Thursday 10 June 2021

Cili Kisar Buat Sendiri

Langit mendung, hujan dah pun berhenti di luar sana. Alhamdulillah...hari ni sejuk dan nyaman terasa. Hari ini jugak di grup WhatsApp sana-sini sedang meraikan kejayaan anak-anak SPM. Apa pun keputusannya, setiap usaha anak-anak wajar kita raikan.

Berbalik kepada tajuk entri saya - cili kisar buat sendiri. Hehe...buat cili kisar pun nak letak kat blog? Letaklah, sebab belum pernah letak. Sebenarnya, selama beberapa tahun terakhir (sewaktu menetap di rumah NS) saya cuma membeli cili kisar daripada jiran. Perusahaan keluarganya, cili kisar yang memenuhi citarasa saya. Maka memang dah lama la saya tak buat sendiri cili kisar ni.

Tapi bila pindah rumah PP ni kenalah buat sendiri, sebab dah beberapa kali membeli tak berkenan pulak. Ok, di bawah ni la cara saya buat cili kisar sendiri :

Langkah 1 - gunting memanjang cili kering, supaya mudah biji cili keluar. Cili kering saya suka beli yang keriting gini, tak terlalu pedas. Lepas tu, ambil dan masukkan dalam periuk. Jangan tuang terus, terikut pulak biji-biji cili yang dah terkeluar tu.

Langkah 2 - rebus cili kering sehingga mendidih, sekitar 10 minit. Tujuannya supaya cili kering cepat lembut dan senang nak kisar. Selain tu, elok jugak direbus sebab cili ni akan jadi sedikit masak. Juga boleh mematikan ulat jika ada. Ada ulat ke? Seumur hidup ni pernah sekali je saya terkena, ulat putih timbul semasa merebus cili kering. Masa tu saya tak potong cili kering secara memanjang, jadi ulat masih boleh menyorok. Punyalah terkejut dan geli, terus buang semua! Haha.

Langkah 3 - siap rebus, kita basuh cili ni. Masuk dalam besen kecil berisi air, ramas-ramas cili biar tanggal biji-biji yang masih ada. Pastu masukkan dalam penapis. Ulang proses ni beberapa kali, saya buat sekitar 5 kali jugak tau. Sebab nak dapatkan cili kisar yang merah tapi tak pedas sangat, kenalah bersihkan biji cili tu sampai tinggal sikit-sikit. Oh ya, dinasihatkan pakai sarung tangan plastik semasa buat proses ni supaya tangan tak pijar. Saya aritu tak pakai, memang terasa pijar la tangan untuk sekitar satu jam lebih. 

Langkah 4 - kisar cili kering dengan campuran air dan minyak masak. Tak ada sukatan tertentu untuk campuran air dan minyak. Tujuan letak minyak supaya cili mudah dikisar halus dan cili kisar nantinya jadi tahan lama.

Siap! Cili kisar buat sendiri. Terjamin bersih, tak pedas sangat dan bebas bau (kadang beli kat kedai ada bau, mungkin bau bahan pengawet).

Masukkan dalam bekas, tunggu sejuk dan bolehlah simpan dalam peti sejuk.

Buat banyak gini, senang nak guna bila nak memasak. Kalau rasa jarang guna dan risau rosak, boleh asingkan dua bekas. Sebahagian simpan di bahagian sejuk beku untuk kegunaan akan datang. Macam saya ni agak kerap guna, sekarang ni kerap mengulang-ulang masak asam pedas.


9 comments:

  1. Di rumah memang buat cili kisar sendiri tak beli.
    Oh letak minyak, kami tiada.

    ReplyDelete
  2. Memudahkan dan mempercepatkan urusan nak memasak. PC pun buat macam ni.

    ReplyDelete
  3. Sama cara buat cili kisar. Cuma saya ada tambah bawang putih masa kisar tu untuk tahan lama katanya. Lagi sedap buat cili kisar sendiri. Kebersihan pun terjamin.

    ReplyDelete
  4. Bila la dana nak rajin macam akak ni... biasa asik beli cili boh je

    ReplyDelete
  5. selalu buat sendiri jg..

    jarang gunting memanjang, selalunya cili tu gunting 2 atau 3..

    ReplyDelete
  6. Senang je kan...pokok pangkalnya nak buat ke tak je. Tapi saya dengar, di Indonesia, harga cili kering mahal... Untunglah kita di Malaysia ni, harga cili bolehlah juga murah, tak mahal sangat.

    ReplyDelete
  7. Sha pun buat sendiri cili kisar.. kalau beli tak berapa sangat kena dengan tekak.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. sama kak ujie..shida pn buat cara yg sama yeay! sep sikit =)

    ReplyDelete
  9. seriusly, aida x pernah buat sendiri.
    kecuali kat rumah mak.
    kat rumah ni, aida beli yg da siap.
    terus beli kat satu kilang iks.
    kebetulan sesuai dgn tekak bila menyambal :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****