Alhamdulillah...semalam dah selamat sampai medical face mask / topeng muka yang menjadi barang buruan ramai di musim COVID-19. Harganya RM76 sekotak dan caj pos RM7 (SM). Sekotak ada 50 unit.
Saya beli 3-ply face mask ni pada 21 Mac lalu, barang dijangka tiba dari China pada 4 April. Penjual seterusnya pos kepada saya pada 10 April lalu, dan semalam 17 April baru sampai. Agak lama dalam perjalanan, tersangkut di sana sini dek 'kesesakan' orang ramai membeli-belah secara online.
Masa saya beli tu, memang susah nak mencari penjual yang menawarkan harga yang sanggup saya bayar. Ramai juga yang menjual melebihi harga siling ditetapkan kerajaan (rujuk gambar di atas). Ada seorang penjual yang saya hubungi menjual sehingga RM169 sekotak untuk 3-ply, sedangkan harga siling cuma RM100 sekotak. Masing-masing ambil kesempatan dek kurangnya stok face mask di pasaran pada ketika itu.
Sehingga akhirnya saya dapat membeli daripada seorang sahabat blogger - Munn (dah lama tak aktif menulis, tapi dia aktif berniaga barangan dari China). Harga berpatutan dan paling penting saya kenal dia dengan baik, tidaklah risau tertipu. Sebab masa tu banyak juga beredar viral mengenai kes kena tipu, risau jugak kan.
HARGA SILING TURUN KEPADA RM1.50 SEUNIT
Terkini, pada 30 Mac 2020 kerajaan telah pun menurunkan harga siling untuk topeng muka 3-lapis daripada RM2 kepada RM1.50 seunit. Iaitu RM75 sekotak.
Untuk bulan April ni nampaknya memang dah tak terlalu susah untuk kita cari face mask. Masing-masing dah dapat stok dari China. Ada yang jual serendah RM65 sekotak di Facebook.
Walaupun selepas berakhirnya PKP, saya rasa kita tetap perlu menggunakan face mask sebagai langkah berjaga-jaga bila berada di khalayak awam. Sehingga bila? Entahlah...mungkin sehingga tiada lagi pesakit COVID-19 yang dirawat. Iaitu sehingga negara kita bebas dari wabak yang membawa kematian ini.
ALHAMDULILLAH STOK MASK SKRG DH ADA , LEGA SIKIT. ADA JUGAK ORDER DARI SHOPEE PUN IMPORT FROM CHINA JUGA ^_^
ReplyDeleteSekarang yang orang jual kebanyakkan import dari China. Tu yang jadi banyak di pasaran.
DeleteAlhamdulillah.Betul walau pun nanti PKP sudah tiada...tetap mesti berjaga-jaga.
ReplyDeleteSebab hati masih risau.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteTak dapat beli di kedai biasa, akhirnya dapat beli online.
Selamat menjalani PKP yang entah bila akan berakhir.
Tulah..sblm PKP dah cari semua sold out. Akhirnya masa PKP terpaksa beli online je lah.
Deletesayapun tercari2 dlm shopee ... takut gak kena tipu
ReplyDeleteKena baca reviews sebelum beli.
Deletememang barang panas ni... saya pun sudah simpan stok. kalau keluar rumah mmg pakai mask sekarang ... mencegah lebih baik dari mengubati.
ReplyDeleteBetul. Kita usaha lindungi diri.
DeleteHari tu dapat beli kat pharmasi sekotak
ReplyDeletemasa harga 80 sen, belum habis lagi.
Rezeki Wak tu sempat dapat harga murah. Mmg itulah harga sebelum wabak melanda.
Deletebarang paling hot, mask dengan sanitizer. fuhh
ReplyDeleteMmg hot sangat, harga naik mencanak..haha
DeleteBarang hot ni kak ujie.. nk guna pn kne berjimat.☺️ Sebab tempah nk tgu sampai tu lama..tp stok ni sempat tamat pkp
ReplyDeleteMmg kena berjimat, nak kena pakai mask ni mungkin berbulan lagi lamanya.
DeleteAlhamdulillah..betul, selagi belum umum kita bebas covid 19, kenalah pakai mask..walaupun nmpk tak cun, kesihatan lg utama 😊
ReplyDeleteHehe...tak cun eh?
DeleteRimas pun iya..
Ikut senang barang pemesanan sudah tiba. Sekarang keluarga kak Ujie sudah tak kesulitan lagi cari masker.
ReplyDeleteSalam
Ya..Alhamdulillah :)
Deletecantik juga pakai mask...namapk mata saja...dan nampak muda bagi kami yang otai2 dah ni
ReplyDeleteKehkeh..
DeleteDulu org tak heran pun kan mask ni.... Sekarang berebut. Tak risau sanagt sebab kat area rumah ada kedai jual dgn harga siling
ReplyDelete