Wednesday 13 January 2021

Homesoy Multigrain...Memang Sedap!

Semalam petang lepas selesai je urusan cabut gigi geraham, terus berkejar ke pasaraya. Suami turun sendiri untuk membeli beberapa keperluan makanan sebagai persediaan tak keluar rumah sempena PKP. Saya cuma kirim yogurt, makanan yang sesuai untuk orang lepas cabut gigi (sejuk dan tak perlu mengunyah). Doktor gigi pesan ambil minuman/makanan sejuk saja buat sementara waktu ni.


Antara yang dibeli oleh suami...minuman Homesoy Multigrain. Ingatkan beli 2-3 kotak je. Rupanya diborong terus 6 kotak! Satu kotak ni 1 liter. Minggu lepas dah cuba beli buat pertama kali dan memang sedap ditekak kami berdua. Tak terlalu manis dan tak tawar. Masukkan dulu dalam peti sejuk, lagi sedap! Harga asal RM5.20, sekarang harga promosi RM4.88 sekotak.

Susu kacang soya begini juga alternatif untuk mereka yang ada masalah laktosa intoleransi (lactose intolerance). Bila minum susu biasa (hasil tenusu), mulalah kembung perut dan tak selesa perut.



11 comments:

  1. Telan air soya sahaja. Hehe banyak juga 6 liter tapi kalau suka tiada masalah habiskan.

    ReplyDelete
  2. kalau dah borong 6 kotak tu , bermakna mmg sedap kan hehe

    ReplyDelete
  3. nak try la dana biasa yang soya tu je... itupun memang layan

    ReplyDelete
  4. selalu minum soya yeos aje. tak poernah beli home soy

    ReplyDelete
  5. Terus terbayang waktu berbuka di bulan puasa... nanti boleh try home soy campur cincau.

    ReplyDelete
  6. Suka gak beli jenama homesay. Betul kata akak tu rasa dia tak manis dan tak tawar. light light dan just nice gitu. Suka minum air soya gak. Harga pun okay berbaloi dengan sekotak besar 1L tu.
    Semoga cepat sembuh sakit gigi akak. Aaminn

    ReplyDelete
  7. Terliur plak tengok ni. Nantilah tunggu next time beli groceries boleh selit sekali

    ReplyDelete
  8. homesoy mmg sedap tp rasanya shida pernah ambil yg original rasanya tawar hahaa ^_^

    ReplyDelete
  9. Homesoy ni memang sedap!

    Haha sekali 6 kotak, itu memang petanda sangat sedap!!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****