Monday 7 February 2022

Bila Burung Merpati Bersarang di Balkoni Rumah

Pada bulan Januari lalu, kami tinggalkan rumah PP selama 10 hari sebab balik kampung di Johor dan seterusnya bersambung urusan kerja encik suami di beberapa negeri.

Bila balik semula ke rumah PP pada 16 Januari, kami sampai dah lewat petang. Perkara biasa bila masuk rumah, saya akan segera buka sliding door untuk aliran pengudaraan. Maklumlah, ruangan tu tak ada tingkap. Semasa buka sliding door, saya dikejutkan dengan burung yang terbang keluar dari satu sudut balkoni rumah. Malamnya masa nak tutup sliding door, pun sama. Ada burung terbang keluar dari balkoni. Saya terasa pelik.

MENGERAM
Esok paginya, barulah saya perasan akan sesuatu. Rupa-rupanya ada seekor burung Merpati sedang mengeram. Terkejut saya masa mula-mula nampak. Saya ambil gambar burung Merpati ni di sebalik cermin sliding door. Gambar ni sebenarnya bertarikh 17 Januari. Saya rekod sebagai 16 Januari ikut tarikh semalam masa mula-mula dapat tau ada burung ‘menetap’ di sini.

Itulah…banyak pasu terbiar kosong, burung Merpati ambil satu untuk dijadikan sarangnya. Hahaha! Kemain tinggi burung ni buat sarang ya, naik ke tingkat 16 terus! Mesti burung ni ingat tempat tak ada orang, tu dia pun terkejut masa kami balik.

20 Januari - dapat ambil foto telur burung Merpati. Sesekali burung Merpati akan terbang (cari makan agaknya) atau terbang kerana terkejut setiap kali saya buka sliding door. Tapi tu awal-awal je, tak lama tu dia dah buat tak kisah. Dah biasa dengan kehadiran saya agaknya. 

Awal Februari, kami tinggalkan rumah PP selama 5 hari untuk balik ke rumah NS atas urusan kerja encik suami. Masa ni dah terfikir mungkin saya akan terlepas nak tengok proses telur menetas. Teringin juga nak tengok depan mata.

MENETAS
Semalam petang 6 Februari, sampai je di rumah terus tengok burung Merpati di balkoni. Dah menetas! Hehe…tumpang seronok tengok anak-anak burung Merpati ni dah menetas. Ada cengkerang di pasu sebelah, entah macam mana boleh sampai situ. Kami tengok di balik cermin sliding door je ni supaya ibu burung tak terkejut.

Pagi tadi nampak ibunya menghilang dari sarang, cepat-cepat saya keluar ke balkoni untuk ambil foto anak-anak burung. Comel! Entah dah berapa hari menetas. Rasanya baru lagi, mungkin semalam atau kelmarin berdasarkan kiraan tempoh pengeraman sekitar 18 - 21 hari.

Ada satu perkara lagi yang saya perasan, nampaknya ada dua ekor merpati yang bergilir menjaga anak-anak burung. Perhatikan perbezaan warna pada badan burung dewasa. Hasil carian saya mendapati burung Merpati jantan dan betina akan bergilir menjaga anak-anak burung. Fakta yang menarik! Entah mana satu burung jantan dan mana satu burung betina ni.

Video berdurasi 37 saat - burung Merpati dewasa memberikan makanan kepada anak-anak burung. Fakta menarik - burung Merpati tidak menyuapkan makanan seperti serangga kepada anak burung, tetapi memberikan rembesan hasil kelenjar yang dikenali sebagai ‘susu merpati’.

Banyak yang saya belajar dan juga ilmu baru apabila memerhatikan proses bagaimana burung Merpati ini bersarang, mengeram dan menjaga anak-anaknya. Untuk membuat sarang je, burung Merpati ni berulang-alik terbang membawa ranting kering (atau seumpamanya) satu demi satu. Gigih. Untuk menjaga anak-anak, burung Merpati jantan dan betina melakukannya secara kerjasama. Allahu Akbar! Hebat kuasa Allah dalam setiap penciptaan-Nya. 


*kalau nak mengetahui lebih lanjut berkenaan burung Merpati, boleh baca DI SINI.





14 comments:

  1. Saya dapat tambah ilmu tentang burung merpati di sini. Comel jew anak-anak burung dalam video.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..saya jadi leka memerhatikan anak-anak burung 😀

      Delete
  2. alhamdulilah.. chomeyy je anak2 burung merpati tuuh..

    tringt wak akn burung tekukur yg akan biarkan burung lain mengeram telur dan menjga anak2nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..gitu pulak cara burung Tekukur 😅

      Delete
  3. Cantiknya warna burung merpati...biru..menarik fakta ttg burung merpati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nampak biru sebab faktor pencahayaan & editing fotografi. Kalau tengok real - hitam, kelabu.

      Delete
  4. Burung merpati tidak lari buat sarang di tempat lain. Mesti rasa selamat di situ.
    Alhamdulillah dapat belajar melalui pemerhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Seronok rupanya buat pemerhatian dan belajar hal baru ni 😀

      Delete
  5. Seronoknya dapat tengok depan mata.

    Bagus ye burung merpati jantan dan betina akan bergilir menjaga anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok..pengalaman baru. Sentiasa ada depan mata (tengok di balik sliding door) 😄

      Delete
  6. Merpati kalau dah mula bertelur membiak nanti akan bertambah banyak
    cam rumah puasaka akak, dari 2 ekor sampaii banyakkk Jd penempatannya dah akhirnya terpaksa suruh org dtg tangkap (org tu mkn daging burung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish tak mau la banyak-banyak gitu. Najis burung bawa penyakit. Nanti lepas sarang kosong, memang saya nak bersihkan semua.

      Delete
  7. Tak sangka dalam memerhati kita jadi curios nak tahu. Mesti seronok burung merpati dapat berteduh di tempat yang selamat. Bermastautin sampai ada anak. Terima kasih share kak. Dapat jugak belajar tentang burung merpati kat sini :)

    ReplyDelete
  8. Gigih ye sampai ke tingkat 16. Thanks share info dan video

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****