Thursday 24 February 2022

Naik Pangkat Jadi Nenek Saudara dan Bertukar Syarikat Telco

Naik Pangkat Jadi Nenek Saudara

Alhamdulillah malam semalam (23.02.2022), anak saudara saya yang melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun 2020 telah selamat menimang cahaya mata sulung. Seorang bayi perempuan. Maka secara rasminya, saya kini sudah ada cucu saudara. Nek Ujie…hehe. Cucu sendiri? Memang tak nampak bayanglah sebab anak pun tak ada lagi 😬. InsyaAllah selepas ini akan bertambah lagi cucu saudara saya memandangkan saya ada seramai 29 orang anak saudara.

Bertukar Syarikat Telco (Maxis ➡️ Celcom)

Sekitar pukul 7 malam tadi, saya mula menggunakan perkhidmatan rangkaian oleh Celcom. Ini bukan kali pertama saya bertukar syarikat telekomunikasi (dengan mengekalkan nombor sedia ada 012). Daripada Maxis ke Celcom, kembali ke Maxis dan kini ke Celcom semula. Pertukaran di buat mengikut keperluan semasa. Kalau saya dapati syarikat sedia ada asyik memberi masalah liputan, saya tukar.

Sebelum pertukaran diluluskan (selepas buat permohonan port out), dah beberapa kali juga orang Maxis telefon ‘memujuk’. Kali terakhir pada pagi tadi, macam-macam ditanya. Kebetulan pulak masa tu memang talian tak elok, terputus-putus. Saya bercakap, dia tak dengar. Maka dia pun fahamlah kenapa saya perlu bertukar 😅



Sekarang saya bersiaran dari rumah NS. Di sini Celcom pulak yang tak berapa lancar. Tapi takpelah, saya balik rumah NS sekejap je. Tadi petang sampai, hari Sabtu atau Ahad nanti kembali ke rumah PP. Sekarang ni agak kerap dapat balik rumah NS (atas sebab urusan kerja encik suami), bulan Februari ni saja dah dua kali balik.


7 comments:

  1. Tahniah nenek, dah dapat cucu.. :) Saya dah banyak juga cucu saudara..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tahniah nek Ujie. Saya pun dah naik pangkat tahun lepas, dah setahun umur cucu. Nenek muda gitu.

    Selamat kembali ke rumah NS. Boleh rehat rehat sekejap kat rumah NS. Kat Pilah pun kurang sikit celcom ni padahal dulu dulu celcom kat mana ceruk pun okay je kan. Sekarang ni tak tahu lah.

    ReplyDelete
  3. Tahniah jadi nenek saudara.
    Rajin tukar syarikat komunikasi apabila talian tidak lancar.

    ReplyDelete
  4. tahniah dpt cucu dah..kak dari dulu dgn celcom ja xreti nk tukar2 ja heh heh

    ReplyDelete
  5. tahniah..saya pun pangkat nenek saudara jg tapi jauhlah..cucu kpd sepupu..

    boleh kekalkan nombor yg sama yg best..

    ReplyDelete
  6. saya pun dah jadi nenek juga. anak cousin saya. hahaha

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak Ujie, 'naik pangkat'.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****