Friday 20 November 2020

Kotak Misteri 11.11 JT Books

Yang ditunggu-tunggu, pembelian Kotak Misteri 11.11 oleh JT Books dah selamat diterima petang semalam. Hari-hari dok tengok kat aplikasi tracking.my, nampak pergerakan bungkusan agak perlahan. Biasalah kan...penangan 11.11, mesti semua kurier mengalami lambakan bungkusan.

Pembungkusan yang baik, siap tampal pelekat ‘mudah pecah’ untuk menjaga kotak di dalam. Juga siap disampul dengan bubble wrap. Tapi bila bukak bubble wrap...

...kemek sudah kotak-kotak ku 😅. Takpelah, kita pun faham memang susah pihak kurier nak jaga bungkusan yang berlambak. Lagi pulak bersusun tiga gini.

Yaaa...disebabkan rasa tamak, saya beli 3 set kotak misteri 😁. Berdebar nak buka....dapat buku apa lah agaknya? Saya dah ada ke belum? Dah pernah baca ke belum? Saya minat ke buku yang dapat tu? Gitulah perasaan bila beli kotak misteri ni tau. Teruja.

Tadaaa...inilah isi dalam ketiga-tiga kotak misteri yang saya dapat! Alhamdulillah...semuanya buku yang belum pernah saya baca, belum pernah ada dan minat nak baca. Seronok sungguh 🥰

Setiap kotak misteri yang berharga RM11 ni mengandungi sebuah buku, 2 penanda buku, 1 button badge JT, Buletin Kata JT dan coklat Cadbury 😋. Bonus...ada satu kotak tu saya dapat dua buah buku. Yeay!

Empat buah buku hasil pembelian Kotak Misteri 11.11 JT Books dengan harga RM41 (RM11 x 3 kotak misteri dan caj pos RM8/SM). Kalau pembelian biasa, tak dapat RM11 untuk satu buku ni. Sebagai contoh, buku Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor tu harganya RM28. Tak sia-sia saya tamak membeli tempohari 😄

Dengarnya pihak JT Books akan buat lagi jualan kotak misteri untuk 12.12 akan datang. Siapa berminat bolehlah follow rapat-rapat Warung Kaki Buku (ejen sah JT Books). Bolehlah buat kejutan untuk yang tersayang atau untuk diri sendiri (macam saya 😆).


9 comments:

  1. Wah kejutan diri sendiri dengan buku-buku yang tidak tahu sudah baca atau belum.
    Selamat membaca ya. Saya teringat ada satu tempoh saya gila membeli buku-buku di pesta buku. Beratus juga habis. Ini jimat banyak beli buku harga RM11 sekotak.

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh murahnya kan .. bestnya klu dpt borong apa yg kita suka ..for time being.. i dont even know what i like huhuh

    ReplyDelete
  3. heavennya!! sukanya kalau banyak buku kat rumah, rasa happy sangat :)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya datang banyak buku! Boleh buat koleksi, baca santai-santai bila ada masa terluang!

    ReplyDelete
  5. cuak jer bila tengok kotak kemek. nasib buku..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..ada coklat lg..hehe..

    ReplyDelete
  7. Wahh pembeli bertuah 11.11 tu. Seronoknya dapat kotak misteri cantik. Sedih juga tengok bila dapat kotak kemek. Mujur barang dalamnya tak rosak. Banyak beli buku tu kak. Selamat membaca :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****