Thursday, 13 February 2020

Muslimah dan Legging : Kecelaruan Berfesyen

Kredit poster : Uswah 


Apa itu 'Legging'? Secara umumnya, ia adalah seluar ketat yang mengikut bentuk kaki dan diperbuat daripada fabrik yang memeri (stretchable)

Semacam suatu trend hari ini bila kita lihat para Muslimah menggayakan legging di khalayak umum. Tak kiralah samada sewaktu menjalankan aktiviti riadah (seperti berbasikal, mendaki, senamrobik) atau sebagai pakaian bersantai untuk jalan-jalan. Atas bertudung, bawah pakai legging. Geleng kepala kita tengok. Baik yang muda remaja atau si remaja purba, baik yang bertubuh kurus atau badan berisi. Sedih. Sungguh...ia suatu kecelaruan dalam fesyen Muslimah!

Kenapa pemakaian legging dianggap suatu kecelaruan fesyen bagi Muslimah? Kerana sebagai Muslimah, kita ada panduan berpakaian yang telah digariskan dalam Islam iaitu kewajiban menutup aurat di hadapan bukan mahram. Maksud menutup aurat, pakaian Muslimah mestilah ;
  • menutupi seluruh tubuh, kecuali muka dan bahagian tangan (dari pergelangan ke jari).
  • tidak jarang.
  • tidak ketat.
  • tidak menyerupai lelaki.
Dalam isu legging, ia bertentangan dengan maksud menutup aurat kerana ia ketat dan melekap di kaki. Kalau pakai memang nampak jelas bentuk kaki si pemakai. Bila up gambar di media sosial ada pulak yang memuji "Wah..kurusnya kau sekarang!". Tak dinafikan, bila pakai legging atau mana-mana pakaian yang muat-muat badan, memang akan nampak lebih kurus. Akhirnya masing-masing terlupa ketetapan Allah bab menutup aurat. Membalut dianggap menutup aurat.

Menutup aurat bukan mesti berjubah labuh longgar, pakai jelah apa-apa gaya pun asalkan menepati maksud menutup aurat. Di sinilah pentingnya kita tau apa maksud menutup aurat supaya tak berlaku kecelaruan.

Apa kesan tak menutup aurat? Paling utama, kita mempermainkan hukum Islam. Kita juga berdosa kerana menentang ketetapan Allah. Kita mengaku Islam, mengaku hamba Allah, tapi enggan tunduk dan patuh kepada Allah yang telah menciptakan kita.

---------------------------------------------------------------

Penulisan ini adalah peringatan kepada diri saya jugak. Graf iman sentiasa turun naik, terkadang semangat menjaga segala, terkadang lalai dek mengikut mana yang selesa.

Kita manusia sentiasa perlu kepada peringatan. Suami/bapa ingatkan isteri/anak perempuan, ibu ingatkan anak perempuan, anak lelaki ingatkan ibu, sesama keluarga atau kawan-kawan saling ingatkan. Tujuan utamanya - untuk mencapai redha Allah.

8 comments:

  1. terimakaseih atas peringatan sesama kita., aminn

    ReplyDelete
  2. nice reminder.. ni mmg ramai orang salah konsep ni..
    sbb fashion laa skrng ni.. semoga kita pun terhindar dr yang macam ni n pakai ikut garis panduan yang ditetapkan..

    ReplyDelete
  3. dana tak boleh terima betul orang perempuan bertudung tapi pakai legging kak, kadang pakai tshirt pakai tudung tapi pakai legging dahla jarang... dana pernah nampak depan mata, mengucap panjang tengok...

    dana memang tak boleh terima pakai legging di luar, kalau kita pakai baju kurung tau berskirt dan pakai legging di dalam boleh terima lagi...

    ReplyDelete
  4. inilah yang saya risau dengan anak-anak gadis zaman sekarang..

    semua dah cantik..tetapi sayang bab aurat tersasar ka pulak

    ReplyDelete
  5. Ummi kt umah nk pakai legging pn malu..takot anak tgk..hahah..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak atas ingatan bersama..
    Mmg betul tu.. Skg ni ramai yg berpakaian mcm tu.. Dan trend skg jugak.. Seluar singkat. Dah elok bertudung dan seluar longgar, tp singkat. Bimbang juga anak2 muda zaman skg ingat perkara tu x salah..

    ReplyDelete
  7. legging tu saya pakai dalam kain...pakai kain, kain dalam dan legging juga. saya selalu terbayang, kalau eksiden ke, diragut ke, aje terselak lepas tu orang ambik gambar masuk fb...ishh...malu. so mmg kena pakai legging kat dalam...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^