Wednesday, 4 November 2020

Kupang dan Ketam Dari Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, Kedah

Hari Sabtu lalu, suami beli kupang dan ketam di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, Kedah. Dah lama suami teringin nak ke sini, tapi baru kali ini berkesempatan.

Hasil pembelian - kupang dan ketam bunga yang masih hidup. Rupanya penjual tak sediakan plastik, makanya ambil dan guna beg Ikea yang ada di kereta. Kemudian letak dalam bekas plastik yang memang sentiasa ada dalam kereta.

Harganya? Suami beli kupang 5kg dengan harga RM4/kg dan ketam bunga 2kg dengan harga RM28/kg. Harga tak tetap, lagi banyak beli lagi murah. Tapi ni pun rasanya dah cukup murah untuk hasil laut yang segar.

KUPANG CICAH AIR ASAM TO’KI
Kerja membersihkan kupang dan ketam tadi semuanya dibuat oleh suami. Kerja merebus kupang dan memasak kupang rebus/ketam barulah saya pulak yang buat.

Sebahagian kupang rebus yang dah dikeluarkan dari cengkerang. Terus makan cicah air asam. Memang sedap sangat! Gandingan kupang segar dan air asam To’ki memang membuat kami berdua jadi laju makan 😋

Inilah air asam To’ki yang kami beli semasa makan di kedai Lemang To’ki, Bentong. Harganya RM6.

Tadi dah puas makan cicah air asam, yang ni simpan dalam peti sejuk beku untuk masakan lain.

Makan kupang ni sebenarnya agak nostalgia bagi saya. Masa kecil dulu, keluarga saya di Pontian memang biasa makan kupang. Kupang direbus dan makan ramai-ramai cicah sos cili. Selepas itu (menetap di luar Johor), agak susah nak jumpa orang jual kupang.






.

14 comments:

  1. kupang fresh tentu manis rasanya..telan ailio dah ni..hehe..

    ReplyDelete
  2. jarang makan siput ni... takleh imagine rasa mcm mna kupang ni

    ReplyDelete
  3. Kalau kat sini harga kupang dalam RM6 sekg
    ketam RM30 sekg
    Tadi wak pegi pasar tani, terkejut tenguk harga kerang RM18 sekg.

    ReplyDelete
  4. kawasan yang dekat dengan pantai memang banyak jual kupang. hehe

    ReplyDelete
  5. Wah.. fresh tu.. Memang puaslah makan..

    ReplyDelete
  6. Murah itu.
    Alhamdulillah suami ada tolong jadi mudah kerjanya.

    ReplyDelete
  7. Oh! Rindunya nak makan kupang cecah air asam! Puas makan begini. Ratah saja. Tak pernah jumpa air asam To'ki.

    ReplyDelete
  8. Wahhh bestnya dapat makan yang fresh macam ni. Harga pun murah. Terbaik la

    ReplyDelete
  9. Okay tu harga dia murah. Fresh pulak tu. Kupang masak apa pun sedap. Saya suka masak sambal. First time saya tengok ketam bunga tu. Bercorak rupanya.

    ReplyDelete
  10. sedap tu kupang cicah air asam..ketam lama juga tk mkn

    ReplyDelete
  11. sedap ni..mkn menambah kak ujie oii ^_^

    ReplyDelete
  12. aduhai. sedapnya!
    ptg ni nak singgah beli kupang la.
    tq sebab cetuskan idea :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****