Akhirnya, yang ditunggu-tunggu tiba jua. 5 buah buku pra tempah terbitan JIWA selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Agak lama menunggu ia siap dicetak dek kekangan operasi kilang percetakan pada musim pandemik. Jangkaan buku-buku ini siap adalah pada pertengahan Julai lalu. Bukan buku terbitan JIWA saja, malah buku-buku terbitan syarikat lain pun mengalami nasib yang sama. Beginilah antara cabaran syarikat penerbitan ketika pandemik.
Set 5 buah buku JIWA dipos dalam kotak berwarna hitam, luarnya berbalut dengan plastik bubble. Lebih istimewa, buku-buku ini dibungkus pula dengan pembungkus warna merah. Warna yang sesuai dengan tema swacinta (cintai diri sendiri) yang dibawa oleh JIWA.
Ada sepucuk surat cinta daripada JIWA yang dilipat dua dan disimpan rapi dalam sampul coklat. Surat cinta kan, kenalah baca sorang diri tak boleh tayang di sini. Haha. Juga satu rantai kunci emoji.
Inilah 5 buah buku terbitan sulung JIWA. Empat buah judul terbitan semula dan sebuah terbitan baru. Terbitan semula di bawah syarikat JIWA ini merupakan suntingan baru dan terdapat penambahbaikan isi/bab. Buku berjudul Penulis Yang Disayangi Tuhan terbitan terdahulu oleh syarikat lain, saya dah pernah baca (boleh baca ulasan saya DI SINI). Tertanya-tanya juga apa penambahbaikan isi/bab dalam buku terbitan JIWA ni.
Penanda buku istimewa bagi setiap judul buku. Sangat menarik!
Novel, puisi dan catatan perasaan. Yang mana satu nak mula baca dulu?
JIWA muncul sesuai pada masanya, ketika ramai di antara kita rasa tertekan dengan situasi pandemik. Juga terbeban emosi dengan berita-berita sedih dan segala himpitan hidup. Mungkin dengan membaca buku-buku JIWA dapatlah memberi sedikit kekuatan dan kelegaan pada emosi pembaca.
Bagi yang nak mengikuti saluran media sosial JIWA, boleh ke Facebook/Instagram/Twitter @inibukujiwa. Kalau nak mendapatkan buku-buku di atas (secara set atau sebuah dua pun boleh) terus ke warungkakibuku, ejen sah buku JIWA.
Saya pantang dapat buku, mesti tak sabar nak baca. Kalau dapat santai baca tanpa gangguan, rasanya macam sedang tekun membaca di tepi pintu syurga.
ReplyDeleteHihi…memang tak sabar ni, dan banyak jugak buku menunggu untuk dibaca.
DeleteSelamat mengulat buku
ReplyDeleteHehe..🐛
Deleteselamat membaca..
ReplyDeletecantik kaler merah, oo..kaler tema swacinta..baru tahu..hehe..
Biasanya warna merah dikaitkan dengan cinta kan…hehe
DeleteRasa istimewa ada surat cinta.
ReplyDeleteHehe kotak cantik.
Saya cadang Puan Ujie baca puisi dahulu.
Menarik gak tu NA, dah terlalu lama tak baca buku puisi.
DeleteSelamat membaca.. Semoga ianya bermanfaat.
ReplyDeleteInsyaAllah, moga ada manfaatnya.
DeleteBestnya dapat parcel dibungkus macam ni. Semua buku menarik dari tajuk dan covernya. Kalau saya pun tak tahu nak mula baca mana satu entah.
ReplyDeleteSelamat membaca kak :)
Betul, semua nampak menarik 😀
Deleteseronok lah kak ujie hehee..
ReplyDeleteselamat membaca kak ujie ya :)
Memang seronok setiap kali dapat parcel buku. Walaupun banyak lagi belum siap baca tu Shida..haha
DeleteKunang Persisir Morten tu best. Hehe. Selamat membaca!
ReplyDeleteKatanya itu novel wajib baca oleh rakyat Malaysia 😀
Deleteseronoknya ada buku banyak2 hehe
ReplyDeleteLepas tu pening nak baca mana satu dulu 😂
DeleteSelamat membaca .. nanti boleh la review sikit2 .. hehe ..
ReplyDeleteInsyaAllah Zhi, akak akan buat review setiap judul 😊
Deletebgs kak ujie suka membaca..
ReplyDeleteKunang Pesisir Morten tu best. Lepas baca recommendation di Goodreads sampai sanggup cari yang preloved. Rupanya Jiwa ada terbitkannya semula. Baguslah. Selamat membaca kak Ujie.
ReplyDeleteSelamat mengisi masa lapang dengan membaca buku . Siap dapat penanda buku lagi tu
ReplyDelete