Tuesday, 15 February 2022

Seketika di Tapak Perkhemahan Hujan-Hujan, Gua Kelam, Perlis

Keluar dari Gua Kelam 2, saya bertanya kepada juru pandu berkenaan lokasi Tapak Perkhemahan Hujan-Hujan (saya tahu kewujudannya melalui perkongsian di Facebook). Terus juru pandu bawa kami ke lokasi tapak perkhemahan tersebut yang terletak tak begitu jauh dari pintu gua.

Tapak Perkhemahan Hujan-Hujan (Hujan-Hujan Campsite) di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Nama tapak perkhemahan ini diambil sempena nama pokok Hujan-hujan atau Pukul Lima yang terdapat di sini. Tapak perkhemahan ini dilengkapi dengan kemudahan tandas dan surau. Tempat ini lebih sesuai untuk aktiviti perkhemahan kumpulan besar, kalau setakat satu dua khemah mungkin agak seram dan bahaya dek ancaman binatang. Masa kami ke sini memang tiada sesiapa yang berkhemah.

Kalau nak datang berfoto-foto je pun sesuai sangat di sini. Cantik tempat ni dengan landskap pokok Hujan-hujan. Tapi sebab kami datang bertiga dengan juru pandu, segan pulak saya. Gambar tegak satu dua, cukuplah sekadar buat kenangan pernah hadir di sini.

Indah ciptaan Allah ❤️

Kalau ada ke Gua Kelam, bolehlah cari lokasi Tapak Perkhemahan Hujan-Hujan ni untuk menikmati keindahannya. Kiranya kalau nak ke sini kita perlu melalui Gua Kelam 1 atau Gua Kelam 2. Kalau nak berkhemah dan membawa kenderaan berhampiran tapak perkhemahan, ada jalan lain untuk kita masuk dari belakang.


19 comments:

  1. Replies
    1. Kan…cantik dan lengkap dengan kemudahan pulak tu.

      Delete
  2. Seronok dpt berkhemah
    subhanaullah cantikk nya

    ReplyDelete
  3. Comel betul gambar tegak tu kak. Hehe. Camping team building ok lah kot. Setakat camp famili cam sunyi plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji ada gambar buat kenangan 😄
      Betul, tempat ni memang terasing. Siang pun sunyi, malam lagi lah.

      Delete
  4. kalau nak camping dekat sini kena ada permit masuk hutan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bayaran masuk kawasan Gua Kelam ni dan bayaran tapak khemah.

      Delete
  5. ya Allah, maaf kak. kalau ada jurupandu tu termasuk sekali dengan permit la. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak termasuk pun..hehe. Bayar asing - bayaran masuk kawasan kompleks Gua Kelam ni dan bayaran juru pandu.

      Delete
  6. Maksudnya kena datang beramai-ramai untuk berkhemah di sini.
    Hehe kalau saya tidak suka ambil gambar diri sendiri. Lebih sibuk ambil gambar alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juru pandu kata seeloknya ramai-ramai. Memang betul jugaklah, sebab tempat ni terasing. Kawasan hutan. Mesti sunyi waktu malam, bahaya.

      Hehe, saya pun lebih suka ambil gambar alam. Tapi nak jugak gambar sendiri sikit buat memori.

      Delete
  7. bukan kalo masuk gua kelam dh termasuk sempadan siam ke situ?
    tapi mmg chantek jelitter pokok hujan2 nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni belah Malaysia. Bersambung dengan belah Thai, ikut maklumat yang saya dapat la.

      Delete
  8. Luas tapak perkhemahan kat sini. Kalau ramai ramai berani jugak kan. Satu dua khemah tu rasa risau melebih lebih nanti. Tempat ni pun bersih dan cantik permandangannya.

    ReplyDelete
  9. Subhanallah..cantiknya view, scenery pokok hujan2..

    ReplyDelete
  10. Sis, nak masuk gua kelam bersama jurupandu tu nak contact siapa? kalau bawa anak berumur paling kecik 8 tahun boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak masuk Gua Kelam 1 (dikenali sebagai Gua Kelam), tak perlu juru pandu. Laluan pendek dan diterangi lampu. Bawa baby dalam stroller pun boleh lalu. Macam terowong pendek.

      Tapi kalau nak masuk ke Gua Kelam 2 ni kita wajib mendapatkan khidmat juru pandu arah dengan bayaran sebanyak RM80 untuk kumpulan maksima 10 orang. Boleh terus datang sebelah pagi atau sebaiknya buat tempahan slot lebih awal dengan menghubungi pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perlis atau terus hubungi Pengawas Hutan Gua Kelam - 013 332 4224 (En. Muhamad Saili). Berkenaan anak 8 tahun, menurut saya boleh dan sesuai. Boleh baca pengalaman saya dan tengok video untuk gambaran awal di entri blog terdahulu - Ekplorasi Gua Kelam 2.

      Harap jawapan saya membantu sis.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****