Friday 4 March 2022

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

 

🎶
Kereta lembu
Dari Melaka
Di tarik pula oleh
Lembu perkasa

Hah… kereta lembu
Rodanya dua
Jalannya tak laju
Sejam sebatu
🎶

Semasa nak buat entri giveaway ni, saya teringat pula lagu Kereta Lembu. Terus buat carian dan letak sebahagian lirik di sini. Lirik selanjutnya tak sesuai letak sebab ada unsur syirik - mandi safar di pantai. Apa pun, kereta lembu merupakan khazanah warisan yang harus dikekalkan. Salah satu caranya, dalam bentuk buku. Kiranya, bertuahlah siapa yang dapat buku Kereta Lembu dari Melaka ni.

Jom sahabat blogger kita sertai giveaway oleh blogger Fairus ni! Saya tak tahu nak tag siapa, mujur juga ia cuma syarat pilihan. Tapi nampaknya memang dah banyak penyertaan yang diterima tu. Bagi yang nak sertai, terus klik pada poster di atas ya. Tarikh akhir adalah pada 8 Mac 2022.




12 comments:

  1. Tak pernah tahu lagu kereta lembu tu kak. Dah jarang nampak kereta lembu kan. Bagus juga dibukukan supaya tak pupus dek zaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tandanya Fiza jauh lebih muda daripada akak, pasal tu tak pernah dengar lagu Kereta Lembu 😁

      Delete
  2. ada jumpa replika kereta lembu dekat melaka! selalunya kereta kuda, jarang pakai kereta lembu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah ingat-ingat, yang dulu akak jumpa masa ke Melaka tu kereta kuda atau lembu ek..😅

      Delete
  3. Terima kasih atas sokongan. Ianya dihargai.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****