Wednesday 11 November 2020

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi

 Sambungan dari catatan lalu DI SINI.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Selesai lawatan di Galeri 1, kami menuju ke bahagian luar bangunan yang menempatkan tinggalan senibina candi dari empat buah tempat di Lembah Bujang. Terdapat banyak tapak candi yang ditemui, tapi di sini cuma dibina candi dari tapak tertentu sahaja dari setiap tempat. Nombor tertera pada papan tanda di atas merujuk kepada nombor tapak.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Permulaan lawatan untuk melihat tinggalan senibina candi bermula di sini. Perlu mendaki anak-anak tangga, maklum saja tempat ni berada di kawasan berbukit di kaki Gunung Jerai. Tertera kata-kata aluan di pintu gerbang - ‘Selamat Datang Ke Lembah Bujang, Anda Sedang Menerokai Tamadun Kurun Ke 2-14 Masehi’. Jom kita mulakan penerokaan...


CANDI PENDIAT (TAPAK 16)

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Tinggalan senibina candi yang mula-mula kami temui - Candi Pendiat (Tapak 16). Asal tapak ini telah ditemui di Kampung Pendiat, Merbok, iaitu di sebelah timur Sungai Bujang. Ia telah ditemui pada tahun 1940, manakala pada tahun 1974 tapak ini telah dibina semula dan dipindahkan ke kawasan muzium ini.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Tinggalan senibina candi berunsur Hindu ini secara keseluruhannya dibina daripada batu lada (laterite) sebagai struktur bawah, bahagian tapak asas (foundation) pula terdiri daripada pebel sungai. Struktur atasnya terdiri daripada tiang-tiang kayu dan beratapkan genting.


CANDI BUKIT BATU PAHAT

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Kena naik nun atas lagi untuk meneruskan penerokaan ke tiga candi lain. Memang luas tempat ni. Saya suka suasana di sini, nyaman dan seronok dengar bunyi irama alam (boleh dengar dalam video yang saya kongsikan).

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Inilah tinggalan senibina Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8). Satu-satunya candi di sini yang berada di tempat asal.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Runtuhan Candi Bukit Batu Pahat ini telah dibina semula di tempat asalnya pada tahun 1960. Candi ini juga merupakan candi induk kepada candi-candi lain di Lembah Bujang.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Bahan binaan utamanya ialah batu granit yang dipahat dari batu hampar yang terdapat di tebing Sungai Merbok Kecil yang mengalir berhampiran tapak ini (rujuk gambar terakhir catatan ini).


CANDI PENGKALAN BUJANG (TAPAK 21)

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Candi Pengkalan Bujang (Tapak 21), asalnya tapak ni berada di Kampung Pengkalan Bujang, Merbok, di tebing sebelah timur Sungai Bujang. Ia ditemui berkembar dengan Tapak 22, tetapi hanya Tapak 21 dibina semula dan dipindahkan ke kawasan muzium ini.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Struktur candi ini secara keseluruhannya terdiri daripada batu bata sebagai binaan asas.


CANDI BENDANG DALAM (TAPAK 50)

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Candi Bendang Dalam (Tapak 50). Asal tapak ini ditemui di Kampung Bendang Dalam, Merbok, di sebelah barat Sungai Bujang.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Terdapat tiga binaan dengan struktur berbeza di sini.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Rupa bahagian dalam salah satu struktur binaan candi. Bahan asas binaan candi ini adalah batu lada (laterite).


BUKAN SEKADAR MUZIUM...

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Di lereng bukit di mana terletaknya candi-candi tadi, terdapat pondok-pondok wakaf. Keseluruhannya terdapat enam buah pondok wakaf di sekitar kawasan muzium ini. Di belakang pondok wakaf (di dalam gambar), bunyi aliran air dari sebatang anak sungai jelas kedengaran. Nampaknya kawasan ini bukan sekadar muzium, tapi boleh jadi taman rekreasi.

Jejak Sejarah | Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Senibina Candi
Inilah air terjun (kalau boleh dipanggil air terjun) yang saya nyatakan pada catatan terdahulu. Terletak tak jauh dari kawasan parkir. Kalau perasan, batuan di air terjun ni nampak agak pelik. Rupanya-rupanya inilah kesan tapak pahatan (batuan dipahat untuk membina candi).

Saya tak dapat turun ke bawah untuk mengambil gambar lebih jelas, sebab kawasan sebelah sini dah dihalang dengan tape merah putih tu. Ada tentera sedang menjalani latihan di sini. Di satu sudut lain  (seperti kolam), ada juga pengunjung datang bermandi-manda walaupun terdapat notis larangan berkenaan.

Video berdurasi 56 saat, cukuplah nak memberi gambaran sebenar kawasan candi.

————————————————————-
Bagi yang berkesempatan, nanti bila dah tamat PKPB bolehlah jalan-jalan bawa keluarga ke sini. Kalau selama ni kita tahu mengenai kerajaan Kedah Tua dan Candi Lembah Bujang melalui buku teks Sejarah, di sini kita saksikan sendiri tinggalan sejarah tersebut. Boleh juga berangan jadi Indiana Jones kejap kan 😄

MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah.

Buka Setiap Hari : 9 pagi - 5 petang
(Tutup hari Isnin minggu pertama sahaja)

Masuk PERCUMA






.

15 comments:

  1. Bolehlah melawat lagi di sini.

    ReplyDelete
  2. teringin la nak melawat sini.. tggu nanti bila PKPB dah habis , boleh pergi

    ReplyDelete
  3. menariknyaaa.. teringin nak datang ke sini

    ReplyDelete
  4. Cantik tempatnya. Suami saya minat pergi tempat bersejarah macam ni. :)

    ReplyDelete
  5. Jarang sekali pergi ke Kedah. Nak lepas ke Perak pun jarang sekali. Kalau ke utara sibuk ke tempat biasa orang pergi. Next time kalau ke Kedah boleh lah pergi tempat-tempat bersejarah pulak. Menarik juga jalan jalan sekitar sambil tambah ilmu sejarah yang kita tak tahu. Masuk percuma rugi kalau tak datang.

    ReplyDelete
  6. Lama tak pergi sini. Mesti lain dah sekarang

    ReplyDelete
  7. memang teringin sangat nak sampai sini, in shaa allah mana tahu ada rezeki satu hari nanti kan :) tinggalan sejarah zaman silam yang harus di pelihara sebaiknya .

    ReplyDelete
  8. menarik view di sini..history revisited..lama dah tinggal subjek Sejarah..

    ReplyDelete
  9. Saujana mata memandang luas kawasan candi ni rupanya.
    Tak pernah sampai lagi biasa baca dalam buku sejarah je

    ReplyDelete
  10. kiranya dulu kat situ la mereka buat upacara keagamaan kan?
    saya ada pos sesuatu, harap sudi terima :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah..kat candi.

      Wah..apa tu? terima kasih Syaz 😊

      Delete
  11. Wah.. macam dalam buku sejarah.. teringin nak melawat ke sana.. nanti lah bila semua ni dah reda.. boleh la plan trip ke sana...

    ReplyDelete
  12. tq for sharing. satu persatu gambar aida belek.
    kalau la nanti dpt bwk anak-anak berjalan ke kedah, nak je singgah sini.
    anak2 pun da besar, sekolah menengah, memang sesuai dibawa ke sini.
    lihat sejarah dgn lebih dekat.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah lg shida ke sana..bolehla bawa family melawat muzium ni..lepas pkpb
    tq sharing kak ujie :)

    ReplyDelete
  14. Hebatnya sejarah tanahair kita! Memang perlu dipelihara dan dipulihara tapak warisan ini. Moga generasi kini dan akan datang tahu susur galur sejarah negara.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****