Monday 21 February 2022

Apa Ada di Galeri 3D Gua Kelam dan Rumah Cermin?

Semasa saya dan encik suami di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, Galeri 3D Gua Kelam dan Rumah Cermin sebenarnya tidak dibuka kepada pengunjung. Galeri 3D Gua Kelam ditutup kerana sedang dalam penyelenggaraan/penambahbaikan, manakala Rumah Cermin merupakan produk yang baru saja dilancarkan dan belum dibuka kepada pengunjung. Tetapi bak kata juru pandu kami, alang-alang dah mai sini bolehlah masuk. Nak tunggu kami datang sini lagi, tak taulah bila kan.


GALERI 3D GUA KELAM
Galeri 3D Gua Kelam atau lebih dikenali sebagai Galeri Gua Kelam merupakan pameran berbentuk pengalaman penjelajahan dalam gua yang diterjemahkan melalui gabungan pameran bahan grafik 3 dimensi (3D) - bunyi-bunyian alam, pameran spesimen, artifak, replika gua dan informasi dalam bentuk kod QR.

Ruang galeri ni tidaklah begitu luas, tetapi cukup menarik dan berinformasi. Lagi bagus kalau kita dapat masuk galeri ni sebelum memulakan penjelajahan ke Gua Kelam. Menurut juru pandu, biasanya kalau ambil pakej Gua Kelam 2 pengunjung memang akan dibawa ke sini terlebih dahulu. Tapi kami tadinya terus je dibawa masuk ke Gua Kelam 2 sebab galeri ni memang tak dibuka.

Ruang depan galeri. Masuk je sini kita dapat dengar bunyi-bunyian alam.

Ada beberapa sudut gambar/lukisan 3D yang menarik untuk pengunjung berfoto. Tetapi kalau kita sendiri memang tak pandai nak bergaya (seperti gambar di atas), memang tak menariklah fotonya 😆

Antara bahan pameran - barang tinggalan para pelombong.

Selesai lawatan di galeri, jom kita tengok apa yang ada di Rumah Cermin pula…


RUMAH CERMIN
Kami dibawa oleh seorang pekerja pembersihan menuruni anak tangga menuju ke Rumah Cermin yang terletak di tingkat bawah. Menurutnya, kami adalah pengunjung yang pertama masuk ke sini. Pertamalah kan, sebab tempat ni memang belum dibuka kepada pengunjung. Hehe.

Buka je pintu masuk ke Rumah Cermin, kita hanya akan nampak cermin di mana-mana. Kena berhati-hati berjalan bimbang diri bertembung dengan cermin pulak.

Yang mana satu orang betul?

Kami masuk bertiga, kemudiannya bersama-sama sesat bertiga 😂. Tempat tak besar pun, tapi pusing punya pusing tak jumpa jalan keluar. Jadinya menurut saya, ini adalah Rumah Sesat!

Sekarang (sewaktu entri ini ditulis) Rumah Cermin sudah pun dibuka kepada pengunjung. Saya tak pasti berkenaan bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini. Kalau ada bayaran pun rasanya dengan kadar minima saja. Ok juga masuk ke sini untuk kita menguji kecekapan mata.

Terima kasih kepada pihak berkenaan yang bagi kami masuk ke dua-dua tempat ni walau pun tidak dibuka pada hari tersebut. Alhamdulillah selesai lawatan kami ke semua tarikan yang ada di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam ni.

Sebelum meneruskan perjalanan balik ke Pulau Pinang, kami sempat singgah ke satu lagi tarikan di Perlis - Pasar Terapung. InsyaAllah akan saya catatkan di blog.




12 comments:

  1. Untung masuk dahulu, jadi orang pertama. Hehe kira gambar pun ekslusif sebab tiada orang ganggu ambil gambar.

    ReplyDelete
  2. Macam-macam tarikan di Perlis ye...
    PH pun jenis tak pandai berposing, suruh free style pun dok tegak je haha

    ReplyDelete
  3. menarik ni kan..
    tapi dashyat tu. rimau tu duk ngaum tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rimau duk ngaum, patut buatlah gaya takut kan..haha

      Delete
  4. Wah.. Patut kak Ujie potong reben sebagai tanda perasmian. Saya pernah pergi rumah cermin macam tu dulu. Memang sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kan...lupa bawak reben dan gunting 😂

      Delete
  5. rumah cermin tu mesti scary kalau masuk waktu malam dan kita masuk seorang diri je tapi dalam cermin tu kita nampak ada orang yang temankan kita huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Pening rasa masuk rumah cermin. Dimana mana cermin tak mustahil yang arif pun boleh sesat sama. Kena jalan pimpin tangan camni. Risau sesat dan tersalah pegang orang dalam cermin pulak.

    ReplyDelete
  7. bestnya..pengunjung pertama..boleh pening kalu mcm ni..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****