Wednesday 9 October 2024

Masjid Tertua di China | Masjid Huaisheng, Guangzhou

[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]

Alhamdulillah saya dan Encik Suami berpeluang menziarahi Masjid Huaisheng - masjid tertua di China ini buat kali kedua. Kunjungan kali ini lebih bermakna kerana lebih banyak perkara yang dapat kami lihat dan perhatikan berbanding ketika kunjungan tahun 2015 dahulu. Foto-foto kali ini juga lebih banyak dan lebih jelas berbanding sebelumnya. Baca catatan kunjungan pertama kami di entri INI.
The Huaisheng Mosque (Chinese: 广州怀圣寺) also known as the Lighthouse Mosque and the Great Mosque of Canton is the main mosque of Guangzhou. Rebuilt many times over its history, it is traditionally thought to have been originally built over 1,300 years ago, which would make it one of the oldest mosques in the world. [sumber info dan bacaan lanjut berkenaan Masjid Huaisheng di wikipedia.org]

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Pandangan hadapan Masjid Huaisheng yang terletak di Jalan Guangta. Jika dahulu, kami tercari-cari mana satu masjidnya sebab reka bentuknya tak seperti masjid di tempat kita. Tapi sekarang lebih mudah kerana sudah ada papan tanda besar tertera ‘Huaisheng Mosque’ di jalan (lihat foto di entri INI). Tanda paling mudah untuk kita kenal pasti masjid ini adalah dengan memerhatikan rumah api bercat putih yang tersergam di dalam kawasan masjid. 

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Satu lagi perubahan - Masjid Huaisheng kini diwartakan sebagai ‘Maritime Silk Road (Guangzhou) Cultural Heritage Sites’. Masjid ini boleh dikunjungi oleh sesiapa, tidak terhad kepada pengunjung Muslim sahaja.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Pintu hadapan masjid.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Di pintu seterusnya, terdapat notis makluman buat para pengunjung - ‘do and don’t’. Saya gunakan Google Lens bagi memahami notis makluman ini. Antaranya - perlu berpakaian sopan dan masjid ini tidak dibuka kepada umum pada hari Jumaat.

Carta organisasi di atas pula saya lihat di salah satu dinding bangunan di sini. Salah seorang daripada mereka iaitu lelaki dengan foto di barisan bawah kedudukan tengah, menyapa saya dengan pertanyaan - “Malaysia?”. Dua kali ke sini, dua kali juga kami disapa dengan pertanyaan yang sama 😀

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Setelah melewati beberapa pintu, kami tiba di perkarangan Masjid Huaisheng. Bagaikan berada di sebuah taman, tempat ini cantik dengan lanskap tanaman yang dijaga rapi. 

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Masjid Huaisheng begitu mempesona dengan seni bina bercirikan tradisional Cina.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Pintu utama masjid. Pengunjung bukan Muslim tidak dibenarkan masuk ke ruang solat. Di sini dan beberapa tempat lain ada disediakan tabung derma - hulurkan derma bagi penyelenggaraan masjid dan perkembangan agama Islam di sini.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Suasana di dalam masjid. Ruang solat muslimah dipisahkan dengan tabir warna hijau. Terdapat sebuah pintu di bahagian belakang untuk ke ruang solat muslimah.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Dekorasi ringkas bercirikan budaya Cina dan seni Islam.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Dengan menggunakan Google Lens, saya cuba membaca tulisan di tiang besar di hadapan pintu utama masjid. Tapi hasil terjemahannya agak mengelirukan dan berubah-ubah 😄

Kami berada di sini sekitar pukul 3.30 petang, di luar waktu solat jemaah. Ruang dalam masjid lengang. Di sekitar kawasan masjid pula kelihatan kumpulan kecil pelawat (menurut pemerhatian saya mereka bukan Muslim) sedang melakukan lawatan.

Kelihatan juga seorang petugas lelaki sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Saya menghampiri petugas lelaki tersebut, memberi salam dan menghulurkan skrin dengan paparan Google Translate - bertanyakan di mana tempat wuduk lelaki. Petugas lelaki tersebut terus menunjukkan tangannya ke suatu arah. Saya cuba berbahasa Cina dengan mengucapkan xièxie - terima kasih 😀

Kawasan masjid ini merupakan sebuah kompleks dengan beberapa bangunan di sekelilingnya. Bangunan yang menempatkan tandas/tempat wuduk berada pada kedudukan terpisah daripada bangunan masjid. Saya masih ingat kedudukan tandas/tempat wuduk perempuan, tetapi Encik Suami sudah lupa di bangunan mana satu letaknya tandas/tempat wuduk lelaki. Tiada sebarang papan tanda arah.

Selesai menunaikan solat, kami menuju ke ruang pameran yang berada pada kedudukan yang agak tersorok - di bahagian belakang berhampiran pintu masuk ruang solat muslimah.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Ruang pameran ini menempatkan catatan sejarah berkenaan masjid serta perkembangan agama Islam di China dan aktiviti-aktiviti yang telah pihak masjid lakukan. Semasa kunjungan terdahulu, tempat ini tidak dibuka untuk lawatan.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Semuanya dalam bahasa Cina, perlu bantuan Google Lens untuk memahami catatan di sini. Hasil pembacaan - ada perkara yang membanggakan melihat perkembangan agama Islam di bumi China dan ada perkara yang membuatkan kami insaf serta menghargai hidup sebagai Muslim di Malaysia.

Jom sambung jalan-jalan di sekitar kawasan masjid…

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Telaga yang dikatakan wujud sejak zaman dahulu. Kami cuba mengepam air, tapi nampaknya pam tersebut tak berfungsi.

Antara pohon besar yang terdapat di sini. Pohon tua ini nampaknya dijaga dengan baik, tiang konkrit dibina bagi menyangga dahannya.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Sudut fotografi yang menarik - pintu gerbang bercirikan tradisional Cina dengan latar rumah api.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Kami melewati pintu gerbang berbentuk bulatan menuju ke kawasan yang menempatkan rumah api. Deretan kata-kata hikmah atau kata-kata nasihat menghiasi dinding.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Menara berbentuk silinder dengan ketinggian 35.46 meter berdiri disamping bendera negara China - menyimpan sejarah Guangzhou yang dikatakan menjadi pintu gerbang awal penyebaran agama Islam di negara China.

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Pada mulanya menara ini adalah untuk muazin berazan menandakan masuknya waktu solat bagi umat Islam. Apabila mendengar suara azan tersebut, orang-orang Islam yang berada di sekitar kawasan tersebut akan datang beramai-ramai untuk mengerjakan solat. Pada ketika itu, menara ini terletak betul-betul di tebing Sungai Mutiara (Zhu Jiang), iaitu berdekatan dengan pelabuhan utama yang sibuk dengan kapal dagang dari berbagai pelosok dunia. Biasanya, pada sebelah malam, lampu di puncak menara akan dipasang untuk membantu kapal-kapal yang lalu. Sebab itulah menara ini kemudiannya dinamakan Masjid Rumah Api. [sumber info : malay.cri.cn]

Video pendek memaparkan suasana di perkarangan Masjid Huaisheng.

Lawatan kami di masjid tertua di China dan antara yang tertua di dunia berakhir di sini. Kami kemudiannya berjalan kaki melewati deretan kedai dan lorong kawasan rumah penduduk menuju ke stesen Metro terdekat, iaitu Stesen Ximenkou untuk ke destinasi seterusnya. Kami nak melunaskan hasrat yang tak kesampaian pada kunjungan terdahulu.







42 comments:

  1. Cantik senibina masjid. Semua dijaga tapi, bersih kemas. Landscape, luar dan dalam masjid. Thanks for sharing. Moga dapat ke sana nanti.

    ReplyDelete
  2. Seronok sangat kalau jalan-jalan ke negara orang apabila terjumpa masjid.
    Terasa betul hubungan saudara seagama.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, lagi pulak bila kita berada di negara bukan Islam.

      Delete
  3. Saya tuh suka dengan bentuk-bentuk bangunan di China..atap dan tiangnya unik,punya ciri khas tersendiri.

    ReplyDelete
  4. Mbak, saya suka sekali memandang foto-foto masjid ini. Dari mulai bangunan masjid nya yang khas mirip kelenteng, bagian dalamnya yang tertata baik, halamannya yang hijau asri dan ada juga ruang pameran...luar biasa indah masjid ini.
    Bersyukur Mbak pernah mengunjunginya. Saya membaca tulisan Mbak ini rasanya decak kagum tak habis-habisnya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjidnya bercirikan budaya Cina, maka jadi mirip tokong Cina (kelenteng).

      Iya...Alhamdulillah, suatu pengalaman yang menarik dapat ke sini.

      Delete
  5. Wah, 1300 tahun yg dulu Islam dah sampai ke bumi China. Cantik dan aman je suasana dalam masjid tu. Alhamdulillah kak Ujie & suami dah direzekikan sampai ke masjid tertua di China. Harap2 saya pun dapat sampai ke sana jugak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal Islam sampai di China kan..

      Aamin..moga ada rezeki Carneyz sekeluarga nanti.

      Delete
  6. cantik masjid nya..tertua ye di china

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut fakta sejarah, gitulah...ini yang tertua di China.

      Delete
  7. Nampak bersih dan sangat terjaga persekitaran masjid ni alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. masjid bersejarah alam sekitar indah menghijau

    ReplyDelete
  9. Uniknya masjid macam ni... nak nak menara dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab keunikan ada menara tu, masjid ni jugak dikenali sebagai masjid rumah api.

      Delete
  10. nampak cantik bersih terjaga masjidnya. lawa pula akar pokok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tertarik dengan akar pokok tu. Macam arca seni indah 😀

      Delete
  11. Nak kena cuba guna google lens pula nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berguna bila berada di negara asing 😀

      Delete
  12. Menarik dengan lanskap cantik. Teringat bila tengok cerita kungfu, mesti ada satu kawasan rumah/binaan besar dengan kawasan luas di depannya . Mungkin kebanyakan tempat belajar atau insitusi keagamaan di China berbentuk begitu kot.

    ReplyDelete
  13. Pokok-pokoknya memang dijaga dan dibentuk macam pokok bonzai!
    Ada menara api lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok dapat kekal saiz sederhana bila buat bonsai. Agaknya itulah cara mereka nak kekalkan pokok lama/tua. Cantik!

      Delete
  14. Menarik seni binanya. Tapi menaranya tak nampak seperti pagoda pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menara dah wujud sejak zaman dahulu kala, mungkin masa tu ia dibuat tak ikut senibina Cina.

      Delete
  15. suka pula sy tgk khat deco dlm masjid ni. cantikkk

    pokok tu dah mcm bonsai gergasi daa👍👍👍

    ReplyDelete
  16. Walau pun masjid, seni binaan china tetap diutamakan

    ReplyDelete
  17. kalau dekat tempat kita tak ada papan tanda tengok rekabentuk macam ni takut nak masuk...terima kasih kak ujie bawa saya jalan2 tengok senibina Islam China ,nak pergi sendiri ntah bila

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dapat kembali semula ke tempat yang kita pernah pergi setelah bertahun lamanya. Bagus sekarang dah ada signboard. Unik seni bina masjid ni dengan adanya elemen China. Landksapnya macam taman Jepun. Bagusnya mereka dengar azan je terus ke masjid.

    ReplyDelete
  19. Oh terjawab kenapa dinamakan mesjid rumah api. Takjub saya pas baca ini dibangun kurang lebih 1300 tahun yg lalu. 😱😱😱.

    Mercusuar nya pula dulu ada di tebing sungai mutiara yaa. Kalo baca sejarah seperti ini, rasanya imagine kalo bisa balik ke masa dulu, melihat kejayaan dan bentuk awal dari mesjid ini. ❤️❤️

    ReplyDelete
  20. Pokok tua tu siap ada tiang konkrit bermakna dan bersejarah betul shingga dibjaga sebegitu rupa.. suka dgn suasana di perkarangan masjid ini.. pam air tu tak berfungsi atau ada teknik lain hahaha :D

    ReplyDelete
  21. Masa kami pergi Masjid tertua ni tengah banyak renovation tapi merasa la solat Zohor kat sini...suka tengok gambar2 ni..dah cantik betul..kalau la dapat berkunjung ke Guangzhou lagi..kan best..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****