2 comments:

  1. bestlah dah ada mall. ada alasan utk kita nak pencen duduk kat perlis kikiki
    menarik gak ada kaison la, brands outlet, telekung SK. siap ada bayu somerset, my fav baju kurungg

    ReplyDelete
  2. Seronok dah ada mall. Kalau musim panas, best jalan2 dalam mall kata kawan saya. Betul jugak. Macam2 kedai pun ada.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****