Monday 2 November 2020

Pengalaman Beli Pokok Hidup Secara ‘Online’

Pada awalnya saya memang tak mau membeli pokok hidup secara online. Bimbang pokok yang diterima tak seperti yang saya jangkakan. Tapi akhirnya saya beranikan diri mencuba sebab ianya lebih mudah, tak perlu saya keluar rumah mencari nurseri.

Untuk mengurangkan risiko pembelian secara online, saya memilih untuk membeli di Shopee. Mula-mula saya pilih jenis pokok yang saya idamkan. Kemudian saya pilih seller yang berada di Pulau Pinang, ini untuk mengurangkan risiko pokok rosak atau mati dalam penghantaran. Saya menjangkakan pokok akan sampai dalam masa sehari dua saja sebab pergerakan dalam negeri yang sama. Sebelum buat pembelian, saya chat dengan seller berkenaan hari pengeposan.

Saya buat pembelian pada hari Rabu (malam) dan pada hari Jumaat (petang) bungkusan pokok hidup selamat sampai ke tangan saya melalui perkhidmatan kurier J&T. 

Berdebar buka kotak. Bimbang kot ada sebarang masalah.

Keluarkan dari kotak dan buka pembalut setiap pokok dengan berhati-hati. Saya beli tiga jenis pokok, ni cuma ada dua. Ada satu jenis yang seller tak pos. Terus chat dengan seller masalah ni.

Alhamdulillah...kedua-dua pokok idaman saya diterima dalam keadaaan memuaskan. Pothos N’joy harganya RM9 dan Sansevieria Moonshine harganya RM15. Berdasarkan carian, ini harga terbaik saya dapat (untuk kategori seller di PP dan ada stok kedua-dua pokok ni).

Pokok ke-3 iaitu Sweetheart Hoya Kerri Single Leaf sampai dua hari kemudian. Saya beli satu je, tapi yang sampai dua! Seller beri satu lagi secara percuma sebagai tanda maaf atas kesilapan. Yeayy...Alhamdulillah rezeki! Harga pokok ni RM4.90, tapi sebab beli add-on dengan pokok lain dapatlah harga RM4 je. Bukanlah pokok idaman, tapi beli sebab ia comel!

Alhamdulillah...pengalaman pertama yang menyenangkan. Semoga pokok-pokok ni hidup subur sebagai terapi mata dan jiwa saya.


15 comments:

  1. AJ pun tak pernah beli pokok secara online sebab takut rosak juga masa terima nanti, tapi kebanyakan yang share pengalaman semua kata okay macam ujie ni :)

    ReplyDelete
  2. Comel pokok bentuk hati itu. Unik.

    ReplyDelete
  3. Amboi pokok bentuk hati tu, macam nak tanam cinta hidup-hidup. Haha.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman berharga! Tak sangka jugak kan, zaman sekarang ni pokok pun kita boleh pos pos 😊

    ReplyDelete
  5. kita okay la beli online pokok hidup.. nak beli pokok bunga matahari la.. then nak semai sendiri

    ReplyDelete
  6. Saya pun takut juga nak beli pokok secara online. Nampaknya pokok selamat dan segar sampai ke penerima. Bolehlah cuba beli online selepas ini. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  7. alahai...comel comel semuanya...tp suami anti betul dengan belian atas talian ni. hahaha...

    ReplyDelete
  8. review akak ni buat saya teringin juga nak beli pokok hidup secara online. hehe

    ReplyDelete
  9. comel lah sangat yang bentuk love tu kak...
    menarik sebab elok je pokok nya cara dia balut pun elok...
    dana suka bila buat pembelian lepastu seller tu minta maaf dan bagi gift yang best, buat kita rasa seronok nk beli lagi heheh

    ReplyDelete
  10. kita suka la yang SWEETHEART tu :)

    ReplyDelete
  11. seronok bila pokoknya sampai dengan selamat..

    ReplyDelete
  12. Dulu fikir macam akak juga. risau nak beli pokok hidup online ni. Takut mati dan rosak rugi pulak. tapi itulah belum cuba lagi beli online. Dah biasa pergi nurseri sebab dekat jugaklah. N'Joy saya dah ada. memang cantik. Moonshine saya baru dapat ambil benih kat kampung. Tapi belum membesar lagi. huhu

    love shape cactus tu comel. Harga kat nurseri akak beli boleh tahan murah gak tu kan. Selalu pokok pokok camtu harga RM10 ke atas. moonshine pun ada yang jual RM20 ke atas. Berbaloi jugalah tu beli online. Jimat duit minyak dan tenaga pergi nurseri

    ReplyDelete
  13. Cantiklah kak ujie..mcm minat pulak nak bela tgk kak ujie beli hehee ^_^

    ReplyDelete
  14. menarik.
    sampai pun dgn selamat dan teratur.
    yg kenit berdua tu - aduhai, comel!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****