[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
BATIK AIR
Kami ke Guangzhou dengan menaiki pesawat Batik Air di KLIA, Terminal 1 yang berlepas pada hari Sabtu, 21 September 2024 kira-kira pukul 10 malam.
Semuanya berjalan lancar, kecuali satu hal - tempat duduk no. 8A (tepi tingkap) yang Encik Suami pilih semasa online check-in rupa-rupanya tiada tingkap 😂. Pertama kali kami terkena begini, memang terkejut bercampur rasa lucu. Mujur juga penerbangan waktu malam, memang saya tidur je sepanjang perjalanan. Sesekali saya terjaga bila ada pengumuman berkenaan keadaan cuaca buruk di luar.
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA GUANGZHOU BAIYUN
Penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Guangzhou (CAN) mengambil masa 4 jam. Alhamdulillah pesawat yang kami naiki selamat mendarat di bumi Guangzhou pada pukul 2 pagi (waktu tempatan sama dengan waktu Malaysia).
Berbeza dengan kunjungan kami 9 tahun lalu, kali ini kami perlu melalui pemeriksaan suhu badan secara elektronik. Tertera arahan supaya kita berjalan perlahan dan membuka topi sewaktu melalui tempat pemeriksaan suhu badan.
Juga perlu imbas sepuluh jari di sini - empat jari kanan, empat jari kiri dan kedua-dua belah ibu jari.
Pukul 2.22 pagi. |
Selepas itu, ambil dan isi arrival card. Antara yang perlu dinyatakan - tempat penginapan, tarikh balik dan nombor penerbangan. Dah siap semua, barulah masuk barisan untuk urusan imigresen.
Pegawai imigresen seorang lelaki memulakan pertanyaan dalam bahasa Cina. Beliau kemudiannya menyoal dalam bahasa Inggeris, tentunya setelah melihat reaksi muka saya yang tak memahami pertuturannya tadi.
“Can you speak Chinese?”
Dan diikuti dengan soalan-soalan lain.
Tujuan datang?
Pernah datang ke China sebelum ini?
Nak ke bandar mana?
Datang dengan siapa?
Mana satu orangnya?
Selesai bersoal jawab dan membelek helaian muka surat pasport, barulah pasport saya dicop. Encik Suami pula berurusan dengan seorang pegawai perempuan, sekejap je siap sebab tak ada soal jawab.
NAIK TEKSI KE HOTEL PENGINAPAN
Kalau dulu (sewaktu kali pertama ke Guangzhou), kami tidur di lapangan terbang sementara menunggu hari siang - baca kisahnya DI SINI. Kali ini Alhamdulillah ada kemampuan, kami ambil teksi untuk ke hotel penginapan.
Dalam bangunan lapangan terbang ni ada ‘ulat’ teksi yang mendekati kami, skrin telefon dengan paparan translation bahasa Cina dan Inggeris digunakan sebagai cara berkomunikasi. Kami ditanya nak ke hotel mana? Dari Malaysia?
Pukul 3.05 pagi. |
Kami menuju ke pintu A9, tempat menaiki teksi secara sah. Ada dua orang lelaki muda (mungkin petugas lapangan terbang) yang membantu di sini. Mereka boleh berbahasa Inggeris, urusan jadi lebih mudah. Cuma masalahnya, nama hotel penginapan kami tiada dalam carian aplikasi mereka.
Untuk info - China mengenakan sekatan ke atas Google. China ada aplikasi sendiri yang sama seperti Google Maps. Kami aktifkan data roaming, jadinya masih boleh guna aplikasi Google. Tapi hasilnya sama juga - tiada nama hotel tersebut di Google Maps.
Penyelesaiannya - teksi akan bawa kami ikut alamat (nama jalan) hotel. Sampai sana nanti kenalah mencari lagi.
Notis peringatan - bayar ikut meter sahaja. Petugas maklumkan laluan kami ikut tol, jadinya nanti akan ada tambahan bayaran ikut kadar tol.
Pukul 3.20 pagi, masih banyak kenderaan di jalan raya.
Caj dikenakan (perbualan bahagian atas tu bukan dengan kami). |
Ringkas cerita, pada pukul 4.05 pagi akhirnya jumpa juga hotel penginapan kami dengan cara merujuk foto bangunan hotel. Alhamdulillah, lega sungguh!
Pemandu teksi keluarkan kalkulator, tekan-tekan dan tunjuk jumlah 361. Kemudian dihulurkan skrin telefon, tertera tambang 226 + tol 55 + caj waktu malam 80. Tak larat nak bersoal jawab, Encik Suami bayar je jumlah yang diminta iaitu 361 yuan.
Sebelum beredar, kami minta resit. Tapi resit ni cuma ada paparan caj ikut meter, tak termasuk caj tol dan caj waktu malam. Kami rasa agak mahal caj tambahan yang dikenakan. Tapi sebab kami pun tak tahu berkenaan caj yang sepatutnya dan dengan masalah mencari hotel yang tiada dalam carian, maka kena terima sajalah caj yang dikenakan. Paling penting, kami dapat sampai ke hotel penginapan dengan selamat.
Alhamdulillah…dapat pula bilik penginapan yang sangat selesa, bolehlah kami layan mata yang mengantuk dan badan yang keletihan. Kena ada tenaga sebab waktu siang nanti kami nak jalan-jalan.
Setelah hampir 9 tahun berlalu, kami kembali menjejak bumi Guangzhou.
Pengalaman yan super berharga
ReplyDeleteKalau saya pastinya keder juga terkendala bahasa
Iya, tapi kerana ini kunjungan kali kedua, maka agak kurang rasa berdebarnya.
DeleteUish, mahal jugak ye harga tambang teksi tu. Apapun alhamdulillah selamat sampai ke hotel dan boleh berehat dengan selesa.
ReplyDeleteSebelum naik, kami dah tanya kadar caj per km. Memang kira OK. Tapi rupanya bila sampai, ada pulak caj tambahan waktu malam.
DeleteAda caj waktu malam pula. Memang penat sampai awal pagi di tempat orang.
ReplyDeleteJalan mana lepas itu ya? Mesti padat dengan aktiviti yang dirancang.
Itulah, dah sampai baru kata ada caj malam. Nak bersoal jawab pulak leceh. Bayar jelah.
DeleteTak ada rancangan khusus pun. Cuma letak priority nak ke mana dan sesuaikan dengan masa yang ada.
Ikut pengalaman saya ketika proses imigresen, memang ada pegawai yang suka tanya ituini, dan ada juga yang diam-diam saja.
ReplyDeleteIni pengalaman pertama saya jumpa pegawai imigresen yang banyak tanya 😅. Mujurlah tak rasa cuak, saya jawab dengan tenang dan santai.
DeleteMacam terbalik pula ye, selalu pegawai perempuan lebib byk bertanya, pegawai lelaki steady je hehe...
ReplyDeleteTakpelah mahal sikit pun janji selamat dan sampai ke tempat tujuannya...
Hehe itulah, terbalik pulak.
DeleteNaik teksi malam, kenalah bersedia caj mahal 😅
Alhamdulillah sampai dengan selamat. Belum pernah ke sana, tak sabar tunggu next post.
ReplyDeleteMulanya risau tak wujud je hotel tu. Alhamdulillah semua selamat.
DeleteMacam mahal je harga cab dia kan?
ReplyDeleteCaj per km dia rasanya OK. Tapi caj waktu malam dan caj tol tu meragukan.
DeleteWah perjalanan mengasyikan berkunjung ke Guangzhoun ini Mbak.
ReplyDeletePengumuman-pengumuman disana selalu ditulis dengan bahasa dan huruf china, bikin bingung saja. Tapi baiknya ada terjemahannya dalam bahasa Inggris.
Dinanti lanjutan kisah perjalanannya di Guangzhou, Mbak.
Salam,
Iya, syukur ada bahasa Inggeris-nya.
Deletejauh perjalanan Ujie kali ni :)
ReplyDeleteSetelah sekian lama tak jalan jauh 😄
DeleteTak di sangka akhirnya 9 tahun berlalu bisa ke sana lagi ya😀...bisa nostalgia lagi sis
ReplyDeleteRezeki tak dijangka 😄
DeleteBenar, bagai menggamit nostalgia bila melewati tempat yang pernah dilalui 9 tahun lalu.
Aiiih mahal jugaaa taxi nya yaa kak. Saya convert di kalkulator, jauh kah jaraknya?
ReplyDeleteEh, macam mana nama hotel itu tak ada di maps? Apa namanya berbeda dengan yg tertera? Saya ingat saat di Myanmar, nak cari restauran halal, namanya Penang resto. Tapi tak ketemu. Ternyata nama dalam Myanmar tertulis Pinya resto 🤣. Pantas tak ketemu.
kusssss semangat tgk harga tambang...
ReplyDeletetp tu laa dlm keadaan macam tu byr je laa
yg penting kita selamat sampai