Saturday 17 July 2021

Durian IOI RM13/kg?

Siang tadi semasa keluar membeli barang dapur, kami singgah membeli durian di sebuah gerai durian di hadapan Masjid As-Solihin Kampung Kepala Gajah. Suami kata, sementara tengah musim durian ni kita makanlah puas-puas (ayat nak kurangkan rasa bersalah sebab membeli durian lagi dan lagi…haha).

Kali ni suami memilih durian IOI yang sudah merekah hujungnya. Menurut penjual, durian IOI gred A (saiz besar) ni baru sampai semalam tetapi hari ini sudah merekah hujungnya disebabkan cuaca panas. Harga biasa untuk durian IOI gred A, RM25/kg. Tapi sebab dah merekah, penjual menawarkan harga RM13/kg. Memang sangat murah!

Setiap durian berikat getah dihujungnya sebab dah merekah. Sebelum beli, durian ditebuk sedikit untuk melihat isi durian.

Satu daripada tiga biji buah durian yang kami beli ni mempunyai 7 pangsa. Orang kata kalau buah durian lebih 5 pangsa, isinya kurang padat dan sedikit. Tak pastilah maksudnya macam mana, yang ni saya tengok ok je banyak. Pangsa yang kosong tu sebab dah dimakan/ambil letak dalam bekas.

Antara isi buah durian IOI.

Sebahagian makan terus, sebahagian lagi simpan dalam peti sejuk.

Kalau nak membeli buah durian, memang perlu elak beli yang merekah sebab berkemungkinan isinya dah tak elok dan masam. Tapi kalau merekah dan elok, apa salahnya kan. Dapatlah makan durian sedap dengan harga rendah daripada biasa. Yang kami perasan, bezanya cuma bau durian ni dah tak berapa kuat dan agak kurang ‘gas’. 







24 comments:

  1. 1 Julai hari terakhir saya makan durian.. Sampai sekarang tak makan lagi.. Kena cari semula lepas ni..

    ReplyDelete
  2. Yarabbi....sexynya duyan....terus teringin ni ha....

    ReplyDelete
  3. Kelemahan durian IOI sebab dia mudah merekah
    Kadang2 baru gugur pun dah merekah apatah lagi kalau kena panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..gitu ya Wak.
      Patut la harga mahal. Sedap, tapi mudah merekah.

      Delete
  4. Banyak ilmu pengetahuan Puan Ujie tahu pasal durian. Saya tahu makan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la banyak Na..tapi boleh la buat bahan sembang sambil makan durian..haha

      Delete
  5. Sedapnya durian IOI. Cantik warnanya. Isi pun tebal. Betul tu kak. Kalau dah merekah tu rasa dia kurang sikit. Tak boleh biar lama nanti masam dah boleh buat tempoyak. Rezeki jugak tu dapat harga murah bila dah merekah tapi isinya masih elok.

    ReplyDelete
  6. Wahh murahnye, rezeki tu dpt yg murah dan masih elok dan sedap. Pernah dpt durian yg dah merekah (beli longgok) rasa dah masam sket sesuai buat tempoyak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tu pun yakin beli lepas tebuk sikit check isi buah.

      Delete
  7. Cantik warna , mesti isi rasa berlemak ..haihhh sedapnya ..terliur pulak tengok durian isi kekuningan ni

    ReplyDelete
  8. SAya peminat durian kg dan IOI. tapi sejak dua tahun ni rasanya dah set mind utk tidak membeli durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..ingatkan SS memang tak suka makan durian.

      Delete
  9. ala this year tak merasa lagi derian

    ReplyDelete
  10. wahh sedapnya durian, cantik isi dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki..dapat dengan harga lebih rendah.

      Delete
  11. murah tu! kat sini dari rm32 dan turun rm25 kalu durian kawin.
    rm13? murah sgt sgt dah.
    best ni. harga standard durian kampung. cantik plak isinya.
    puas la makan!

    sudi exchange link dgn aida?
    https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html

    ReplyDelete
  12. sedapnya durian IOI..Alhamdulillah, isinya masih baik lagi..terliuq tengok..

    ReplyDelete
  13. sebelum raya kak ujie..boleh dikatakan hari2 mkn smpai badan naik panas dah huhuu...stop dlu smpai skg..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****