Judul : PULANG-PERGI
Penulis : Tere Liye
Penerbit : Sabakgrip
Jumlah halaman : 414
Novel Pulang-Pergi dengan kulit buku yang menarik ini adalah lanjutan novel Pergi dan merupakan novel kelima dalam siri kisah hidup Agam a.k.a. Bujang a.k.a. Si Babi Hutan.
Berbanding novel terdahulu dalam siri ini, novel Pulang-Pergi ini paling sarat dengan aksi. Hampir keseluruhan dari bab awal sehingga hujung cerita penuh dengan aksi serangan, pertarungan dan kejar mengejar yang membuat saya turut sama lelah, berdebar dan terus fokus menyelak lembaran demi lembaran novel.
Sinopsis
Dalam kisah kali ini, Bujang bukan lagi Tauke Besar Keluarga Tong. Namun disebabkan satu perjanjian yang telah dibuat semasa Bujang menjadi Tauke Besar, dia kini perlu memenuhi janji untuk dijodohkan dengan Maria, iaitu anak kepada Otets (salah seorang ketua keluarga penguasa shadow economy).
Pada malam pernikahan Bujang dan Maria, mereka diserang oleh Natascha iaitu orang kepercayaan Otets yang berkhianat kerana mahu membalas dendam masa silam. Bujang dan Maria kemudiannya menjadi buruan bersama orang-orang yang membantu mereka - Salonga, Junior, Thomas, White, si kembar Yuki dan Kiko. Berjayakah pasukan mereka mengalahkan pasukan Natascha? Juga siapakah rakan subahat Natascha? Ada kejutan di sini.
Petikan Novel
“Gunakan kemampuan kalian sebaik mungkin. Aku percaya dengan kalian. Di mobil ini, kalian bukan hanya pembunuh bayaran, mantan marinir, putri keluarga penguasa shadow economy, konsultan keuangan, atau remaja pendiam. Kalian temanku. Bahkan lebih dari itu, kalian adalah keluargaku selama 48 jam terakhir. Kita melewati lima negara bersama-sama, maka kita akan menuntaskan masalah ini juga bersama-sama. Saling percaya.” - halaman 301.
Selain watak Bujang, watak lain yang menyerlah dalam novel ini adalah Thomas dan Junior yang bijak dan tangkas beraksi. Saya juga suka ciri humor yang ada pada watak Salonga, kata-katanya selalu membuat saya tersenyum sendiri.
Nampaknya siri kisah Bujang tidak terhenti di sini, tertera di akhir novel judul lanjutannya ‘Bedebah Di Ujung Tanduk’.
“Ada jodoh yang ditemukan lewat tatapan pertama.
Ada persahabatan yang diawali lewat sapa hangat.
Bagaimana jika takdir bersama ternyata,
diawali dengan pertarungan mematikan?
Lantas semua cerita berkelindan dengan,
pengejaran demi pengejaran mencari jawaban?
Pulang-Pergi.”
genre aksi bikin hati copot2..
ReplyDeletekena baca trilogi novel ni, baru boleh faham jln cerita..huhu..
kalau baca novel aksi memang susah nak berhenti. kena baca 2 buku awal tu baru akan faham yang ketiga ni lah kan
ReplyDeleteSelamat membaca dan moga bermanfaat.
ReplyDeleteni novel alih bahasa ke memang novel bahasa melayu kak... macam menarik jugak kisahnya tapi mesti kene baca semua dari yg pertama kalau tak mesti tak paham
ReplyDeleteNi novel bahasa Indonesia.
DeleteUncle na puji cover dia... menarik
ReplyDeleteNovel yang menarik, rasa tak sabar nak habiskan pembacaan. Sama macam uncle cakap, cover dia menarik. Simple tapi menarik.
ReplyDeleteKalau aksi dari awal hingga akhir memang sentiasa teruja untuk habiskan.
ReplyDelete