Friday 6 November 2020

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Galeri 1

SABTU | 31.10.2020

Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah menjadi desinasi tujuan saya dan suami (yang terpaksa rela mengikut minat saya 😬) pada hujung minggu lalu. Ia terletak kira-kira 77 km dari rumah di PP, tak jauh pun.


KOMPLEKS ARKEOLOGI SUNGAI BATU
Dalam perjalanan (kurang 10km sebelum tiba di Muzium Arkeologi Lembah Bujang), iaitu sewaktu melalui Jalan Pintasan Semeling saya melihat deretan kawasan berbumbung begini (seperti dalam gambar). Ia terletak di kanan dan kiri jalan raya, di celahan barisan pokok kelapa sawit yang menjadi latar pemandangan di sini. Sempat saya baca papan tanda yang ada secara sepintas lalu, menyatakan ini adalah tapak arkeologi.

Selepas itu barulah saya tahu bahawa kawasan ini adalah Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Pada tahun 2016 ia telah diisytiharkan secara rasmi sebagai tamadun tertua dan terawal di rantau Asia Tenggara pada Persidangan Antarabangsa Kedah Tua, bersempena Festival Kedah Tua 2016 (rujuk di sini). Kompleks ini dibuka kepada pelawat dengan bayaran tertentu kepada pemandu pelancong.


MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah merupakan muzium arkeologi yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Ia telah dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 23 Januari 1980.

Sebelum masuk ke kawasan muzium, kita perlu mendaftar dan melakukan pemeriksaan suhu di bangunan biru sebelah kiri tu.

Ruangan parkir yang agak luas di dalam kawasan muzium. Nampak banyak kereta, saya sangkakan ramai pelawat di dalam bangunan galeri. Tapi sangkaan saya meleset sebaik saja masuk ke galeri. Saya rasa orang ramai datang untuk berkelah/bermandi-manda di kawasan air terjun yang terdapat di sini (melangkah keluar dari kereta dah terdengar bunyi deruan air terjun).

Muzium ni terbahagi kepada dua bahagian pameran - di dalam bangunan (galeri pameran) dan di luar bangunan (senibina candi).


GALERI 1
Dari kawasan parkir tadi, kami menuju ke bangunan GALERI 1. Inilah bangunan ruang pameran yang menempatkan artifak yang ditemui melalui kerja-kerja ekskavasi di tapak-tapak arkeologi di sekitar Lembah Bujang. Galeri 2 yang terletak agak ke belakang, masih belum dibuka untuk lawatan.

Sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan galeri, kami mulakan lawatan dengan melihat Perahu Sagor yang berada di luar bangunan. Perahu Sagor diperbuat daripada sebatang pokok balak yang ditebuk.

Perahu Sagor yang dipamerkan ni merupakan sisa-sisa perahu yang ditemui dalam kerja penggalian arkeologi di beberapa penempatan di sepanjang Sungai Muda yang menjadi laluan utama membawa barang dagangan sejak kurun ke-3 Masihi.

Sebaik je masuk bangunan galeri, ada ruangan jualan cenderahati di sebelah kanan. Dan ada peta kawasan muzium di sebelah kiri. Sebaiknya kita fahamkan peta ini untuk memudahkan lawatan.

Menarik model bentuk muka bumi ni. Tengok gini barulah kami faham yang muzium ni terletak di kaki Gunung Jerai. Juga lebih mudah faham kedudukan tempat-tempat di sekitarnya, sesuai untuk kami yang baru menetap di utara ni.

Sebahagian ruang dalam galeri pameran. Tanpa pengunjung lain, agak selesa untuk saya menekuni bahan pameran yang ada.

Info penting berkenaan sejarah penyelidikan arkeologi di Lembah Bujang.

Model candi di Bukit Batu Pahat, mukim Merbok, daerah Kuala Muda, Kedah. Apa yang menarik, candi Bukit Batu Pahat (tapak 8) ini dibina semula di tempat asalnya (di kawasan muzium ini). Nanti kita akan tengok senibina candi ini di tempat asalnya.

Model candi yang terletak di Bukit Pendiat, Mukim Merbok, Daerah Kuala Muda, Kedah. Struktur candi Bukit Pendiat (tapak 17) ini berbentuk segi lapan (octagon), agak unik. Di luar nanti kita akan tengok senibina candi Bukit Pendiat (tapak 16) yang dibina semula dan dipindahkan ke kawasan muzium ini.

Antara koleksi arkeologi yang dipamerkan.

Artifak yang dipamerkan di muzium ini membuktikan kewujudan Lembah Bujang sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara dari kurun ke-2 Masihi hingga ke-14 Masihi.

Kami menghabiskan masa di dalam galeri ini selama kira-kira 30 minit. Sebenarnya masa 30 minit tak mencukupi untuk kita membelek dari satu artifak ke satu artifak dan memahami fakta sejarah, tapi kami tak boleh berlama-lama. Nak melawat bahagian luar pulak - binaan candi.

Catatan seterusnya...melihat tinggalan senibina empat buah candi.






.

15 comments:

  1. Oh sudah siap betul. Kitorang pergi 2016 ada bahagian belum siap.

    ReplyDelete
  2. wah lama x datang sini, mesti lain dah sekarang dengan dulu.

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Betul, suami saya pun kena ikut minat saya kadang2 ��

    ReplyDelete
  4. Tempat yang sangat sesuai ni untuk dilawati oleh pencinta sejarah. Banyak ilmu boleh digali.

    ReplyDelete
  5. suka pergi muzium juga..sbb suka ambil tahu sedikit sebanyak tentang sejarah :)

    ReplyDelete
  6. Baca awal tadi ingatkan Batu Pahat Johor. Bukit Batu Pahat rupanya. Luas juga kawasan muzium ni. Saya suka baca info sejarah dalam muzium walaupun dulu tak suka subjek sejarah.

    ReplyDelete
  7. Lembah Bujang, 4 tahun lepas ke sana.

    ReplyDelete
  8. CH pun suka pergi tempat bersejarah..
    Tak pernah sampai lagi lembah bujang ni..

    ReplyDelete
  9. tak pernah smpai ke sini lg.. banyak tempat menarik di perak yg belum sempat explore

    ReplyDelete
  10. Model Candi tu cantik betul la bentuk Octagon.
    Worth a visit kalau pegi Kedah.

    ReplyDelete
  11. tak sangka kita pun ada candi cuma tak sebesar seperti di indonesia...

    ReplyDelete
  12. Tak pernah pergi lagi tempat2 mcm ni kak ujie..Menarik juga sekali skala kesini utk ambil kisah hal sejarah kita..kn

    ReplyDelete
  13. another great review.
    terkenang pernah ke muzium negara, bawa anak2.
    tapi masa tu mereka belum cukup dewasa dan tahu nilai sejarah.
    best kan bila dpt tgk item sejarah sebegini.
    throwback zaman dulu kala :)

    ReplyDelete
  14. Boleh belajar macam2 hal berkaitan sejarah di sini..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****